Ding
Dong! Ding Dong!
Loceng rumah ditekan berulang kali.
Jafri menggeliat malas di atas katil. Siapalah yang mengganggu dirinya
pagi-pagi begini. Bukankah dia sudah memberikan kata laluan kepada semua
rakan-rakannya yang berhajat ke mari.
Jafri sempat mengerling jam. Waktu itu
jarum pendek menunjukkan ke angka 9. Jafri duduk bersandar bada kepala katil.
Kepalanya masih berat kerana dipaksa bangun dari tidur. Badannya masih terasa
lesu akibat daripada bersukan malam tadi kemudian semalaman dia melayan kerenah
Shasha.
Jafri menarik selimut yang menutupi
wajah wanita yang sedang berbaring disebelahnya. Wanita itu masih lena diulik
mimpi. Jafri bergerak malas turun dari katil. Dia mencapai tuala baju dan
disarungkan pada badannya.
Dia melangkah ke skrin monitor kecil
yang memaparkan siapakah gerangannya tetamu yang menekan loceng. Jafri kemudian
membukakan pintu untuk tetamu tersebut. Sebaik pintu dibuka dari dalam, tetamu
wanita berusia lingkungan lewat 40-an menerpa masuk. Kejelitaan wanita itu
masih terserlah walaupun dia dalam keadaan marah ketika itu.
Wanita berambut panjang berwarna
perang itu terus melulu masuk ke dalam. Dia memerhati keadaan rumah tersebut.
“Apa
ni Jafri?” Soal wanita itu menunjukkan pada pakaian wanita yang bertaburan atas
lantai.
“Kasut
perempuan mana pulak tu?” Soal wanita tersebut lagi.
Jafri tidak menjawab. Dia melangkah
ke arah dapur mencapai gelas dan menadah air dekat peti ais.
“Jafri!
Mama bercakap ni!” Wanita itu makin hilang sabar.
Jafri tetap juga diam. Dia
menghulurkan segelas air kepada wanita terebut.
“Mama
dah sarapan belum?” Kali ini Jafri bersuara. Huluran gelas tidak bersambut. Dia
meletakkan gelas tersebut di atas meja.
“Mama
serius ni, Jafri. Tolonglah jangan buat mama macam ni…” Wanita yang
menggelarkan dirinya mama itu mengeluh.
Wanita itu keluar dari dapur. Dia
menghampiri pintu bilik Jafri yang terbuka. Dari luar dia hanya memandang ke
dalam.
“Tengoklah!
Anak siapa lah tu. Apa nak jadi dengan gadis-gadis sekarang ni.”
Jafri meneguk air yang terakhir. Dia
mendekati mamanya yang sudah duduk dekat sofa ruang tamu.
“Jafri,
mama tak ajar anak mama jadi macam ni. Mama tahu mama tak layak cakap pasal
agama tapi apa yang Jafri buat ni dah melampau sangat. Memalukan kelurga kita!”
“Bukan
Jafri yang terhegeh-hegehkan dia, ma.” Jafri membalas sambil mengambil tempat
di hadapan mamanya.
“Jafri!”
Bulat mata wanita itu mendengar jawapan satu-satunya anak lelaki dia.
“Perempuan
tu yang menyerah diri.” Selamba sahaja Jafri menjawab. Mamanya sudah memegang
tengkuk.
“Aduh
kalau macam ni lagi cepat lah mama dapat darah tinggi!”
Wanita itu mencapai beg tangannya.
Dia mengeluarkan beberapa helaian kertas. Nampak seperti resume pada pandangan mata Jafri.
“Mama
bagi masa untuk Jafri pilih dalam gambar ni, siapa yang Jafri berkenan. Mama
akan pergi pinangkan. Kalau Jafri terus hidup macam ni lebih baik mama carikan
pasangan hidup untuk Jafri, daripada terus buat dosa macam ni.” Panjang lebar
wanita itu bersyarah.
Jafri memandang sekilas pada
helaian-helaian tersebut. Dia tidak menunjukkan sebarang minat.
“Ingat
ya Jafri, lepas ni kalau mama tangkap Jafri macam ni lagi, mama tak
teragak-agak kahwinkan kamu terus dengan sesiapa sahaja yang mama nak. Sekarang
Jafri pilihlah dulu mana Jafri suka, beritahu mama.
“Semua
perempuan sama je mama. Mereka ni mesti anak kawan-kawan mama, kan. Kalau tak
nak diorang dapat nasib yang sama, dan mama pun tak nak malu, lebih baik jangan
set apa-apa janji dengan sesiapa pun.”
“Jafri!”
Sekali lagi mamanya memegang tengkuk.
“Dahlah!
Mama balik dulu. Ingat pesan mama ni. Mama tak main-main kali ni!”
Wanita itu bangun menuju ke arah
pintu utama. Dia sempat menguis pakaian yang bertaburan di atas lantai.
Jafri bangun mengutip pakaian
tersebut satu persatu sebaik mamanya pergi. Dia masuk semula ke dalam bilik
tidurnya.
“Bangun.”
Jafri menggerakkan tubuh yang masih lena di atas katilnya.
“Oi
perempuan, bangunlah!” Kali ni Jafri meninggi suara.
Perempuan itu bangun terpisat-pisat.
Dia menarik tangan Jafri mendorong Jafri duduk di sebelahnya. Jafri bingkas
berdiri semula Dia mencampakkan helaian-helaian pakaian perempuan itu
kepadanya.
“Apa
ni sayang? Semalam you bukan main sweet dengan i. Sekarang you nak marah-marah
ni kenapa?” Soal perempuan tersebut. Perempuan itu bangun mencapai pakaiannya.
“Sayang,
apa kata kita keluar jalan-jalan. I mandi sekejap, you tunggu ya” Aju perempuan itu.
“You
nak jalan, you jalan lah seorang.”
“La…
jangan lah macam tu. Temankan I.”
“Hari-hari
I temankan you. You ingat I tak ada kerja lain ke?”
“You
kan kekasih I…”
“I
pun perlukan masa sendiri. Bukan asyik melayan you saja, Shasha. Kita bukan
suami isteri kalau you nak terus control I macam ni.” Jafri cepat memotong
kata-kata perempuan itu.
“Apa
maksud you ni?” Shasha merenung Jafri.
“Oh,
you nak kita kawin cepat-cepat ya?” Shasha membuat spekulasi sendiri. Dia
tersenyum lebar.
“Tak
kisahlah you nak fikir apa pun. I nak keluar. Lepas I balik, I tak nak tengok
you ada lagi dalam rumah I.”
GADIS
itu berjalan menyusuri setiap rak yang ada di situ. Jafri asyik memerhati.
Gadis itu nampak familiar. Sedari tadi dia asyik memerhati gadis tersebut yang
khayal dalam dunianya sendiri. Kelibat Aizat masih tidak kelihatan. Jafri
mengambil keputusan untuk mengekori gadis tadi masuk ke dalam perpustakaan awam
tersebut. Tak tahu kuasa magnet apa yang membuatkan dia sangat tertarik.
Dari jauh dia hanya memandang gadis
itu sedang membelek buku di satu sudut. Gadis tersebut kemudian meletakkan
semula buku tersebut pada tempatnya. Jafri mendekati sebaik melihat gadis itu
terjingkit cuba mencapai buku pada rak yang atas sekali.
Jafri mengambil dengan mudah buku
tersebut. Perbuatannya mengejutkan si gadis. Lantas si gadis memusingkan badan.
“Allah!”
Mengucap panjang gadis itu kerana
wajahnya elok tersembam pada dada seorang lelaki yang entah dari mana
datangnya. Lagi mengejutkan apabila dia mendogak untuk melihat wajah siapakah
gerangannya yang berdiri begitu rapat padanya.
“Jafri?”
Terluah nama lelaki itu dari mulutnya. Mata gadis itu terbeliak bulat tidak
berkelip. Seketika mereka membalas pandangan. Kemudian gadis itu tersedar. Dia
segera beredar ke tempat duduknya.
Jafri menghampiri bersama sebuah
buku dalam genggaman. Dia meletakkannya di hadapan gadis terebut.
“Buku…”
Jafri menarik kerusi di hadapan gadis tersebut apabila tiada sebarang reaksi
diberikan.
Jafri merendahkan kepalanya cuba
mengintai wajah gadis tersebut yang rapat pada meja. Buku yang ditatap gadis
itu titarik menyebabkan gadis itu mengangkat kepalanya.
“Nak
apa ya?” Tanya gadis itu teragak-agak.
“You
kenal I, kan?” Soal Jafri.
“Erm…”
Gadis itu tidak terus menjawab. Dia menelan liur.
“You
sebut nama I tadi.”
“Awak
yang malam tadi…”
Kedua-duanya bersuara serentak.
Jafri mengangkat kening sebelah.
“Malam
tadi?” Dia berfikir seketika kemudian melemparkan senyuman. Patutlah dia macam
kenal gadis dihadapannya itu sehingga dia terpanggil untuk mendekati. Gadis itu
dilihat menepuk mulutnya.
“Jadi
awak turun ke pusat sukan semalam? Student? Course apa?” Bertubi soalan
diberikan. Jafri membelek buku-buku di atas meja terebut. Mungkin dia mengambil
bidang Human Resourse. Tebak Jafri sendiri. Gadis itu masih berdiam.
“Tak
adil lah kalau you seorang yang tahu
nama I.” Jafri masih membelek buku-buku
gadis itu. Dia meletakkan buku tersebut sebaik terasa gegaran di dalam poket
seluar. Telefon pintarnya dicapai. Seketika dia membaca mesej yang baru sahaja
diterima.
“Okaylah,
I pergi dulu.” Jafri bingkas bangun.
Nampaknya Aizat sudah pun menunggu. Sebelum pergi Jafri menarik pen dalam
genggaman gadis itu. Dia mencoretkan sesuatu pada buku nota gadis tersebut
kemudian berlalu.