Lelaki ini 3

April 29, 2018



Ding Dong! Ding Dong!
            Loceng rumah ditekan berulang kali. Jafri menggeliat malas di atas katil. Siapalah yang mengganggu dirinya pagi-pagi begini. Bukankah dia sudah memberikan kata laluan kepada semua rakan-rakannya yang berhajat ke mari.
            Jafri sempat mengerling jam. Waktu itu jarum pendek menunjukkan ke angka 9. Jafri duduk bersandar bada kepala katil. Kepalanya masih berat kerana dipaksa bangun dari tidur. Badannya masih terasa lesu akibat daripada bersukan malam tadi kemudian semalaman dia melayan kerenah Shasha.
            Jafri menarik selimut yang menutupi wajah wanita yang sedang berbaring disebelahnya. Wanita itu masih lena diulik mimpi. Jafri bergerak malas turun dari katil. Dia mencapai tuala baju dan disarungkan pada badannya.
            Dia melangkah ke skrin monitor kecil yang memaparkan siapakah gerangannya tetamu yang menekan loceng. Jafri kemudian membukakan pintu untuk tetamu tersebut. Sebaik pintu dibuka dari dalam, tetamu wanita berusia lingkungan lewat 40-an menerpa masuk. Kejelitaan wanita itu masih terserlah walaupun dia dalam keadaan marah ketika itu.
            Wanita berambut panjang berwarna perang itu terus melulu masuk ke dalam. Dia memerhati keadaan rumah tersebut.
“Apa ni Jafri?” Soal wanita itu menunjukkan pada pakaian wanita yang bertaburan atas lantai.
“Kasut perempuan mana pulak tu?” Soal wanita tersebut lagi.
            Jafri tidak menjawab. Dia melangkah ke arah dapur mencapai gelas dan menadah air dekat peti ais.
“Jafri! Mama bercakap ni!” Wanita itu makin hilang sabar.
            Jafri tetap juga diam. Dia menghulurkan segelas air kepada wanita terebut.
“Mama dah sarapan belum?” Kali ini Jafri bersuara. Huluran gelas tidak bersambut. Dia meletakkan gelas tersebut di atas meja.
“Mama serius ni, Jafri. Tolonglah jangan buat mama macam ni…” Wanita yang menggelarkan dirinya mama itu mengeluh.
            Wanita itu keluar dari dapur. Dia menghampiri pintu bilik Jafri yang terbuka. Dari luar dia hanya memandang ke dalam.
“Tengoklah! Anak siapa lah tu. Apa nak jadi dengan gadis-gadis sekarang ni.”
            Jafri meneguk air yang terakhir. Dia mendekati mamanya yang sudah duduk dekat sofa ruang tamu.
“Jafri, mama tak ajar anak mama jadi macam ni. Mama tahu mama tak layak cakap pasal agama tapi apa yang Jafri buat ni dah melampau sangat. Memalukan kelurga kita!”
“Bukan Jafri yang terhegeh-hegehkan dia, ma.” Jafri membalas sambil mengambil tempat di hadapan mamanya.
“Jafri!” Bulat mata wanita itu mendengar jawapan satu-satunya anak lelaki dia.
“Perempuan tu yang menyerah diri.” Selamba sahaja Jafri menjawab. Mamanya sudah memegang tengkuk.
“Aduh kalau macam ni lagi cepat lah mama dapat darah tinggi!”
            Wanita itu mencapai beg tangannya. Dia mengeluarkan beberapa helaian kertas. Nampak seperti resume pada pandangan mata Jafri.
“Mama bagi masa untuk Jafri pilih dalam gambar ni, siapa yang Jafri berkenan. Mama akan pergi pinangkan. Kalau Jafri terus hidup macam ni lebih baik mama carikan pasangan hidup untuk Jafri, daripada terus buat dosa macam ni.” Panjang lebar wanita itu bersyarah.
            Jafri memandang sekilas pada helaian-helaian tersebut. Dia tidak menunjukkan sebarang minat.
“Ingat ya Jafri, lepas ni kalau mama tangkap Jafri macam ni lagi, mama tak teragak-agak kahwinkan kamu terus dengan sesiapa sahaja yang mama nak. Sekarang Jafri pilihlah dulu mana Jafri suka, beritahu mama.
“Semua perempuan sama je mama. Mereka ni mesti anak kawan-kawan mama, kan. Kalau tak nak diorang dapat nasib yang sama, dan mama pun tak nak malu, lebih baik jangan set apa-apa janji dengan sesiapa pun.”
“Jafri!” Sekali lagi mamanya memegang tengkuk.
“Dahlah! Mama balik dulu. Ingat pesan mama ni. Mama tak main-main kali ni!”
            Wanita itu bangun menuju ke arah pintu utama. Dia sempat menguis pakaian yang bertaburan di atas lantai.
            Jafri bangun mengutip pakaian tersebut satu persatu sebaik mamanya pergi. Dia masuk semula ke dalam bilik tidurnya.
“Bangun.” Jafri menggerakkan tubuh yang masih lena di atas katilnya.
“Oi perempuan, bangunlah!” Kali ni Jafri meninggi suara.
            Perempuan itu bangun terpisat-pisat. Dia menarik tangan Jafri mendorong Jafri duduk di sebelahnya. Jafri bingkas berdiri semula Dia mencampakkan helaian-helaian pakaian perempuan itu kepadanya.
“Apa ni sayang? Semalam you bukan main sweet dengan i. Sekarang you nak marah-marah ni kenapa?” Soal perempuan tersebut. Perempuan itu bangun mencapai pakaiannya.
“Sayang, apa kata kita keluar jalan-jalan. I mandi sekejap, you tunggu ya” Aju perempuan itu.
“You nak jalan, you jalan lah seorang.”
“La… jangan lah macam tu. Temankan I.”
“Hari-hari I temankan you. You ingat I tak ada kerja lain ke?”
“You kan kekasih I…”
“I pun perlukan masa sendiri. Bukan asyik melayan you saja, Shasha. Kita bukan suami isteri kalau you nak terus control I macam ni.” Jafri cepat memotong kata-kata perempuan itu.
“Apa maksud you ni?” Shasha merenung Jafri.
“Oh, you nak kita kawin cepat-cepat ya?” Shasha membuat spekulasi sendiri. Dia tersenyum lebar.
“Tak kisahlah you nak fikir apa pun. I nak keluar. Lepas I balik, I tak nak tengok you ada lagi dalam rumah I.”
           
GADIS itu berjalan menyusuri setiap rak yang ada di situ. Jafri asyik memerhati. Gadis itu nampak familiar. Sedari tadi dia asyik memerhati gadis tersebut yang khayal dalam dunianya sendiri. Kelibat Aizat masih tidak kelihatan. Jafri mengambil keputusan untuk mengekori gadis tadi masuk ke dalam perpustakaan awam tersebut. Tak tahu kuasa magnet apa yang membuatkan dia sangat tertarik.
            Dari jauh dia hanya memandang gadis itu sedang membelek buku di satu sudut. Gadis tersebut kemudian meletakkan semula buku tersebut pada tempatnya. Jafri mendekati sebaik melihat gadis itu terjingkit cuba mencapai buku pada rak yang atas sekali.
            Jafri mengambil dengan mudah buku tersebut. Perbuatannya mengejutkan si gadis. Lantas si gadis memusingkan badan.
“Allah!”
            Mengucap panjang gadis itu kerana wajahnya elok tersembam pada dada seorang lelaki yang entah dari mana datangnya. Lagi mengejutkan apabila dia mendogak untuk melihat wajah siapakah gerangannya yang berdiri begitu rapat padanya.
“Jafri?” Terluah nama lelaki itu dari mulutnya. Mata gadis itu terbeliak bulat tidak berkelip. Seketika mereka membalas pandangan. Kemudian gadis itu tersedar. Dia segera beredar ke tempat duduknya.
            Jafri menghampiri bersama sebuah buku dalam genggaman. Dia meletakkannya di hadapan gadis terebut.
“Buku…” Jafri menarik kerusi di hadapan gadis tersebut apabila tiada sebarang reaksi diberikan.
            Jafri merendahkan kepalanya cuba mengintai wajah gadis tersebut yang rapat pada meja. Buku yang ditatap gadis itu titarik menyebabkan gadis itu mengangkat kepalanya.
“Nak apa ya?” Tanya gadis itu teragak-agak.
“You kenal I, kan?” Soal Jafri.
“Erm…” Gadis itu tidak terus menjawab. Dia menelan liur.
“You sebut nama I tadi.”
“Awak yang malam tadi…”
            Kedua-duanya bersuara serentak. Jafri mengangkat kening sebelah.
“Malam tadi?” Dia berfikir seketika kemudian melemparkan senyuman. Patutlah dia macam kenal gadis dihadapannya itu sehingga dia terpanggil untuk mendekati. Gadis itu dilihat menepuk mulutnya.
“Jadi awak turun ke pusat sukan semalam? Student? Course apa?” Bertubi soalan diberikan. Jafri membelek buku-buku di atas meja terebut. Mungkin dia mengambil bidang Human Resourse. Tebak Jafri sendiri. Gadis itu masih berdiam.
“Tak adil lah kalau you seorang yang tahu nama I.” Jafri masih membelek buku-buku gadis itu. Dia meletakkan buku tersebut sebaik terasa gegaran di dalam poket seluar. Telefon pintarnya dicapai. Seketika dia membaca mesej yang baru sahaja diterima.
“Okaylah, I pergi dulu.” Jafri bingkas bangun. Nampaknya Aizat sudah pun menunggu. Sebelum pergi Jafri menarik pen dalam genggaman gadis itu. Dia mencoretkan sesuatu pada buku nota gadis tersebut kemudian berlalu.

You Might Also Like

0 comments

Please leave your comment... jebal~

Top Commentators

Boy In Luv

Converse High