“Fath, bangun. Kau mimpi ni!” Arman
segera mengejutkan rakannya. Lemas dalam mimpi sendiri. Muka Fath Malik
berpeluh dan dadanya berombak laju.
“Arman…” Fath memandang kosong ke
arah Arman cuba memproses keadaan sekelilingnya. “Aku mimpi.”
“Nightmare
kau menjadi-jadi ye…” Arman
menggeleng-geleng kepala.
“Siapa dia?” Fath menyoal perlahan.
“Mimpi yang sama?” Arman mengerutkan
kening. “Seram!” sambungnya lagi.
“Sudahlah. Bangun sambung kerja kita.
Kau tahu hari ini aku yang tak tidur. Terbalik pulak selalu aku yang tidur dan
kau yang berjaga.” Arman terus berlalu ke arah computer ribanya yang sudah
tersedia terbuka. Dia menyambung pencariannya. Mata yang berat tidak menghalang
jari jemarinya untuk menaip laju.
Rutinnya sebagai pembantu Fath Malik
bersama-sama mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk Rakannya itu. Hal ini
menyebabkan kedua-duanya menghabiskan masa di hadapan laptop sahaja. Tidur juga diatas sofa menghadap laptop.
Fath merenggangkan badan kemudian dia
tersenyum kecil. Diambil selimut yang digunakannya tadi dan diletakkan di atas
Amran. Mungkin perasaan belas terbit dalam hati melihatkan Arman yang sudah
terlelap selepas tersengguk-sengguk kecil. Dia mengharapkan Arman sudah menemui
Asisstant baru yang sesuai untuk
membantu dia bekerja dalam situasi mereka sekarang ini. Sambil membetulkan
selimut Arman, matanya tertancap pada skrin laptop milik Arman. Matanya
membesar. Dia sempat memuji kecekapan Arman. Pantas tanganya mencapai thumdrive dan menyalin dokumen yang
ditemui Arman.
Fath kembali duduk di hadapan
komputer ribanya. Dia membuka semula dokumen yang diambil sebentar tadi. Satu
logo berwarna merah ditenung lama. Pada logo itu terdapat satu bentuk yang
tidak dapat dikenalpasti seolah menyerupai bentuk sel dan mikro yang kecil.
‘Organisasi apa ni?’ Fath mengambil sampul bukti yang diserahkan oleh pihak
polis kepadanya kelmarin. Dia membelek setiap helaian photograph tersebut dan berhenti pada satu kad nama yang tertulis
nama Jenny beserta contact number. Tetapi bukan itu yang menarik
perhatian Fath Malik. Dia membandingkan logo yang ada pada kad nama tersebut
dengan logo yang ada dalam komputer ribanya. ‘Sama!’ Sepertinya mangsa pernah
berurusan dengan Jenny dan telah mendapatkan kad namanya.
Fath Malik merenung dalam. Pelbagai
formula dan teori bermain-main di dalam minda. Dia segera bangkit dan melipat
komputer ribanya. Arman perlu dikejutkan. Selimut yang baru sebentar tadi
diletak elok membaluti badan Arman kini sudah berada diatas lantai. Terkejut
dengan perbuatan Fath Malik, Arman serta merta terjaga. Dia memandang Fath
kemudian segera mengerti dengan aura sekeliling. Arman mengemas apa yang
diperlukan dan mencapai kunci kereta.
“Assalamualaikum!” Laung Arman kuat.
Arman dan Fath tiba dihadapan sebuah
rumah usang yang terletak dalam kawasan perumahan kos rendah. Fath sudah
memerhati sekeliling. Dia mencerna sekelilingnya dengan pantas dan dalam diam
membuat teorinya sendiri. Setelah beberapa minit menunggu, keluar seorang ibu
tua menjawab salam dan mempersilakan mereka masuk.
“Mak Cik apa khabar?” Seperti biasa
Arman memainkan peranan memulakan perbualan. Fath masih berdiri dan memerhati
sekeliling rumah. “Psst… Fath duduk la.” Arman Berbisik kepada Fath dan membuat
isyarat kepada Fath. Dia kemudian tersenyum kecil kepada wanita tua
dihadapannya. Fath Malik mengambil tempat ditengah-tengah mereka untuk
memudahkan proses pemerhatiannya.
“Baiklah, mak cik sudah sedia maklum
bukan dengan kedatangan kami?” Arman bertanya ingin memastikan. Wanita tua itu
mengangguk kecil. Fath Malik mentafsir riak wajah Puan Kamariah, ibu kepada
arwah Alia. “Ini Professor Fath Malik, forensic
psychologist yang saya beritahu tu. Walaupun kes ni dah selesai tapi kami
masih lagi menyiasat jadi kami perlukan lebih maklumat daripada mak cik.”
Sambung Arman lagi.
“Baiklah nak. Mak cik akan cuba jawab
apa yang mak cik tahu.” Bergenang mata Mak Cik Kamariah apabila soal anaknya
dibangkitkan. Alia adalah satu-satunya anak yang dia ada. Kehilangan suaminya 5
tahun yang lalu alibat kemalangan sudah sangat mengujinya. Dugaan dating lagi
dengan pemergian anak tunggalnya, Alia. Alia ditemui meninggal dalam keadaan
yang mengaibkan. Dia diperkosa dan dibunuh dengan kejam. Terdapat dua tebukan
sedalam 2cm pada lehernya. Taring. Fath percaya itu adalah bekas gigitan yang
dalam. Sesuatu telah mennggigit dia. Walaupun hanya dua lubang sahaja yang
jelas kelihatan, dia telah mengenal pasti terdapat kesan calar selari dan
tersusun di antara dua lubang tersebut. Sebaris gigi yang lengkap.
“Mak cik tak menyangka Kamal sanggup
berlaku kejam seperti ini.” Mak cik Kamariah merujuk kepada pelaku yang telah
membunuh anaknya iaitu kekasih hati Alia. Bukti kuat menjurus kepada kamal.
Malam itu dia mengaku berjumpa dengan kekasih hatinya di sebuah rumah
tumpangan. Dia mengaku berduaan dengan kekasihnya tetapi dia tidak dapat
menjelaskan apa yang berlaku selepas itu. Dia menceritakan kebingungan yang
melanda apabila dia menyedari Alia telah tidak sedarkan diri dalam dakapannya.
Dia cuba mengingati apa yang berlaku tetapi gagal. Akhirnya dia melarikan diri
kerana terlalu takut. Kamal telah ditahan dan dia telah diminta untuk membuat
ujian air kencing setelah dirinya mendakwa tidak sedar akan apa yang berlaku.
Kedua-dua mereka disahkan mengambil dadah. Dalam keadaran tidak sedar dia telah
melakukan jenayah itu.
Fath
langsung tidak terkejut degan semua itu. Dia sudah menjangka tindakan
penjenayah tersebut. “Mak cik pernah Nampak kad nama ni?” Fath menunjukkan
fotografi kad nama tersebut kepada Mak Cik Kamariah. “Jenny…” Mak cik Kamariah
berfikir sejenak. “Ah… ini kawan Alia” Mak cik Kamariah memberitahu tidak
mencurigai apa-apa. “Cantik orangnya… dia yang tolong Alia dapatkan kerja.”
“Kerja
dimana? Sudah berapa lama berkenalan?” Arman menyoal laju. “Mak cik tak pasti
kerja apa…” Dia menggaru kepala. “Kenal tu… mungkin dalam dua minggu yang
lalu.” Arman mencatat. “Boleh Mak cik cerita dengan lebih jelas rupa paras
dia?” Pinta Arman. “Dia
MELYSSA tersentap dan terjaga dari
tidurnya. “Dia mahukan darah! Mahukan darah! Darah!” Terngiang-ngiang kata-kata
Professor Fath Malik dalam kepalanya.
“Allah!” Melyssa mengucap panjang.
Dia memandang sekeliling. Rupanya dia tertidur dalam bilik studynya. Semalaman
dia menghadap laptop membaca dan menonton segala apa yang berkaitan dengan
Prof. Fath Malik. Dia tertarik dengan kenyataan Professor muda itu.
Kata-katanya terngiang-ngiang dalam minda. Dia seperti merasa bertanggungjawab
untuk mengkaji lebih lanjut perkara tersebut.
Hari ini merupakan hari yang
dinantikan. Dia turut dipanggil dalam persidangan dalaman kes Alia. Dia perlu
menggantikan Dr. Maheran untuk mendegar bagi pihaknya. Apa lagi isu yang
berbangkit? Mungkinkah Professor Fath Malik telah menemui jalan penyelesaian
baharu?
“Mel, kau sihat tak ni?” Zara
menggoyangkan tapak tangannya dihadapan muka Melyssa. Pagi itu Melyssa singgah
salon Zara dan sarapan bersama. Persidangannya bermula dalam pukul 2 petang.
Jadi dia punya banyak masa lagi selain menghabiskan masa dalam makmal. Dia
lebih prefer ke situ. “Aku fikirkan
hal petang ni.” Jawab Melyssa pendek. “Kau pergi jugak?” Tanya Zara excited. “Iye, Dr. Maheran ada hal.”
Melyssa mengangkat cawan yang kopitiam dihadapannya. Dia menghirup Nescafe
kosong kegemarannya. “Halim pergi tau!” Zara beritahu. “Iye aku tahu.”
“Professor tu pun pergi.” “Iye aku tahu.” “Mana kau tahu?” “Iye lah kau ni. Kan
dia yang lead kes ni. Polis dah hire dia sebagai advisor police.” Jawab Melyssa acuh tak acuh.
“Wahhh. Coolnyaaa.” Zara terlebih excited.
“Mel, haritu kau tengok kan news? Fath Malik. Aduhhh nama pun dah
handsome macam orangnya. Rambut hitam perang-perang. Mata dia kalau tak silap
aku warna coklat cair. Eh ke warna hazel? Jernih la kiranya. Kalau dia tak
cakap melayu kita pun tak tahu dia melayu. Tapi kan… dia kurus sangat. Pipi
berlekuk. Muka pulak sharp macam model
America tu. Siapa namanya? Lucky Blue? Ha macam tu lah.” Zara berceloteh panjang.
Bukan main lagi dia memerhati.
“..Bibir merah. Kulit putih melepak dan
flawless. Aduh cayak.” Zara mengusap dada tanda dia tergoda. “Tak sangka dia
30-an kan. Hm.. eh logiklah professor!” Zara tesengih macam kerang busuk.
“Iyelah. Habis semua kau tahu. Jangan
cakap dia graduate mana pun kau tahu. Siapa bini dia pun kau tahu.” Melyssa
menyerkap.
“Hey, mestilah tahu. Dia graduate
University Kent, UK. Dan yang paling penting dia bujang!” Melyssa menggeleng. Stalker full time!
FATH Malik hanya memerhati kumpulan forensik sedang melakukan
pembedahan ke atas mayat Aalia. Dia menghirup udara dalam-dalam. Penutup hidung
yang dipakainya tidak menghalang deria baunya yang tajam. Kering. Kering!
“Tak seronok. Tak ada bau darah.”
Ucap Fath Malik memecah kesunyian dan ketekunan mereka. Semua mata tertumpu
kepadanya.
Fath mengorak langkah perlahan
mengelilingi meja bedah. Matanya tak lepas menatap mayat yang terbaring diatas
meja operasi. “Haus betul. Kering.” Fath mengulas. Jari telunjuknya diletakkan
pada hujung jari kaki mangsa. Mengumpul darah dihujung kaki tersebut. Fath
bergerak perlahan sambil jarinya masih diatas kulit mangsa. Jarinya digerakkan
dari hujung kaki ke lutut. Kemudian peralih ke pinggang dan seterusnya sehingga
sampai ke leher mangsa. “Zupp!” Fath berhenti pada dua lubang dalam yang
didakwa kesan gigitan olehnya. “Sakitnya bila darah kita dipaksa keluar.” Semua
yang ada berpandangan sesame sendiri.
“Haha.. aduh geli pulak.” Fath Malik
menjongketkan kedua belah bahunya kegelian. Geli membanyangkan jika bahagian
lehernya disentuh. Fath kemudian melangkah meninggal bilik tersebut. Begitulah
cara dia mengulas dan menerangkan keadaan mangsa. Hanya dengan memerhati dan
‘membaca’ mangsa. Sebaik sahaja Fath Malik pergi, bilik tersebut menjadi
hinggar binggar. Kali ini agak penuh bilik tersebut mungkin kerana adanya intern student. Fath sudah tidak betah beramai-ramai di dalam.
“Wah… macam nujum….”
“Hebat… macam mana dia tahu dengan melihat
sahaja?”
“Definitely
Prof. Fath Malik…”
“Eh, scary lah dia …”
“I
know right. Look at his smile. Belum
lagi dia senyum lebar, taring dia dah nampak…”
“Sexy
apa…”