RINDU ENCIK SAIKO 2

September 15, 2017


“Fath, bangun. Kau mimpi ni!” Arman segera mengejutkan rakannya. Lemas dalam mimpi sendiri. Muka Fath Malik berpeluh dan dadanya berombak laju.

“Arman…” Fath memandang kosong ke arah Arman cuba memproses keadaan sekelilingnya. “Aku mimpi.”

Nightmare kau menjadi-jadi ye…” Arman menggeleng-geleng kepala.

“Siapa dia?” Fath menyoal perlahan.

“Mimpi yang sama?” Arman mengerutkan kening. “Seram!” sambungnya lagi.

“Sudahlah. Bangun sambung kerja kita. Kau tahu hari ini aku yang tak tidur. Terbalik pulak selalu aku yang tidur dan kau yang berjaga.” Arman terus berlalu ke arah computer ribanya yang sudah tersedia terbuka. Dia menyambung pencariannya. Mata yang berat tidak menghalang jari jemarinya untuk menaip laju.

Rutinnya sebagai pembantu Fath Malik bersama-sama mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk Rakannya itu. Hal ini menyebabkan kedua-duanya menghabiskan masa di hadapan laptop sahaja. Tidur juga diatas sofa menghadap laptop.

Fath merenggangkan badan kemudian dia tersenyum kecil. Diambil selimut yang digunakannya tadi dan diletakkan di atas Amran. Mungkin perasaan belas terbit dalam hati melihatkan Arman yang sudah terlelap selepas tersengguk-sengguk kecil. Dia mengharapkan Arman sudah menemui Asisstant baru yang sesuai untuk membantu dia bekerja dalam situasi mereka sekarang ini. Sambil membetulkan selimut Arman, matanya tertancap pada skrin laptop milik Arman. Matanya membesar. Dia sempat memuji kecekapan Arman. Pantas tanganya mencapai thumdrive dan menyalin dokumen yang ditemui Arman.

Fath kembali duduk di hadapan komputer ribanya. Dia membuka semula dokumen yang diambil sebentar tadi. Satu logo berwarna merah ditenung lama. Pada logo itu terdapat satu bentuk yang tidak dapat dikenalpasti seolah menyerupai bentuk sel dan mikro yang kecil. ‘Organisasi apa ni?’ Fath mengambil sampul bukti yang diserahkan oleh pihak polis kepadanya kelmarin. Dia membelek setiap helaian photograph tersebut dan berhenti pada satu kad nama yang tertulis nama Jenny beserta contact number. Tetapi bukan itu yang menarik perhatian Fath Malik. Dia membandingkan logo yang ada pada kad nama tersebut dengan logo yang ada dalam komputer ribanya. ‘Sama!’ Sepertinya mangsa pernah berurusan dengan Jenny dan telah mendapatkan kad namanya.

Fath Malik merenung dalam. Pelbagai formula dan teori bermain-main di dalam minda. Dia segera bangkit dan melipat komputer ribanya. Arman perlu dikejutkan. Selimut yang baru sebentar tadi diletak elok membaluti badan Arman kini sudah berada diatas lantai. Terkejut dengan perbuatan Fath Malik, Arman serta merta terjaga. Dia memandang Fath kemudian segera mengerti dengan aura sekeliling. Arman mengemas apa yang diperlukan dan mencapai kunci kereta.
“Assalamualaikum!” Laung Arman kuat.
Arman dan Fath tiba dihadapan sebuah rumah usang yang terletak dalam kawasan perumahan kos rendah. Fath sudah memerhati sekeliling. Dia mencerna sekelilingnya dengan pantas dan dalam diam membuat teorinya sendiri. Setelah beberapa minit menunggu, keluar seorang ibu tua menjawab salam dan mempersilakan mereka masuk.

“Mak Cik apa khabar?” Seperti biasa Arman memainkan peranan memulakan perbualan. Fath masih berdiri dan memerhati sekeliling rumah. “Psst… Fath duduk la.” Arman Berbisik kepada Fath dan membuat isyarat kepada Fath. Dia kemudian tersenyum kecil kepada wanita tua dihadapannya. Fath Malik mengambil tempat ditengah-tengah mereka untuk memudahkan proses pemerhatiannya.

“Baiklah, mak cik sudah sedia maklum bukan dengan kedatangan kami?” Arman bertanya ingin memastikan. Wanita tua itu mengangguk kecil. Fath Malik mentafsir riak wajah Puan Kamariah, ibu kepada arwah Alia. “Ini Professor Fath Malik, forensic psychologist yang saya beritahu tu. Walaupun kes ni dah selesai tapi kami masih lagi menyiasat jadi kami perlukan lebih maklumat daripada mak cik.” Sambung Arman lagi.

“Baiklah nak. Mak cik akan cuba jawab apa yang mak cik tahu.” Bergenang mata Mak Cik Kamariah apabila soal anaknya dibangkitkan. Alia adalah satu-satunya anak yang dia ada. Kehilangan suaminya 5 tahun yang lalu alibat kemalangan sudah sangat mengujinya. Dugaan dating lagi dengan pemergian anak tunggalnya, Alia. Alia ditemui meninggal dalam keadaan yang mengaibkan. Dia diperkosa dan dibunuh dengan kejam. Terdapat dua tebukan sedalam 2cm pada lehernya. Taring. Fath percaya itu adalah bekas gigitan yang dalam. Sesuatu telah mennggigit dia. Walaupun hanya dua lubang sahaja yang jelas kelihatan, dia telah mengenal pasti terdapat kesan calar selari dan tersusun di antara dua lubang tersebut. Sebaris gigi yang lengkap.

“Mak cik tak menyangka Kamal sanggup berlaku kejam seperti ini.” Mak cik Kamariah merujuk kepada pelaku yang telah membunuh anaknya iaitu kekasih hati Alia. Bukti kuat menjurus kepada kamal. Malam itu dia mengaku berjumpa dengan kekasih hatinya di sebuah rumah tumpangan. Dia mengaku berduaan dengan kekasihnya tetapi dia tidak dapat menjelaskan apa yang berlaku selepas itu. Dia menceritakan kebingungan yang melanda apabila dia menyedari Alia telah tidak sedarkan diri dalam dakapannya. Dia cuba mengingati apa yang berlaku tetapi gagal. Akhirnya dia melarikan diri kerana terlalu takut. Kamal telah ditahan dan dia telah diminta untuk membuat ujian air kencing setelah dirinya mendakwa tidak sedar akan apa yang berlaku. Kedua-dua mereka disahkan mengambil dadah. Dalam keadaran tidak sedar dia telah melakukan jenayah itu.

            Fath langsung tidak terkejut degan semua itu. Dia sudah menjangka tindakan penjenayah tersebut. “Mak cik pernah Nampak kad nama ni?” Fath menunjukkan fotografi kad nama tersebut kepada Mak Cik Kamariah. “Jenny…” Mak cik Kamariah berfikir sejenak. “Ah… ini kawan Alia” Mak cik Kamariah memberitahu tidak mencurigai apa-apa. “Cantik orangnya… dia yang tolong Alia dapatkan kerja.”

            “Kerja dimana? Sudah berapa lama berkenalan?” Arman menyoal laju. “Mak cik tak pasti kerja apa…” Dia menggaru kepala. “Kenal tu… mungkin dalam dua minggu yang lalu.” Arman mencatat. “Boleh Mak cik cerita dengan lebih jelas rupa paras dia?” Pinta Arman. “Dia

MELYSSA tersentap dan terjaga dari tidurnya. “Dia mahukan darah! Mahukan darah! Darah!” Terngiang-ngiang kata-kata Professor Fath Malik dalam kepalanya.

“Allah!” Melyssa mengucap panjang. Dia memandang sekeliling. Rupanya dia tertidur dalam bilik studynya. Semalaman dia menghadap laptop membaca dan menonton segala apa yang berkaitan dengan Prof. Fath Malik. Dia tertarik dengan kenyataan Professor muda itu. Kata-katanya terngiang-ngiang dalam minda. Dia seperti merasa bertanggungjawab untuk mengkaji lebih lanjut perkara tersebut.

Hari ini merupakan hari yang dinantikan. Dia turut dipanggil dalam persidangan dalaman kes Alia. Dia perlu menggantikan Dr. Maheran untuk mendegar bagi pihaknya. Apa lagi isu yang berbangkit? Mungkinkah Professor Fath Malik telah menemui jalan penyelesaian baharu?

“Mel, kau sihat tak ni?” Zara menggoyangkan tapak tangannya dihadapan muka Melyssa. Pagi itu Melyssa singgah salon Zara dan sarapan bersama. Persidangannya bermula dalam pukul 2 petang. Jadi dia punya banyak masa lagi selain menghabiskan masa dalam makmal. Dia lebih prefer ke situ. “Aku fikirkan hal petang ni.” Jawab Melyssa pendek. “Kau pergi jugak?” Tanya Zara excited. “Iye, Dr. Maheran ada hal.” Melyssa mengangkat cawan yang kopitiam dihadapannya. Dia menghirup Nescafe kosong kegemarannya. “Halim pergi tau!” Zara beritahu. “Iye aku tahu.” “Professor tu pun pergi.” “Iye aku tahu.” “Mana kau tahu?” “Iye lah kau ni. Kan dia yang lead kes ni. Polis dah hire dia sebagai advisor police.” Jawab Melyssa acuh tak acuh.

“Wahhh. Coolnyaaa.” Zara terlebih excited.

“Mel, haritu kau tengok kan news? Fath Malik. Aduhhh nama pun dah handsome macam orangnya. Rambut hitam perang-perang. Mata dia kalau tak silap aku warna coklat cair. Eh ke warna hazel? Jernih la kiranya. Kalau dia tak cakap melayu kita pun tak tahu dia melayu. Tapi kan… dia kurus sangat. Pipi berlekuk. Muka pulak sharp macam model America tu. Siapa namanya? Lucky Blue? Ha macam tu lah.” Zara berceloteh panjang. Bukan main lagi dia memerhati.

 “..Bibir merah. Kulit putih melepak dan flawless. Aduh cayak.” Zara mengusap dada tanda dia tergoda. “Tak sangka dia 30-an kan. Hm.. eh logiklah professor!” Zara tesengih macam kerang busuk.

“Iyelah. Habis semua kau tahu. Jangan cakap dia graduate mana pun kau tahu. Siapa bini dia pun kau tahu.” Melyssa menyerkap.

“Hey, mestilah tahu. Dia graduate University Kent, UK. Dan yang paling penting dia bujang!” Melyssa menggeleng. Stalker full time!

FATH Malik hanya memerhati kumpulan forensik sedang melakukan pembedahan ke atas mayat Aalia. Dia menghirup udara dalam-dalam. Penutup hidung yang dipakainya tidak menghalang deria baunya yang tajam. Kering. Kering!

“Tak seronok. Tak ada bau darah.” Ucap Fath Malik memecah kesunyian dan ketekunan mereka. Semua mata tertumpu kepadanya.

Fath mengorak langkah perlahan mengelilingi meja bedah. Matanya tak lepas menatap mayat yang terbaring diatas meja operasi. “Haus betul. Kering.” Fath mengulas. Jari telunjuknya diletakkan pada hujung jari kaki mangsa. Mengumpul darah dihujung kaki tersebut. Fath bergerak perlahan sambil jarinya masih diatas kulit mangsa. Jarinya digerakkan dari hujung kaki ke lutut. Kemudian peralih ke pinggang dan seterusnya sehingga sampai ke leher mangsa. “Zupp!” Fath berhenti pada dua lubang dalam yang didakwa kesan gigitan olehnya. “Sakitnya bila darah kita dipaksa keluar.” Semua yang ada berpandangan sesame sendiri.

“Haha.. aduh geli pulak.” Fath Malik menjongketkan kedua belah bahunya kegelian. Geli membanyangkan jika bahagian lehernya disentuh. Fath kemudian melangkah meninggal bilik tersebut. Begitulah cara dia mengulas dan menerangkan keadaan mangsa. Hanya dengan memerhati dan ‘membaca’ mangsa. Sebaik sahaja Fath Malik pergi, bilik tersebut menjadi hinggar binggar. Kali ini agak penuh bilik tersebut mungkin kerana adanya intern student. Fath sudah tidak betah beramai-ramai di dalam.

“Wah… macam nujum….”

“Hebat… macam mana dia tahu dengan melihat sahaja?”

Definitely Prof. Fath Malik…”

“Eh, scary lah dia …”

I know right. Look at his smile. Belum lagi dia senyum lebar, taring dia dah nampak…”

Sexy apa…”


You Might Also Like

0 comments

Please leave your comment... jebal~

Top Commentators

Boy In Luv

Converse High