RINDU ENCIK SAIKO 3

October 10, 2017





Di luar, langit yang cerah bertukar kelam. Rintik-rintik hujan kasar mengenai permukaan kaca jendela. Melyssa berlari anak di laluan koridor tersebut.
“Professor!” Melyssa berlari anak mengejar langkah Fath Malik.
Fath Malik berhenti mengejut menyebabkan wajah Melyssa terhantuk pada belakang badannya. Melyssa mengusap dahi. Professor muda tersebut memusingkan badan menghadap Melyssa. Kedudukan mereka yang rapat membuatkan Melyssa terdongak untuk memandang muka lelaki tersebut. Dia terpempan seketika melihat dua pasang mata yang sedang merenungnya. Bola mata Fath Malik bersinar apabila terkena cahaya lampu koridor. Gulp!
“Aaa… saya nak… err…” Melyssa menggaru kepala mencari ayat yang sesuai untuk digunakan. Aku nak apa? Soal selidik? Temu ramah? Nak korek cerita?
“Cik…?” Fath Malik bertanya.
“Mel. Mel.. Melyssa. Melyssa Mohamad.” Tergagap dia menjawab. Fath Malik kemudian mengangguk.
“Cik Melyssa kalau ada apa-apa nak dicakapkan, boleh contact je kami. Ambil kad saya pada Encik Arman” Arman pula sedari tadi tersengih disisi Fath Malik.
“Nah, Cik Melyssa. Yang ini kad saya dan yang ini kad Prof. Kami nak cepat ni. Apa-apa hal contact je.” Tutur Arman sambil membawa ibu jari dan kelingkingnya ke telinga. Arman berpaling mengejar Fath Malik yang sudah jauh langkahnya.
Melyssa mengeluh dan memandang lesu pemergian mereka. Dia membelek kad nama yang diberikan. Dia mengeluh lagi. Kenapalah aku gagap pulak? Mengetuk-ngetuk dahinya. Kemudian dia tersenyum. Puas hati walaupun tak sempat bertanya lebih dalam kepada Fath Malik. Hari ini dia dapat menyaksikan sendiri dengan mata kepalanya saat-saat Professor Fath Malik beraksi. Sungguh dia kagum. Peristiwa sebentar tadi berulang tayang dalam minda.
“Kenapa Prof. nak kita buka kes Aalia?” Soal DSP Halim wakil daripada pihak polis.
“Sedangkan kematian telah disahkan sebagai misteri dan tidak dapat diselesaikan.” Celah wakil daripada pihak forensik pula. Begitulah soalan-soalan yang diajukan kepada Fath Malik.
“Pembunuhnya bukan Kamal.” Fath Malik bangun dari duduknya dan berjalan mengelilingi meja mesyuarat.
“Ujian air kencing Kamal menunjukkan dia berada dibawah pengaruh dadah jenis ketamin yang boleh menyebabkan sesorang tidur dengan cepat.” Fath memandang tepat pada wajah Professor Ahmad. Pakar Psikologi jenayah tersebut mengganguk kepadanya tanda memahami apa yang ingin disampaikan.
“Apa pendapat Prof. Ahmad?” Soal Dr. Khairi daripada Sinar Hospital Kuala Lumpur. Melyssa memerhati Dr. Khairi sebaik sahaja soalan diajukan kepada pihaknya. Dari pandangan Melyssa sahaja Dr. Khairi sudah mengerti dia kebingungan. Mana tidaknya kena gantikan tempat Dr. Maheran yang tidak dapat menghadirkan diri. Dr. Khairi mengangguk kepada Melyssa tanda tidak perlu risau. Segalanya dalam kawalan. Dia hanya perlu dengar sahaja. Bukan senang untuk menyertai perbincangan tertutup seperti ini. Melyssa sungguh bertuah. Peluang hanya datang sekali. Ini lah yang dinamakan menimba pengalaman.
“Betul tu. Seseorang yang ‘tidur’ tidak mampu untuk melakukannya.” Ujar Professor Ahmad menjawab pertanyaan Dr. Khairi. Dr. Khairi dan team makmal mereka iaitu Dr. Maheran dan Melyssa telah menjalankan ujian seperti ujian darah, air kencing, air liur, dan yang berkaitan untuk membantu siasatan.
“Pembunuh dah rancang pembunuhan terlebih dahulu dengan tidak jayanya.” Fath Malik menggeleng kepala. Dia melanjutkan hujahnya.
“Kamal diperangkap sebagai pembunuh Aalia.” Fath mengambil tempatnya semula. Kakinya disilangkan. Dia memerhati semua mata yang memandang dengan penuh perhatian. Masing-masing mempunyai persoalan yang tersendiri. Marah. Geram. Sedih. Simpati. Ingin tahu. Semua perasaan tersebut dapat dibaca melalui mata mereka.
“Mangsa mati akibat kehilangan darah yang dihisap sehingga kering.”
Hujah tersebut menyebabkan bilik mesyuarat menjadi hinggar-binggar. Fath Malik bagaimanapun tetap fokus menyampaikan. Dia memainkan Slide Show yang terpampang melalui projector. Fath kemudian menghalakan laser light yang dipegang pada skrin layer supaya mereka semua dapat mengikuti apa yang bakal disampaikan selebihnya.
“Lihat dua lubang ini ialah kesan gigi penjenayah.” Fath kembali memandang mereka semua. Masing-masing dengan spekulasi sendiri. Gigi? Binatangkah? Fath Malik kemudian memerhati Melyssa yang merenung dalam gambar tersebut. Berkerut-kerut dahinya seperti sedang memikirkan sesuatu yang berat.
“Maksud prof., penjenayah ialah binatang?” Soal salah seorang daripada mereka. Fath menjungkitkan bahu. “Manusia?” Masih menjungkitkan bahu.
“Dia nampaknya sukakan darah.” Fath meletakkan jari telunjuknya di hidung. Kemudian memejamkan mata dan menghirup udara sedalam-dalamnya.
“Masalahnya sekarang siapa dia?!”
“Prof. boleh tak straight to the point?”
Semua mereka mula mendesak Fath. Fath Malik bingkas bangun. “Jom, Arman.” Arah Fath Malik. Dia kemudian mengalihkan layar skrin dan berhenti pada muka surat yang menunjukkan sebuah kad nama. Nama Jenny terpapar dihadapan mereka semua. Setelah itu Fath melangkah ke arah pintu keluar. Dia menarik tombol kemudian berhenti dan berpaling. “Kerja saya hanya bagi jalan penyelesaian. Selebihnya diluar bidang tugas saya.”
“Fuh! Bukan main sombong lagi! Selebihnya diluar bidang tugas saya.” Melyssa mengulang semula apa yang dikatakan Fath Malik tadi.
“Hoi! Apa yang kau bebel sorang-sorang ni.” Jerkah satu suara. Ketika itu Melyssa sudah melangkah melewati pintu rumahnya. Wajah Fath Malik kini berganti dengan Zara.
“Mak!” Terkejut Melyssa tetapi memberikan reaksi sedikit lambat. Tak sedar bila dia sudah sampai ke rumah.
“Fake betul terkejutnya tu. Mengelamun la tu!” Zara melontar chusion empat segi ke arah Melyssa. Sempat dielak oleh Melyssa.
“Ceh, mengelamun pun boleh elak ya.”
“Penatlah Zara. Nak tidur.”
Melyssa meninggalkan Zara seorang diri. Dia terus masuk ke kamar. Niatnya memang hendak tidur sepuas-puasnya. Esok pagi-pagi lagi dia mesti dah ada di makmal. Jadi mala mini perlulah tidur lebih awal supaya esok tidak tersengguk-sengguk dalam makmal. Bekerja seorang diri bertambah-tambah mengantuknya.

MELYSSA terjaga dari tidurnya. Mimpi buruk sering menggangunya sejak kebelakangan ini. Dia rindu akan kedua-dua ibu bapanya. Seawal usia 5 tahun dia telah menyaksikan sendiri pembunuhan kejam mereka.
            Melyssa mengeluh dalam. Dia perlu mendapatkan appointment semula dengan kaunselornya terdahulu memandangkan kesihatan dirinya yang tidak memberansangkan. Untuk mengelak sebarang masalah dikemudian hari lebih baik dia bertindak segera. Penat rawatan terapi yang bakal dilalui sudah terasa.

            Melyssa mencapai kad nama diatas meja solek. Dia nekad. Satu teks pesanan ringkas dihantar kepada Arman. Dia tidak berani untuk terus berhubung dengan Fath Malik. Memandangkan Arman lebih friendly dan senang didekati.

You Might Also Like

0 comments

Please leave your comment... jebal~

Top Commentators

Boy In Luv

Converse High