Lelaki Ini 1

February 19, 2018



Cerita ini mengisahkan tentang kehidupan seorang insan bernama lelaki. Pada tanggal 22 Julai 1990, lahirlah seorang bayi comel daripada sebuah keluarga ternama yang diberikan nama Muhammad Jafri Waseem. Satu-satunya waris lelaki dalam Waseem Holdings. Sekejap lagi, tak lama je lagi akan bergelar CEO. Tapi ramai yang tak tahu pun.
Seperti nama beliau yang memberi maksud kemuliaan dan rupawan yang meluas, seperti itu jugalah dia membesar dan dibesarkan. Beliau bukan sahaja comel semasa bayi, malah sudah menampakkan ketampanan sewaktu meningkat remaja. Boom! Dan sekarang apabila sudah dewasa, tak payah cerita tapi nak cerita jugak! Tip top! Meletop! Dialah lelaki yang bisa membuatkan kaum wanita di luar sana, jatuh cinta. Ya! Berbisa.
            Setiap pagi pada setiap hari, Muhammad Jafri Waseem memulakan harinya dengan cukup mewah. Dia dihidangkan secawan teh yang diimport khas dari luar negara untuknya. Ah! Segar sungguh paginya dengan seteguk teh suam dan haruman wangi yang dihidu masuk ke dalam rongga. Sungguh asyik!
            Seperti biasa Muhammad Jafri Waseem akan membersihkan diri di dalam kamar mandi yang luas. Setiap langkah kakinya terbenam dalam kelembutan baldu karpet yang terhampar disepanjang jalan ke kamar mandi tersebut.
            Usai membersihkan diri, Muhammad Jafri Waseem menyambut huluran tuala mandi daripada pembantu yang sudah sedia menanti. Sejurus, dia melangkah ke arah bilik persalinan. Kuakkk! Pintu dibuka dengan penuh bergaya. Bunyi kuakan tadi bukanlah kuakan yang biasa, tetapi penuh dengan debu-debu magis. Cahaya bersinar-sinar terpancar daripada bilik persalinan tersebut.
            Terserlah pelbagai jenis susunan pakaian, beg tangan lelaki, kasut lelaki, dan sebagainya. Pembantu-pembantu yang berdiri dibelakang terpaksa mengangkat tangan masing-masing untuk menghalang sinaran tersebut daripada terus terpanah ke dalam mata.
            Muhammad Jafri Waseem mencapai kemeja putih yang sudah siap tergantung dalam almari. Kemeja itu disarung ke badan dan warna putih menyerlahkan lagi bentuk tubuh serta warna kulitnya. Seperti menggunakan effect slow-mo, Muhammad Jafri Waseem mengancing butang satu persatu dari bawah menutupi setiap coklat bar miliknya. Betul-betul menguji keimanan. Ini bukan mengucap lagi. Tak sempat! Innalillah!
            Muhammad Jafri Waseem menarik salah satu laci di hadapannya menyerlahkan sebaris jam tangan daripada pelbagai jenama terkemuka. Dia mencapai seutas daripada koleksi tersebut. Memakai jam tersebut pada pergelangan tangan kiri. Dia tidak lupa menyisir rambut serta mewangikan diri dengan semburan maskulin.
            Dia kemudian mencapai Clucth hitam miliknya bagi melengkapkan penampilan. Sempat juga membetulkan pakaian di hadapan cermin besar dalam bilik persalinan itu. Sudah yakin, sudah bersedia. Jom!
            Muhamad Jafri Waseem menolak pintu utama banglo mewah miliknya. Di luar lensa-lensa kamera sudah bersedia. Flash kamera mula membanjiri wajah tampan Muhamad Jafri Waseem. Tak mahu terlepas setiap pergerakan Muhamad Jafri Waseem. Wajahnya yang bersih, matanya yang seksi, hidung yang mancung serta bibir yang terukir indah! Sebiji macam karakter kartun anime daripada negeri matahari terbit. Biasalah photographer tak nak lepaskan peluang mengambil gambar! Tak lupa juga ada dalam kalangan mereka merupakan ahli fan club khas untuk Muhamad Jafri Waseem. Mestilah nak share gambar cantik-cantik dengan ahli kelab yang lain.
            “Cop! Cut, cut!”
            “Kenapa?! Potong mood la kau ni, Fina,”
            “Sudah-sudah lah mengarang fan fiction kau tu.”
            “Apa lagi yang tak kena dengan cerita aku ni, wahai cik Syarafina?”
            “Cerita kau ni melebih-lebih cik Nadrah. Mana tidaknya, cik abang yang kau puja tu bukannya artis sampai kau nak kena ada fan club bagai.”
            “Hello, kalau dia dah popular macam ni dah sah-sah lah tak lama lagi jadi artis! Kita ni duduk kat Malaysia kot, faham-faham lah!”
            “HAH! HAH!” Syarafina gelak mengejek. Setakat artis popular dekat universiti aje buat apa! Itu pun dia belum kenal lagi. Kalau betul-betul popular, mesti dia pun kenal jugak! Fikir
Syarafina.
            “Jangan lupa masukkan episod playboy dia. Macamlah dia perfect sangat.” Syarafina sengaja menambah sakit hati Nadrah.
            “Haters gonna hate!” Balas Nadrah dengan nada mengejek. Macamlah dia kenal Jafri tu siapa!
            “Daripada aku duduk melayan cerita karut kau ni, lebih baik aku pergi makan.”
            “Ha, baguslah. Lepas makan menyesal. Lepas tu start diet lepas tu cheating day lagi.”

            “Aaaa. Tak dengar. Tak dengar” Syarafina menepuk kedua-dua belah telinga.

You Might Also Like

3 comments

Please leave your comment... jebal~

Top Commentators

Boy In Luv

Converse High