Pakcik basikal, Kim Rae Won?

February 25, 2018


Aku dan keluarga tinggal di pulau kecil, Ijak. Lebih dikenali sebagai Ijak-Do yang terletak di sebelah barat Korea. Entah bagaimana aku tiba-tiba menjadi seorang korea dan hidup di pulau kecil ini. Akal logik aku tidak mampu mentafsirkannya. Aku hanya fikir mahu menjalani hidup yang normal seperti manusia biasa yang sedang menikmati pemandangan seperti aku ketika itu.
Pemandangannya tepi pantai yang cantik, tiada pencemaran, air laut yang bersih menjadikannya tempat yang baik untuk tinggal bersama keluarga. Aku berjalan di gigi air pantainya. Udara segar menerepa pada wajah.
"Auch!"
Aku terpijak sesuatu yang tajam. Aku membelek serpihan kaca yangku pijak sebentar tadi. Pandanganku terarah ke sebuah banglo yang hampir siap tidak jauh dari tempatku berdiri. Memang aku kurang senang dengan kewujudan banglo tersebut.
"Orang bandar datang nak cemarkan Ijak!" Aku seolah-olah menyalahkan tuan rumah tersebut. Bagunannya kulihat seakan-akan banglo dalam drama bersiri full house lakonan Rain Bi dan Song Hye Kyo.
Sebahagian besar banglo tersebut didirikan daripada kaca. Kawasan luarnya cantik dihiasi pokok bunga berbagai warna. Tentu mahal sekali kos keseluruhannya. Dari jauh aku dapat melihat sebuah tangga yang gah di dalamnya. Barangkali ruang tamu.
"Rumah apa macam tu? Tidak ada privacy langsung!" Aku melontar serpihan kaca tadi kearah banglo mewah tersebut. Namun lontaran itu tidak pergi sejauh yang diharapkan dan jatuh dalam timbunan pasir pantai yang halus.
"Nasib baik luka sikit sahaja". Aku menepuk tapak kaki.
"Mae Ri! Mae Ri-ya!"
Dari jauh aku terdengar suara memanggil-manggil.
"Mae Ri…” Aku rasa terpanggil dan memaling.
Tiba-tiba ingatan aku memutar pada kenangan lalu. Ibu kata nama aku sempena aku lahir ketika salji pertama turun dalam bulan Disember.
Ketika itu kelibat sahabatku kelihatan.
"Kenapai terburu-buru ni, So Yoo?" Aku segera bertanya. Laju sahaja mulut aku memanggil gadis itu dengan nama So Yoo. Seperti sudah lama kenal dengan gadis comel tersebut, aku menyapa.
"Makcik! Ibu kau, dia..."
Aku pantas berlari pulang sebelum sempat So Yoo menghabiskan kata. Rumahku tidaklah jauh dari pantai.
Aku berdiri di depan rumahku. Bunyi periuk dan pinggan mangkuk dihempas ke lantai sudah lali di pendengaranku. Pintu yang diperbuat daripada kayu dan kain itu ku tolak perlahan. Kulihat Ibu sudah duduk bersandar sambil mengelap mata. So Yoo segera mendapatkan Ibu.
"Makcik Mun Hee..." So Yoo memeluk Ibu. Dia turut sama menangis. Aku pula hanya memandang sahaja So Yoo yang sedang menenangkan wanita yang dipanggil Makcik Mun Hee.
Sudah seminggu Ibu berperangai seperti ini. Aku sudah awal-awal memberitahunya supaya meninggalkan suaminya yang tidak bertanggungjawab itu. Ibu marah-marah sehingga akhirnya dia mengetahuinya sendiri.
Suami Ibu, Lee Jong Shin bukanlah ayah kandungku. Ayahku telah meninggal dunia sejak aku kecil lagi. Sejak Ibu hidup dengan Jong Shin, hidup kami jadi seperti tongkang pecah. Ibu sering dipukul apabila Jong Shin pulang dengan keadaan mabuk. Dia suka berjudi sehingga habis duit Ibu diminta.
Hidup kami bertambah susah dengan hutang yang ditanggungnya. Akhirnya Jong Shin dijumpai mati ditikam. Mungkinkah dia dibunuh oleh along? ahh aku tidak peduli! Dia meninggalkan hutang piutangnya pada kami!
"So Yoo, tolong bawa ibu masuk bilik" So Yoo mengangguk.
Perlahan-lahan aku mengutip barang-barang yang disepahkan Ibu sebentar tadi. Aku menyusunnya semula ketempat asal.
"Ibu minta maaf...Mae Ri. Hidup Mae Ri jadi susah. Ibu degil!" Aku tidak berkalih wajah.
"So Yoo, bawa ibu ke bilik!" So Yoo segera menarik lengan ibu.
Kelopak mataku mula bergenang. Tekakku jadi sebu. Aku pantas menyeka air mata yang mula menjurai. Sejak itu aku sukar untuk mempercayai lelaki.

SETAHUN telah berlalu setelah kejadian itu, Mae Ri kini berada di tahun akhir Sekolah Tinggi GangHwa. Ibu semakin pulih. Tidak lagi mengalami trauma dan mula berjinak-jinak dengan menanam pelbagai jenis sayuran dan bunga kemudian menjualnya.
Hari ini aku terlambat ke sekolah. Teringat kejadian pagi tadi.
"Mae Ri, dah lambat!" Suara Ibu bergema kuat ke dalam gegendang telinganya.
Aku melompat dari pembaringannya. Kelam Kabut bersiap. Ibu melipat tilam, bantal dan selimutnya kemudian disimpan dalam almari. Ibu menggeleng melihat keletah anaknya.
"Ibu, Mae Ri pergi dulu!" sepantas kilat Aku berlari. Selalunya aku hanya perlu berjalan tenang ke sekolah. Tetapi tidak hari ini. Terbayangkan muka Encik Johny bagi subjek inggeris untuk kelas pagi ini, membuatkan Aku kecut perut.
"Sempat ke sampai tepat pada waktu ni?" Peluh mula merenik.
Aku tidak menoleh langsung kiri dan kanan. Aku tahu aku ingin cepat sampai sehinggalah dia jatuh akibat berlanggar dengan seseorang yang sedang berbasikal.
"Aduh!" Keduanya mengaduh kesakitan.
"Adik tak apa-apa?" Tanya tuan punya basikal dengan muka cemas.
Aku memandang sekilas.
"Adik dah luka ni!" Aku lantas bagun mengibas uniform sekolah.
"Pakcik, saya pinjam basikal ya? saya dah lambat!"
Belum sempat disambut oleh tuan punya basikal, aku sudah terlebih dahulu menunggang basikal tersebut. Lelaki yang di panggil pakcik tadi terpinga-pinga.
"Pakcik, nanti petang saya pulang basikal ni dekat sini!!" jerit aku dari jauh.

AKU memandang ke luar bilik darjah. Memandangkah meja aku terletak ditepi tingkap, aku dapat melihat pelajar-pelajar lain sedang bermain di padang.
Aku cuba mengimbas muka pakcik basikal sebentar tadi.
"Kenapalah aku tak tengok muka dia betul-betul?" Aku tidak dapat mengingati wajah lelaki tersebut dengan jelas. Kepala diketuk sendiri.
Seingat aku pakcik basikal tersebut memakai T-shirt berwarna hitam, berseluar jeans, dan bertopi.
"Mae Ri, I’m talking to you. Where are you now?"
Khayalan aku mati serta-merta. Gulp! Suara Encik Johny menerpa. Urghh inilah padahnya mengelamun. Aku bangun malas. Rupanya waktu Encik Johny telah dibawa ke belakang. Buat penat saja aku ‘mencuri’ basikal pakcik tadi sebab nak cepat. Ini Encik Johny punya pasal!
Ding Dong!
Asa! Tamat waktu persekolahan. Nasib baik. Aku terus mengemas beg. Begitu juga dengan rakan-rakan sekelasku yang lain. Encik Johny yang baru hendak menyoal Mae Ri turut mengemas buku-bukunya.
Semua murid berpusu-pusu meninggalkan perkarangan sekolah. Aku menanti So Yoo yang sedang mengemas barangnya. So Yoo menghampiri.
"Kenapa lambat hari ni, Mae Ri?" So Yoo perasan rakannya itu datang lambat hari ini. Tidak pula dia bertanya masa rehat tadi sebab sibuk membuat ulang kaji bersama rakan yang lain. Tak sempat nak bersembang dengan Mae Ri hari ni.
Aku hanya tersengih memandang So Yoon. Kami berjalan beriringan menuju ke pagar sekolah.
"Ah, sekejap So Yoo. Aku nak ke tempat letak basikal."
Aku bergegas ke tempat letak basikal diikuti So Yoo. Aku menarik keluar sebuah basikal.
"Sejak bila kau guna basikal?" soal So Yoo.
"Aku pinjam seorang pakcik ni punya basikal." Aku sengih lagi. So Yoo mengangguk.
"Han So Yoo, aku mahu bercakap sebentar." Ada suara mencelah.
Sudah datang 'buaya' Sekolah Tinggi GangHwa. Kim Bo Hwal. Aku mencebik.
"Aku pergi dulu, So Yoo."
Malas nak masuk campur urusan ‘couple’ tersebut. Malas nak berlama-lama ditenung mata buaya darat itu! Aku segera meletakkan kaki pada pedal.
"Selamat jalan Mae Ri." Ucap Kim Bo Hwal dengan senyumannya.
Aku meluat.
"Jumpa esok, Mae Ri."
Kata-kata So Yoo dibalas dengan lambaian.

AKU bermalas-malasan di depan televisyen. Pulang dari sekolah tadi dia segera ke rumah. Rasa penat yang mendalam menyebabkan aku terlupa tentang janji pagi tadi. Mata aku tertancap pada jam di dindang.
Automatik aku melompat bagun dari kedudukanku.
"Alamak lupa!"
Aku pantas keluar menyarung selipar dan mendapatkan basikal pakcik pagi tadi.
"Mae Ri, nak ke mana?" Jeritan ibu tidak diendahkan.
Aku mengayuh basikal dengan laju. Sampai di tempat perlanggaran dengan pakcik basikal pagi tadi. Mata aku meliar mencari gambaran lelaki yang ada dalam minda.
Lama aku menunggu. Mengeluh sesekali melihat jam di tangan.
“Macam mana boleh terlupa?!”
Kayuhan disambung menuju ke pantai. Aku bercadang untuk mencari pakcik basikal sekitar pantai. Disebabkan aku menggunakan basikal, aku hanya mengayuh di atas jalan tar.
Kayuhanku terhenti di hadapan banglo mewah yang sudah separuh - hampir siap dibina.
"Tak siap-siap lagi banglo ni?" Mata aku tertancap pada seseorang. Mungkin tuan punya rumah. Aku perlahan-lahan turun dari basikal kemudian berselindung di sebalik tembok besar banglo tersebut.
Kelihatan seorang lelaki sedang meninjau kawasan banglo tersebut. Sesekali dia mengambil gambar menggunakan kamera Sony DCLR-nya yang tergantung di leher. Nampaknya bukan Aku sahaja yang terpegun akan keindahan banglo ini.
"Prak!" Aku terpijak sebatang ranting pula waktu ini.
"Siapa?"
Aku segera menyorok. Memegang dada yang berdegup laju. Terkejut.
Setelah keadaan selamat, aku melangkah meninggalkan banglo tersebut menuju ke arah basikal yang di parkir di luar banglo. Aku perlu pulangkan basikal pakcik ni.
"Adik!"
Aku berpaling. Lelaki yang dilihat tadi berdiri dihadapan aku kini.
"Adik tak apa-apa?"
Lelaki tersebut menarik lengan aku. Dia membelek luka aku yang berbalut kemas. Sementara mata aku macam tak percaya apa yang aku lihat. Kim Rae Won?!
"Apa ni, Pakcik!" Aku menepis. Dalam terkejut campur excited aku masih boleh berfikir waras. Seorang LELAKI sedang memegang aku? Aku mula cuak.
"Adik dah pergi klinik? Ini luka pagi tadi, kan?" Aku rasa macam bertubi-tubi soalan yang dilemparkan oleh lelaki iras Kim Rae Won tersebut.  Tiba-tiba aku mula mengingati kejadian pagi tadi.

Cara lelaki ini berpakaian seperti pernah dilihat.
"Oh, pakcik basikal rupanya!" Terlontar ayat itu dari mulutnya. Aku tersenyum. Orang yang dicari telah dijumpai. Kim Rae Won sangat! Mae Ri, Mae Ri.
"Mari saya bawa ke klinik!" Usul lelaki itu. Aku pula membelek lengan.
"Luka sikit saja ni. Tak ada apa-apa." Aku menjelaskan.
"Betul ke tak apa-apa ni?" Soal lelaki tersebut dengan muka berkerut-kerut.
Aku memandang wajah lelaki itu. Jelas wajahnya tampak risau sekali.
"Hahaha!" Aku ketawa lepas.
"Rileks lah pakcik. Saya okey lah!" Kelakar pula dia melihat muka berkerut lelaki di hadapannya.
"Banglo ni cantikkan? saya pun suka lihat pemandagan di sini." Aku tiba-tiba berkata. Tiba-tiba mengubah topik perbualan. Lelaki itu hanya mengangguk.
"Dah nak malam ni. Pakcik tak nak balik ke? saya pun nak balik dah ni. Itu basikal pakcik! terima kasih pinjamkan."
Aku sempat menundukkan kepala dan mula mengatur langkah. Kedua-dua belah tangan diseluk ke dalam poket seluar pendek yang aku pakai.
"Rumah adik dekat mana? Saya hantarkan."
Aku mengangkat tangan tanda tidak mengapa. Baik pulak pakcik ni.

“PRANG!”
            Bunyi-bunyi bingit datang kembali. Aku tak tahu sejak bila bunyi tu mula kembali dalam hidup kami. Ah! Bermula episod membosankan dalam hidup aku.
            Kekasih hati ibu datang mengamuk-gamuk lagi. Aku pun sudah tidak tahu ini kekasih yang ke berapa sebab aku dah tak peduli itu semua, memandangkan aku akan menempuh ujian bulanan tak lama lagi.
Aku semakin sibuk menelaah dekat rumah So Yoo dan rakan-rakan yang lain. Bukan apa, aku sudah mula memikirkan masa depan aku nanti. Sekejap saja masa berlalu dan aku juga bakal menempuh satu ujian besar yang menjadi kayu ukur untuk aku menyambungkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Aku lantas menyarung selipar. Kaki aku mula melangkah entah ke mana. Hari ni aku tak bercadang untuk ke rumah So Yoo atau mengulang kaji dengan rakan-rakan lain. Kami menetapkan hari ini untuk berehat dirumah dan bersama keluarga. Aku? Macam inilah. Boleh dikatakan setiap hari sudah tidak lekat di rumah sendiri.
Kaki aku berhenti melangkah. Aku memerhati sekumpulan manusia yang sedang mengangkat kotak-kotak sederhana besar. Mereka sedang memunggah barang daripada sebuah lori. Aku khayal memerhati sehingga tak sedar ada yang memerhati. Lelaki itu tersengih memandang aku. Aku pulak hanya memandang kosong tak berperasaan.
Eh, pakcik basikal! Tiba-tiba aku tersedar. Aku perhati lagi. Dia sukarelawan rupanya. Mungkin dia bekerja dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Aku mendekati kumpulan tersebut. Tanpa segan silu aku membelek barang-barang yang sedang dikeluarkan oleh mereka.
Selalu waktu hujung minggu begini, ada jualan amal oleh pasukan-pasukan sukarelawan. Barang-barang yang dijual adalah barangan terpakai yang masih elok dan dijual dengan harga yang sangat murah.
Aku tertarik dengan sebuah kamera lama mereka. Kamera dirapatkan ke wajah. Sebelah mata dikecilkan untuk memberikan fokus pada sebelah mata yang memandang ke dalam lensa kamera.
Klik! Aku mengambil gambar-gambar mereka yang sedang bertungkus lumus mengemas.
Sesekali aku mengelap peluh yang mula merenik. Tiba-tiba terasa leher aku sejuk disentuh sesuatu. Aku terlompat kecil. Terkejut. Segera menoleh.
            Pakcik basikal tersengih. Dia menghulur sebotol air mineral. Aku meletakkan semula kamera. Tangan aku pantas menyambut huluran tersebut. Baru aku perasan, cuaca hari ini sangat terik. Sudah tengah hari begini lagilah bertambah terik.
       Pakcik basikal mengipas aku dengan sekeping kertas dalam pegangannya sementara aku meneguk air sehingga separuh. Aku menutup semula botol dan menghulurkannya kembali pada pakcik basikal.
            “Ambil lah kamera tu,” Pakcik basikal pelawa. Aku mengangkat kening sebelah.
            “Boleh?” Aku tanpa segan terus menyarung semula tali kamera pada batang leher.
         “Ambil lah. Saya belanja.” Ujar pakcik basikal. Dia masih tersenyum. Suka sangat senyum. Aku menghalakan lens pada wajah yang sedang tersenyum itu.
           Pakcik basikal tiba-tiba jadi malu. Dia teragak-agak nak posing. Comel je bila dia angkat peace sign. Aku join masuk dalam gambar. Klik!
        “Mae Ri!” Ada suara memanggil. Aku menoleh. Dari jauh So Yoo melambai. Aku mahu melangkah kea rah So Yoo, tapi baru je nak ucap selamat tinggal, pakcik basikal sudah lesap. Dia menyambung kerjanya semula.
            “Siapa tu?” Soal So Yoo. Aku jungkit bahu.
            “Kau beli kamera, ya?” So Yoo bertanya lagi. Aku hanya tersenyum.
            “Aku baru nak ke sini. Nak cari lah kalau-kalau ada alat tulis murah-murah. Tak sangka kau ada dekat sini jugak. Ingatkan dah terbongkang dekat rumah!” So Yoo bergurau.
            “Hmm. Bosan duduk rumah.” Aku malas nak cakap banyak. So Yoo pun dah faham maksud bosan tersebut.
            “Nah!” So Yoo menghulur air kotak. Dia memanggil salah seorang pekerja untuk membuat bayarana. Nampaknya alat tulis yang dicari tidak ada hari ini. So Yoo hanya mengambil air kotak sahaja untuk mereka berdua.
            “Aku sebenarnya nak pergi jumpa Bo Hwal ni.” Beritahu So Yoo.
            “Dah agak dah! Perli lah.” Aku faham maksud So Yoo. Aku pun tak nak ikut. Lelaki menyusahkan. Tahu ambil kesempatan sahaja. Aku bukannya tak pernah nasihatkan So Yoo tu. Tapi bila mata dah buta, cinta sudah menguasai siapalah aku nak didengarnya.
            “Alah semua lelaki kau anti,
            Itu lah yang dikatakan So Yoo setiap kali. Bukan diorang tak kenal aku. Ibu aku sah-sah dah tahu betapa aku bosan dengan teman lelaki dia semua tu. Yang muda, yang tua semuanya sama sahaja.
            Sempat aku berpaling pada pakcik basikal. Kelihatan dia sedang membantu seorang warga emas mengangkat barang. Banyak nenek tu borong barang-barang murah. Aku sengih tanpa dipaksa. Senang hati melihat situasi itu.
            Lepas tu aku membawa diri. Menyumbat telinga dengan earphone. Lagu-lagu lama ku putarkan. Melayan perasaan sendiri sehingga sampai dekat tempat favourite aku. Pantai. Aku duduk bawah teduhan pokok atas dahan pokok yang sudah patah. Dekat situ aku perhati ombak yang terdampar luas bersambung dengan lautan yang tidak ternampak hujungnya.
            Waktu itu sudah hampir senja. Aku bersandar pada dahan pokok seketika. Menanti matahari terbenam. Aku bangun mendekati pantai. Aku beracadang nak baring atas pasir sambil menyaksikan matahari senja.
            Langit mula bertukar kemerahan. Aku asyik menghayati. Memejamkan mata menghayati deruan ombak dan kicauan burung yang terdengar sayup-sayup. Mata aku terpejam rapat. Lagu-lagu daripada Pod mp3 sudah silih berganti. Perlahan sahaja volum yang dipasang.
            Lama juga aku berkeadaan begitu. Aku membuka mata sebaik terasa air ombak mula mengganas. Terasa percikan air mengenai kulit. Gelap! Mata aku menagkap pemandangan langit yang sudah gelap. Aku cepat-cepat bangun.
            “Auch!” Kepala aku terucuk hujung payung yang memayungi wajah aku sejak tadi. Aku menadah telapak tangan.
            “Hujan rupanya!” Aku ingat percikan ombak, rupanya sudah hujan.
            Aku terus mencapai payung tadi. Langkah kaki ku lajukan. Sudah lah malam, hujan pulak. Sengaja mencari bala. Tertidur pulak dekat pantai seorang diri!

MACAM biasa hari ni aku keluar rumah lagi. Tapi hari ni awal pagi aku dah keluar. Pintu apartment tingkat 4 itu ditutup rapat.
Kali ni aku tak lupa bawak bekal makanan. Buah saja. Sebab aku tahu aku nak jalan jauh ni. Penat-penat boleh makan. Lagipun banyak buah pisang kaki dekat rumah. Ibu pulak sibuk suruh bawa bersama, bagi pada jiran-jiran.
Aku menyarung mengetatkan ikatan kasut. Niat aku nak terus turun terhenti apabila aku terpadang pakcik basikal tengah asingkan sampah dekat bawah.
            Aku mengerutkan kening. Apa pakcik basikal buat dekat sini? Dia tak pergi kerja ke? Cuti ke? Budak sekolah macam aku ni iyalah cuti. Tapi bukan itu yang aku hairankan. Yang aku tertanya-tanya adalah sejak bila pakcik basikal tinggal dekat apartment yang sama?
            Aku cepat-cepat melangkah ke arah lif sebaik melihat pakcik basikal masuk semula ke Kawasan apartment setelah mengasingkan sampah mengikut jenis. Aku memerhati lampu lif yang menunjukkan pergerkan turun ke tingkat bawah sekali. Lama lif berhenti dekat bawah.
            Aku harap pakcik basikal seorang sahaja yang naik lif. Kemudian, lif pun bergerak. Naik dari satu tingkat ke satu tingkat yang lain sehingga ke tingkat 4. Aku mengundur sedikit ke belakang dan menyorokkan diri. Manalah tahu kalau-kalau lif tersebut berhenti dekat tingkat 4.
            Tidak sama sekali apabila lif meneruskan ke tingkat 5 dan berhenti lama pada tingkat 6. Aku menekan butang ke atas. Lif turun semula ke tingkat 4. Aku masuk dan menekan butang 6. Lif bergerak ke atas.
            Aku keluar memerhati sekeliling. Tidak ada seorang manusia pun kelihatan. Aku berjalan dari satu pintu ke satu pintu yang lain. Sehingga kaki aku berhenti di hadapan sebuah rumah. Diluarnya terdapat kotak-kotak yang boleh didapati di tapak jualan tempoh hari.
            Aku begitu yakin ini rumah pakcik basikal. Jadi dia tinggal disini. Aku ingin melangkah pergi sahaja kerana tiada apa yang mendatangkan faedah sebaik mengetahui tempat tinggal pakcik basikal. Cukuplah sekadar dia mengetahui mereka berjiran atas bawah.
            Pintu ditolak dari dalam. Aku terpana. Dia juga terpana. Seketika kami berpandangan. Kemudian, aku mengangkat tangan aku yang memegang seplastik buah pisang kaki.
            “Ibu suruh bagi jiran-jiran!” Laju aku memberitahu. Walaupun niat asal bukanlah nak bagi jiran, terpaksa lah aku bagi.
            Pakcik basikal nampak terpinga-pinga. Dia kelihatan masih mamai-mamai dengan segayung air dalam genggaman. Pakcik basikal menyambut huluran aku. Dia kemudian mengisyaratkan aku mengambil gayung air tersebut.
            Aku pulak yang terpinga-pinga menyebabkan dia ketawa sehingga terbatuk-batuk. Dia menunjukkan pada pasu. Oh! Suruh siramkan pokok rupanya. Aku memulangkan semula gayung tersebut.
            Sekali lagi aku dan dia memandang antara satu sama lain.
            “Aaa… saya ambil satu.” Aku menyelukkan tangan dalam beg plastik buah tadi. Pakcik basikal masih tersenyum.
            “Terima kasih.” Ucap pakcik basikal merujuk kepada buah yang diberikan. Suara dia kedengaran serak-serak.
            “Hmm, saya turun dulu.” Aku terus melangkah ke arah lif. Dalam lif aku tergelak sendiri. Baik punya cover.
            “Nampaknya pakcik basikal tak sihat.” Aku bermonolog sendiri. Aku nampak dia batuk-batuk dn bersuara serak tadi. Tanpa berfikir panjang aku masuk ke dalam farmasi.
Aku mengetuk pintu rumah itu. Sekejap je pintu dibuka dari dalam. Aku mengangkat plastik faramasi yang aku pegang tinggi paras wajah pakcik basikal.
            “Ubat!”
            Pakcik basikal tak bagi respon. Senyum pun tidak. Buat aku rasa janggal tiba-tiba. Aku segera menarik tangan pakcik basikal dan memberikan plastik tersebut.
            “Ubat deman, batuk, selesema.” Aku beritahu. Perlahan-lahan dia mula mengukirkan senyuman.
            “Sama-sama.” Aku berkata bila pakcik Baikal nampak macam terharu sangat. Terima kasih tak ada, apa pun tak ada.
            Aku pun melangkah pergi. Sempat aku menangkap suara pakcik basikla yang mengucpkan terima kasih. Hmm, aku pun tak tahu kenapa aku perihatin terlebih hari ni.

SEJAK hari itu aku selalu naik ke tingkat 6 apabila ada buah-buahan lebih yang ibu bagi untuk jiran. Aku terlebih rajin nak tolong. Bukan apa, buat pertama kalinya aku ada kawan dekat apartment aku. Tak adalah lah bosan duduk dalam rumah.
            Ya, sejak bila tah aku anggap pakcik basikal tu kawan.
            Tepat waktunya aku turun pakcik basikal pun sudah ada dekat tempat pengasingan sampah. Aku dan siap nak ke sekolah. Dia pun nampaknya sudah siap nak pergi kerja.
            Aku menyapa pakcik basikal.
            “Hai! Selamat pagi.” Pakcik basikal ceria menyapa balik.
            Aku melambai dia setelah menyapa. Nanti lambat pula ke ekolah kalau berbual. Tapi dia lebih cepat mempelawa naik basikalnya.
            Aku pandang basikal sekilas dan pakcik basikal. Tanpa berfikir panjang aku mengangguk. Lalu aku membonceng basikalnya. Aku minta dia berhenti jauh sikit daripada pintu masuk sekolah. Nanti nampak pulak dekat rakan-rakan lain, mahu tak jenuh aku nak menjawabnya.
            Waktu dalam kelas, murid-murid mula kecoh menyebut-nyebut nama artis daripada Seoul yang datang untuk menyertai projek kesukarelawanan. Aku tak ambil pusing. Seperti biasa aku membuang pandang ke luar tingkap.
            “Mae Ri! Amboi sejak akhir-akhir ni kau tak join kita orang study dah. Kenapa?”
            Aku tak jawab. Biarlah mereka nak fikir apa. Takkan setiap masa aku kena study sama-sama. Sekarang masa untuk study sendiri.
“Jangan dilayan minah yang itu. Kalau dia dah pandang luar tu, memang takkan ada jiwa dia dalam kelas ni. Jasad je ada!” Seloroh mereka satu kelas.
            Memang roh aku dah terbang ke mana-mana tak ada dalam keas ni. Teringat pagi tadi dihantar ke sekolah naik basikal pakcik basikal. Pakcik basikal? Sampai bila aku nak panggil dia pakcik basikal. Sudah lama berkenalan masih tidak tahu nama masing-masing. Aku pun tak pernah tanya. Dia pun tak pernah tanya nama aku.
            Aku menepuk dahi! Benda penting sekali.
            Waktu rehat tiba. Aku memandang beg galas yang kosong. Lupa nak bawak bekal! Aku bangun menyelinap keluar dari bilik darjah menuju ke bilik guru.
            “Cikgu! Ibu saya sakit hari ni. Saya janji dengan dia nak beli kan ubat. Saya terlupa!” Aku mula mereka idea. Dah bosan duduk lama-lama dalam kelas. Bekal pun aku tak bawak!
            “Macam-macam lah kamu ni Mae Ri!”
            “Cikgu tahu kan taka da sesiapa dekat rumah tu nak jaga ibu!” Aku pancing lagi cikgu kelas aku. Minta simpati. Bukan cikgu tak tahu aku anak yatim.
            “Baliklah!” Cikgu membenarkan. Yes! Dapat ponteng sekerat hari.
            Aku memegang kemas beg sandang dan melangkah keluar dari sekolah dengan senang hati. Macam tak biasa ponteg. Kadang-kadang tu kalau mahu, boleh sahaja aku tak ke sekolah. Pergi sekolah pun bukan aku boleh fokus, sebab aku jenis belajar sendiri. Lebih baik tak ke sekolah. Adik-adik jangan tiru perangai kak Mae Ri!

AKU mula merayap dengan pakaian seragam sekolah lengkap. Selamba. Macam biasa telinga ku sumbat dengan earphone.  Aku jalan dekat dengan Kawasan tapak jualan. Cuba mencari kelibat pakcik basikal. Tidak kelihatan.
            “Aik, tak nampak pulak dia ni!” Aku mengubah arah kaki. Tak apa lah kalau nak ponteng, ponteng sendiri sahaja.
            ‘Kruk, kruk!’
            Ah! Perutsudah berkeroncong lapar. Aku segera menuju ke sebuah restoran yang berdekatan. Aku melangkah masuk. Makcik restoran jajangmyeon menegur aku.
            “Tak ke sekolah ke Mae Ri?!”
            Pelanggan yang lain sudah biasa dengan situasi itu. Bukan mereka tidak kenal dengan aku. Sesuka hati sahaja nak ke sekolah atau tidak.
            “Macam biasa, makcik!” Aku membuat pesanan seperti biasa dan mengambil tempat duduk. Aku terpandang sepasang mata yang memerhati. Tak jadi duduk. Aku segera ke meja pelanggan tersebut.
“Makcik, hantar meja 2 ya!” Aku menukar meja. Duduk bersama pakcik basikal.
            “Pakcik tak kerja ke?” Aku bertanya membuatkan pakcik basikal berkerut muka. Mungkin soalan tu sepatutnya dia yang tanya aku.
            “Half day,” Kata dia.
“Mae Ri?” Pakcik basikall sebut nama aku.
“Sejak bila pakcik tahu nama saya?” Soalan dia berbalas soalan. Dia nampak terkejut sedikit.
“Mae Ri… cantik nama.” Lelaki itu kelihatan jujur berkata.
“Nama sempena first snow!” Aku memberitahu sedikit bangga.
“Bila? November?” Tanya pakcik basikal.
“15 November.” Beritahu aku.
“Pakcik duduk seorang ke dekat sini?” Aku pula bertanya. Dah tak berminat nak tahu mana dia tahu nama aku. Mungkin dia terdengar mak cik tadi memanggil aku.
“Haah.” Jawab pakcik basikal.
“Isteri? Anak?” Aku soal lagi. Mana taknya selalu nampak seorang sahaja. Pergi rumah pun tak nampak kelibat orang lain.
“Eh, tak ada.” Jujur Pakcik basikal menjawab.
“Oh, umur pakcik berapa?” Aku dah macam polis pencen menyoal.
“31 tahun.”
“Wah, 13 tahun lagi tua dari saya!” Aku pula jawab jujur. Macam rasa amazing sangat.
Makanan aku order pun sampai serentak engan makanan pakcik basikal. Dia order jjam-pong. Manakala aku pulak order jajangmyeon. Memang selera budak-budak sangat. Sempat aku tambah pesanan dekat makcik restoran tu. Apa lagi, spicy rice cake lah!
Aku makan lahap. Lapar gila. Tercomot uniform sekolah aku.
Pakcik basikal cepat mencapai tisu. Dia lap baju aku dekat bahagian dada. Aku jadi terkesima. Walaupun bukanlah tepat pada bahagaian dada, tengah dekat butang je. Aku tepis tangan dia.
Riak dia berubah bila aku macam marah. Aku makan cepat-cepat. Ambil tisu dan lap sendiri baju dan mulut aku yang comot.
Aku keluar daripada restoran. Dapat aku lihat dari ekor mata pakcik basikal cepat-cepat membayar bil makanan kami. Entah kenapa aku tiba-tiba rasa nak angin. Mungkin sebab datang bulan? Mungkin lah.
Aku dengar tapak kaki pakcik basikal laju mengejar langkah aku. Aku biar dia ikut. Serba salah pulak aku marah. Aku tahu dia niat baik. Ah! Ego tu tinggi sangat. Seharian dia ikut aku. Aku bantai pergi main dekat arcade. Dia ikut main sebelah.
Aku main pun race dengan dia. Sekejap je lupa marah tadi. Kami gelak-gelak bersama. Lama jugaklah kami menghabiskan masa disitu. Sesekali kami menukar ke permainan lain. Pakcik basikal mencuba mainan penumbuk yang mengira berat tumbukan. Aku pun sama. Dua-dua lembik. Macam nak tertanggal pergelangan kami terseliuh. Aku ajak dia ke permainan seterusnya. Tangkap anak patung.
Mesin penipu yang telan duit orang. Banyak syiling aku ditelannya, satu patung pun tak dapat-dapat. Mana tidaknya penyepit dia tak kepit kuat-kuat. Aku tending mesin tersebut membuatkan pakcik basikal terkejut.
“Dah lah!” Aku jadi geram. Rasa nak marah.
“Ha jom dah!” Cepat je pakcik basikal jom kan aku.
“Cepat betul mengalah.” Aku menendang lagi mesin tersebut. Pakcik basikal takut-takut. Dia tersengih.
Aku melangkah laju meninggalkan tempat itu. Pakcik basikal tak banyak cakap. Dia dah penat melayan. Aku pun baru terasa penat. Terus je aku balik rumah lepas mengucapkan selamat tinggal pada palcik basikal.

HUJUNG minggu. Aku ajak pakcik basikal keluar.
            “Jom ke pantai!” Aku meminta telefon bimbitya dan mendail nombor aku.
            “Senang nak contact!” Selamba aku berkata. Tangan pakcik basikal aku raih. Menarik dia supaya keluar dengan aku. Macam biasalah aku bosan.
            Aku memang suka jalan dekat pantai. Nampak aje macam tomboy, tapi hati jiwang. Suka layan perasaan dekat pantai.
            Aku main lari-lari dekat gigi air. Tak tahu kenapa aku happy bila bersama dengan pakcik basikal. Lama kelamaan aku berasa semakin rapat dengan dia. Hari-hari nak jumpa dia.
 Tiba-tiba aku rasa muka aku basah. Pakcik basikal simbah air dekat aku. Aku balas balik. Lencun kami dibuatnya dengan air masin laut. Melekit terasa dekat kulit.
            Aku mengajak pakcik basikal pergi membilas dekat air paip yang disediakan tidak jauh dari pantai. Aku suruh pakcik basikal mandi terlebih dahulu. Dia berdiri bawah air paip. Seronoknya mandi. Detik hati aku. Terasa air sejuk mengalir turun membasahi kepala. Perasaan itu jelas tergambar pada riak pakcik basikal.
            Aku dah tak sabar. Aku join dia sekali. Berdiri di bawah satu air pancur. Pakcik basikal mengosok rambut aku yang dah melekit. Dia membantu air mereap masuk ke dalam setiap helaian. Rambut aku completely basah.
            Aku dongak ke atas. Memandang wajah pakcik basikal. Serentak itu dia juga sedang menenung aku. Aku menjadi segan tiba-tiba. Sifat malu menerpa diri. Lambat-lambat aku tunduk. Terpandang pula susuk pakcik basikal yang terserlah lerana dia mengenakan t-shirt putih.
            Aku menutup mata. Kemudian melangkah menjauhi air pancur tersebut. Aku perah air yang memberat pada baju dan skirt yang aku pakai. Begitu juga dengan pakcik asikal yang sudah selesai membilas. Kami sama-sama berdiri menghadap laut. Membiarkan hembusan angin mengeringkan pakaian kami.
            Sejak akhir-akhir ini aku semakin segan dengan pakcik basikal. Sifat keperempuanan semulajadi aku mula terserlah. Aku pinta diri untuk pulang ke rumah. Walaupun dia duduk tingkat atas rumah sahaja, tapi kami pulang berasingan.
            Aku mandi sekali agi sebaik sampai di rumah. Kali ini memberihkan diri dengan sambun dan shampoo. Selesai mandi, aku merenung muka depan cermin. Kelihatan rambut aku basah menutupi sedikit bahagian muka. Aku tersenyum meleret.
            “Macam ni ke pakcik basikal nampak aku?”
            Aku tersipu-sipu sendiri. Rambut yang basah segera dibalut dengan kain tuala. Aku melompat ke atas katil. Telefon bimbit dicapai. Tak sedar ada mesej yang masuk. Pakcik basikal!

                        Selamat malam ^^

            Ringkas mesejnya.

                        Selamat malam juga~
            Aku balas.

                        Sweet Dream~

            Aku memberanikan diri menghantar lagi mesej berbunga cinta. Kemudian aku tak mampu dah nak melihat skrin telefon. Tak percaya dengan diri sendiri yang menghantar mesej seperti itu.
            Apalah reaksi pakcik basikal agaknya?! Aku tertidur sendiri. Mimpi aku sungguh indah malam itu.

“MAE RI!”
            Pagi-pagi ibu dah bising.
            “Apa dia ibu?” Aku terpisat-pisat keluar rumah.
            “Simpan lah payung ni. Bersepah depan rumah!” Ibu membebel.
            Aku merengus perlahan. Kacau betul lah! Dengan senyap aku mengambil payung tersebut. Mata aku melekat pada nama syarikat yang terdapat pada payung tersebut. Jelas kelihatan tertulis nama Jabatan Kebajikan dan kesukarelawan. Aku cuba mengingat kembali mana aku dapat payung itu.
          Seingat aku, aku tak ada membeli payung. 
          Trut, trut! 
          Satu mesej ringkas masuk. Aku menyeluk poket di mana tersimpan telefon bimbitku. Membaca sekali imbas kemudian mendongak ke langit biru. Seperti yang diminta oleh orang yang menghantar pesanan tersebut.
            Aku lihat serpihan putih mula berterbangan memenuhi ruang udara. First snow! Yalah hari ini hari jadi aku! Pandai pakcik basikal mengambil hati aku. Mungkin dia tengah menggoncang botol snow flakes dekat atas tu. Bukan aku tak tahu, lambat lagi nak salji. Mengikut kajian cuaca mungkin dalam beberapa hari lagi. Kat luar pun belum ada tanda-tanda nak salji lagi.
            Tapi tak apa. Aku suka. Aku angkat tangan menadah salji yang turun. Aku tersenyum lebar. Aku capai payung tadi dan berlari anak ke arah lif. Betul tekaan aku. Pakcik basikal tengah menggoncang botol fake snow dekat atas.
            “Ha! Buat apa tu.” Aku menyergah.
            “Mae Ri! Happy birthday.” Pakcik basikal mengucapkan dalam rasa sedikit terkejut dengan kehadiran aku yang secara tiba-tiba.
            “Ini payung pakcik kan?” Aku terus menyoal. Bila dia angguk je, aku terus tarik tangan dia. Aku tak kira, hari ni dia kena belanja aku makan.



“IBU Mae Ri!”
            Puan Mun Hee keluar terkocoh-kocoh bila dipanggil begitu. Beberapa kaum ibu berdiri di tingkat bawah.
            “Apa halnya?” Soal Puan Mun Hee.
            “Dengar cerita si Mae Ri selalu sangat keluar dengan lelaki pakai topi. Mereka tak tahu menahu mengenai nama lelaki tsersebut. Muka pun tak kenal sangat. Sebab dia selalu pakai topi. Kadang-kadang berermin mata. Lelaki itu pulak bekerja dengan sukarelawan dekat tapak niaga. Sudah semestinya lelaki berumur. Entah siapa-siapalah yang Mae Ri berkawan tu! Sampai ponteng sekolah dan tak hiraukan pelajaran.
            “Siapa?!” Puan Mun Hee menyoal geram. Setahu dia anaknya keluar untuk berjumpa So Yoo dan rakan-rakan yang lain. Pantang betul dia ada yang datang mengadu sebegitu.
            “Mana ada, Mun Hee. Anak aku ada je dekat rumah tu! Jarang sangat keluar dengan Mae Ri.” Beritahu ibu So Yoo.
            “Alang-alang kami lalu sini, kami singgah lah beritahu. Budak tu dah nak dekat ujian besar! Mana boleh main-main lagi.” Beritahu seorang lagi daripada mereka.
            “Yalah, terima kasih beritahu. Nanti aku siasat lah.

SEMENTARA waktu itu, aku tengah bergembira dengan pakcik basikal. Aku ajar dia tekan loceng rumah orang lepas tu lari bila tuan rumah datang nak buka pintu. Melolong-lolong orang marah bila kami buat prank macam tu!
            “Hoi! Jangan main-main lah!”
            “Siapa tu? Nenek dapat tangkap siaplah kamu!”
            “Budak-budak ni tak ada kerja lain ke?!”
            Aku terus menekan loceng rumah sampai pada sebuah rumah, pakcik tuan rumah sedang berkebun di luar. Rupanya dia nampak kami. Berkejaran lah kami bertiga. Aku dan pakcik basikal lari sekuat hati.
            “Pakcik! Apa nama pakcik?” Dalam pada berlari itu, aku sempat bertanya. Sebelum ni aku tak kisah pun semua tu.
            “Kim Rae Won!” Balas pakcik basikal.
            Kami berdua menarik nafas dalam. Tercungap-cungap dikejar pakcik separuh umur. Nasib baik pakcik tadi dah pancit dulu!
            “Kim Rae Won?” Aku mengulang. Dia mengangguk.
            Topi lelaki dihadapannya telah terbang ditiup angin semasa kami berlari tadi. Baru aku perasan dia selalu mengenakan topi kecuali di rumahnya sahaja di mana rambut lelaki itu turun menutupi dahi. Jadi, aku tak nampak sangat muka dia.
            Hari ini jelas kelihatan wajahnya tersenyum. Dengan rambut yang tersisir ke belakang ditiup angin. Sesekali terbuai-buai. Familiar muka dia!
            “Kenapa pakcik tak beritahu pun ni payung pakcik?” Aku teringat lagi masa aku terjumpa rumah dia. Sampai demam-demam dia. Agaknya dia balik berhujanan malam tu. Rupanya dia lah Knight aku malam tu! Aku tak teringat pun pasal tu. Langsung!
            Lama aku tunggu dia jawab. Dia tak jawab pun. Senyum je. Yalah nak cakap apa lagi. Aku dah tahu sendiri pun!
            “Jom, Mae Ri belanja makan!” Aku memberi cadangan.
            “Eh apa pulak. Hari ni hari jadi Mae Ri. Sepatutnya Mae Ri yang minta apa Mae Ri nak.”
            Aku mengangguk setuju. Makan, dah makan dah tadi. Aku dapat idea.
            “Jom pergi Ardcade?” Aku mengusul.
            Dah nampak muka tak rela dia. Tapi dia terenyum lepas tu. Mengangguk. Yeay!
            Bermula lah dekik kami macam budak-budak dalam arcade tu. Main itu dan ini. Sehingga last sekali, main tangkap anak patung tu. Hari tu pakcik basikal mengalah. Hari ni dia nampak tak nak mengalah langsung. Terus cuba dan mencuba.
            Asyik betul dia ni! Aku meletakkan tangan ku atas tangan dia yang sedang mengendali kan mesin itu. Sikit lagi patung tersebut nak masuk dalam lubang.
            “Ah! Mae Ri sikit lagi.” Pakcik basikal terlepas pegangan anak patung.
            “Ala! Orang pegang sikit je pun terkejut ke?” Aku marah dia. Salah aku jugak tiba-tiba menyentuh dia yang tengah fokus. Saja aku hilangkan fokus dia!
            “Sikit lagi.” Pakcik basikal memasukkan lagi koin. Dia mula mengendali mesin. Memilih sasaran.
            “Bila pakcik nak ajak saya keluar?” Aku menyoal secara tiba-tiba.
            “Kita tengah keluar la ni.” Balas Kim Rae Won. Dia masih fokus. Aku mula bosan. Aku harap dia memahami apa yang aku maksudkan.
            “Yes! Dapat. Dapat, Mae Ri!” Ketika itu aku sudah jauh meninggalkan Kim Rae Won. Dia terpinga-pinga mengejar.
            “Kenapa ni?” Soal lelaki itu.
            Aku diam.
            “Nah.” Kim Rae Won memasukkan anak patung yang berjaya ditangkapnya tadi ke dalam beg sandang aku.
            “Nak malam. Jom, balik.” Aku bersuara.
            Aku pun tak tahu kenapa dengan aku. Tiba-tiba nak angin. Aku lupa yang pakcik basikal ni lurus sikit. Tak faham aku nak apa. Ini lah susahnya ego tinggi sangat. Nak terus terang, dah malu pulak.
            Tiba-tiba aku rasa tangan aku diraih. Makin lama makin kuat genggaman itu. Aku terkaku dalam gerakan ku. Tak toleh langsung. Kemudian aku rasa, pakcik basikal masukkan genggaman tangan kami ke dalam poketnya.
            Kami berjalan sebegitu untuk seketika. Masing-masing diam membisu sehingga sampai simpang ke apartment.

            “Mae Ri!”
            Aku tersentak. Genggaman terlerai. Aku cepat-cepat melarikan tangan ke belakang badan. Suara ibu!
            “Masuk dalam.” Seperti halilintar yang membelah langit seperti itulah suara ibu kedengaran di telinga ku. Walaupun ibu hanya bersuara tegas tidaklah menjerit.
            “Balik.” Aku sempat berbisik pada pakcik basikal.


SUDAH SEMINGGU aku menunggu. Dia tak lagi menelefon mahupun menghantar pesanan ringkas pada aku.
            Ramai yang mesej aku. Budak kelas aku. Aku tak angkat. Aku tak balas. Ibu nak aku fokus belajar, kan? Okay aku fokus. Tak jawab langsung mesej So Yoo. Berpuluh jugak mesej So Yoo hantar. Semuanya pasal pakcik basikal.
            Sekejap saja berita pasal aku dan pakcik basikal menular. Tapi bukan itu yang aku terkejut. Tapi pasal pakcik basikal adalah seorang artis dari Seoul yang datang membuat khidmat masyarakat. Kim Rae Won. Patutlah familiar saja aku rasa nama dia. Muka pun familiar. Bila bukak topi tu terserlah muka dia. Kenapa aku tak perasan? Mungkin sebab dekat pulau kecil ni, semua orang tak berapa peduli soal hiburan dan artis tanah air? Mungkin!
            Biarlah dia yang beritahu aku dulu. Aku tahan diri aku daripada meminta penjelasan darinya. Aku pulak menjalani satu minggu lagi dengan menelaah buku sahaja. Minggu depan nak exam.  
          
TIME EXAM tiba. Dekat sekolah aku datang lambat. Bila sampai saja semua sudah duduk dalam kondisi untuk menjawab. Jadi tiada sesiapa yang datang dekat aku menyoal itu dan ini. Sehingga lah hari terakhir peperiksaan.
Akhirnya, aku berjaya menduduki setiap kertas aku. Aku akan pastikan disebabkan aku berkawan dengan pakcik basikal bukanlah menjadi penghalang untuk aku cemerlang nanti. Ini Mae Ri! Aku yakin dengan diri aku. Aku kawan dengan pakcik Rae Won bukan sebab nak berfoya-foya. Aku belajar, tetap belajar. Pandai-pandai je orang kampung bercerita buruk.
            Trut, trut!
            Aku terima mesej So Yoo lagi malam itu. Dia nak ucapkan tahniah atas kemasukan aku ke universiti. Dia juga ingin memaklumkan yang dia turut sama berjaya. Aku masih membalas mesej So Yoo. Keputusan peperiksaan sudah keluar. Ibu yang paling gembira sekali.
            “Mae Ri, jom ke perasmian rumah banglo tepi pantai, esok.”
Itulah kata-kata ibu semalam. Menurutnya tuan rumah hendak memanggil penduduk meraikan pembukaan rumah beliau. Maklumlah selama ini dia tidak pernah menunjukkan diri. Konon nak beramah mesra dengan penduduk di situ.
            Aku hanya mengangguk setuju. Sekali lagi mesej So Yoo masuk. Aku buka.
                       
                        Dengar berita, Kim Rae Won nak balik Soul dah malam esok…

            Aku terus berdiri sebaik membaca mesej So Yoo. Esok malam?
           
                        Esok bukan kau dengan ibu kau nak ke banglo mewah hujung pantai?

            Aku membiarkan mesej So Yoo tak berbalas. Terkilan dengan berita yang baru didengarnya. Tak apalah kalau itu yang pakcik Rae Won mahukan. Siapalah aku untuk dia beritahu. Dia pula seorang artis yang terlalu sibuk tak punya masa mahu melayan dirinya yang entah siapa-siapa. Hanya sekadar pengisi masa kosong semasa dia berkhidmat di pulau ini sahaja.

AKU dan ibu bersiap sakan. Bukan aku yang nak. Ibu yang paksa. Katanya nak masuk rumah mewah kenalah cantik-cantik. Mana tahu tuan rumah boleh tersangkut padanya. Ada-ada saja ibunya.
            Aku hanya mengikut belakang ibu, ke hulu dan ke hilir. Ramai yang hadir memeriahkan majlis makan-makan banglo mewah hujung pantai tersebut. Aku pulak taka da hati langsung nak senyum mahupun membalas pujian-pujian yang dilontarkan pada aku ketika itu.
            “Cantiknya Mae Ri!”
            “Tahniah Mae Ri dapat masuk Universiti!”
            Begitulah antara pujian mereka. Ramai yang mengucapkan tahniah. Terlebih-lebih pulak. Aku pun tak faham kenapa.
            Kini tiba masanya tuan punya rumah mengucapkan sepatah dua kata. Bila microphone dibunyikan, semua orang sudah bersiul-siul. Aku pula tak bagi sebarang reaksi. Angkat kepala pun tidak. Malas nak ambil tahu. Kau nak cakap apa, cakaplah! Yang aku tahu akau makan, lepas tu balik.
            “Saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua penduduk kampung yang sudi hadir. Tanpa anda semua, dan juga bantuan anda semua, rancangan saya mala mini pasti tidak dapat berjalan dengan lancar.” Tuan rumah bersuara panjang lebar.
            Semua orang bertepuk tangan. Bunyi gemuruh memenuhi ruangan banglo itu. Aku pandang sekilas kehadapan. Lampu begemerlapan menyukarkan pandangan aku melihat dengan jelas.
            “Terima kasih yang tak terhingga kepada Puan Mun Hee yang telah memeberikan kepercayan sepenuhnya kepada saya.”
            Aku mendengar nama ibu disebut-sebut. Kenapa pulak tu? Apa istimewanya ibu aku ni? Semua orang bersorak lagi. Makin gemuruh. Hati aku juga jadi semakin gemuruh. Aku sudah tidak tahan lagi!
            Malam ni Kim Rae Won pulang ke Seoul! Aku mencapai telefon bimbit. Mencari-cari nombor lelaki itu. Nak mesej ke tak? Nak call ke tak?
            “Saya dah tunggu lebih sebulan, dan hari ini adalah harinya…”
            Suara tuan rumah dah sayup-sayup kedengaran. Aku nekad nak call je pakcik basikal ni.
            “Mae Ri”
            Nama aku bergema dalam ruangan banglo tersebut setelah panggilan dihujung sana berjawab. Aku terpinga-pinga. Segera aku menoleh ke atas. Tempat di mana tuan rumah bersuara.
            Aku memandang skrin telefon. Masih diganggang. Suara lelaki itu bergema dihujung talian. Suara itu bergema. Tuan rumah mulai menuruni tangga. Dia semakin menghampiri. Telefon dalam genggaman nak terlepas ke lantai. Aku macam tak percaya.
            Cerita apa ni? Ibu pulak dah tersenyum-senyum sebelah aku. Mata ibu dah berkaca-kaca. Aku makin binggung.
            “Malam ini bersaksikan semua yang hadir, saya Kim Rae Won meminta kebenaran pada Puan Mun Hee untuk berkawan dengan Mae Ri.” Tutur lelaki tu.
            Ibu segera menyabut huluran microphone kepadanya.
            “Ibu terima. Tak pernah dalam hidup ibu nampak Mae Ri begitu gembira dengan seorang lelaki. Ibu percaya Kim adalah sahabat yang baik untuk Mae Ri. Yag mampu membahagiakan hidup Mae Ri kelak.”
            Aku macam baru tersedar berpijak di bumi nyata. Sebu rasa tekak. Selama ini rupanya ibu sangat perihatin terhadap aku. Dia tahu aku tidak suka akan kehadiran lelaki-lelaki di rumah. Bukan dia tidak tahu ayah meninggalkan ibu dan aku. Selepas itu ayah meninggalkan dunia serta meninggalkan kesunyian kepada kami berdua. Tiada tempat untuk berteduh kasih. Ibu tahu, aku tahu itu semua. Cerita orang kampung mana boleh ditutup.
            “Sebab itu, ibu berazam suatu hari nanti sekiranya kamu telah menemui pilihan hati kamu, ibu tak akan menghalang.”
            Aku sebak. Pipi aku dah basah. Aku terus peluk ibu. Semua orang bertepuk gembira.
            “Terima kasih ibu!”


- T A M A T -



Nota kaki: Diri ini sudah hilang punca nak meneruskan penulisan rindu encik saiko dan lelaki ini. Jadi terhasil lah fanfiction ini. Sesekali kena beralih arah untuk menghilangkan bosan. Tengok movie tak jalan, tengok drama tak jalan, tengok show pon tak jalan. Jadi, ini lah jalannya. More fan fiction? Stay tuned.~

            

You Might Also Like

0 comments

Please leave your comment... jebal~

Top Commentators

Boy In Luv

Converse High