Lelaki Ini 2

February 25, 2018


Syarafina seorang gadis biasa. Bertubuh rendah dan genit, serta mempunyai kulit sawo matang. Bercita-cita untuk menjadi atlet berjaya tetapi tidak kesampaian kerana faktor-faktor tertentu yang tak dapat dielakkan. Main bola jaring nak kena tinggi. Kalau tak tinggi pun paling kurang, lincah. Keyakinan diri juga kena tinggi. Alasan je semua tu. Cerita dia nak seribu daya tak nak seribu dalih. Jadi Syarafina hanyalah bermain sukan-sukan biasa sahaja. Setakat cukup bersukan bersama rakan dan kenalan pun sudah baik. Sebab dia memang minat bersukan. Cuma suka berpeluhkan diri.
Walaupun begitu makan tetap makan. Sebab itulah Syarafina tak berapa nak slim. Bulat je sama dengan bulatnya mata dia. Ya! Tak dinafikan mata Syarafina adalah tarikan dirinya yang pertama. Mata kot! Anggota badan yang mula-mula dipandang orang. Bak kata pepatah dari mata turun ke hati. Betul ke pepatah? Apa-apa pun bertuah Syarafina. Tapi sayang, satu-satunya tarikan dirinya itu tidak diserlahkan. Tersembunyi disebalik kaca matanya.
            “Dah kenapa aku pulak yang masuk dalam cerita kau ni?”
            “Hish, suka hati aku lah.” Nadrah mencebik.
            “Eh mana boleh. Apa kaitan aku dalam cerita kau?”
            “Jangan perasanlah! Aku pinjam nama kau je. Bukannya watak utama pun.”
            “Ceh, watak abang Jafri Waseem bukan main perfect lagi. Watak aku?!”
            “Fina bukak lah Spec mata kau tu. Kau bukannya rabun kuat pon.”
            “Apa kena mengena power mata aku dengan kehendak kau.” Syarafina berlalu. Macam-macamlah Nadrah ni.
            “Nak pergi mana tu?” Soal Nadrah.
            “Nak pergi pusat sukan. Ulat buku macam kau ni nak ikut ke?”
            “Malam-malam macam ni?” Soal Nadrah lagi.
            “Kau tahu tak ramai abang-abang hensem turun training tau!” Syarafina memancing.
            “Yeke?!” Laju Nadrah berdiri. Dia tersengih macam kerang busuk.
            “Cepat je,” Syarafina menggeleng melihat Nadrah yang sudah berdiri di hadapan pintu bilik mereka.
            “Jomlah!” Panggil Nadrah.

“LAMBAT turun?”
            “Haah. Siapkan assignment kejap.” Jawab Syarafina kepada rakan sekelasnya yang bernama Zarifah. Gadis itu duduk berkumpulan bersama rakannya yang lain.
            “Kenapa ramai gila orang turun hari ni?” Soal Syarafina sendiri. Pelik melihat ramai pelajar turun menyaksikan latihan persediaan untuk perlawanan antara universiti. Belum lagi perlawan sebenar. Baru berlatih.
            “Ramai gila turun sebab alumni kita yang hot dah turun!” Zafirah tolong menjawab kemusykilan Safira.
            “Siapa?” Syarafina membuang pandang ke tengah gelanggang bola keranjang. Dia cuba mencari figura yang dimaksudkan.
            “Tu! Tu! Ya Allah, nasib baik aku turun ikut kau, Syarafina!” Terkinja-kinja Nadrah menunding ke satu arah.
            “Bertenang, bertenang wahai kawan.” Syarafina cuba mengawal Nadrah yang kelihatan seperti lembu terlepas kandang. Dia yang malu apabila orang ramai pandang ke arah mereka.
            “Tak boleh nak bertenang! Abang Jafri!!!” Semakin kuat jeritan Nadrah.
            “Mak aih! Obsess gila kau ni. Dah! Dah! Aku tak kenal kau.” Syarafina tertunduk-tunduk menutup muka. Dia cuba menjauhkan diri daripada Nadrah.
            “Jafri! Jafri! Jafri”
            Baru Syarafina perasan bukan Nadrah seorang yang terpekik-pekik memnggil nama lelaki tersebut, tetapi hampir seluruh gelanggang. Keliling gelanggang juga dipenuhi ramai manusia. Hampir semua kerusi penonton penuh! Oh, ini lah dia jejaka pujaan ramai tu? Jaguh sukan universiti ya? Kenapa dia tak tahu menahu pun?
            “Weh!” Syarafina menarik tangan Nadrah supaya duduk disebelahnya. Syarafina berbisik kepada Nadrah kerana suasana mulai riuh apabila Muhammad Jafri Waseem berjaya membuat jaringan.
            “Apa dia?!” Jerit Nadrah. Sukar untuk dia mendengar dengan jelas waktu itu.
            “Kenapa dia turun hari ni?!” Syarafina menjerit dekat telinga Nadrah.
            “Tak tahu! Mestilah dia nak beri sokongan dekat junior dia!”
            Syarafina mengangguk. Hmm logik, logik.

“YA, mak. Fina balik sendiri nanti. Macam biasa naik bas. Ya, Fina balik, mak.”
            Syarafina merenung seketika skrin telefon pintarnya. Sebentar tadi emaknya menghubungi. Terpaksalah dia menjauhkan diri daripada gelanggang tersebut untuk menjawab panggilan.
“Hurm!” Syarafina mengeluh. Ibu di kampung sudah memanggil-manggil anaknya pulang. Dia pulak malas untuk mengemas barang, malas untuk pulang ke kampung, malas nak menempuh perjalanan yang jauh. Malas nak menempuh orang-orang di kampung. Cuti semester semakin hampir. Dia bercadang untuk terus tinggal dekat KL. Tumpanglah rumah sesiapa pun disini atau dia boleh menyewa di mana-mana sebentar.
            Syarafina menyimpan semula telefon tersebut. Dia ingin kembali ke tempat duduknya tadi. Nadrah pula sudah tidak kelihatan setibanya dia di situ.
“Hish dia ni buat kerja Fan club dia la tu!” Syarafina mendegus. Matanya liar mencari. Kelibat Muhammad Jafri Waseem sudah tidak kelihatan dalam gelanggang lagi.
            Syarafina berlalu. Dia bercadang untuk ke bilik persalinan. Mana tahu Nadrah ‘tersesat’ dekat situ. Syarafina berjalan ke arah bilik persalinan. Perlahan-lahan dia mendekati. Dia berdiri di antara laluan ke bilik persalinan wanita dan ke bilik persalinan lelaki.
            Syarafina memanjangkan leher ke arah bilik persalinan lelaki. Seorang pelajar lelaki tiba-tiba keluar mengejut dari balik pintu bilik persalinan. Syarafina cepat-cepat memusingkan badan. Dia memainkan jarinya dekat dinding. Cuba menutup perbuatannya. Buat-buat normal.
            Syarafina mengerling lagi ke arah tubuh tadi. Memastikan pelajar tadi sudah betul-betul jauh kemudian cepat-cepat memasuki laluan ke bilik persalinan lelaki.
“Mana Nadrah ni? Dah gelap dah bilik ni.” Syarafina mengomel sendiri.
            Fikirnya, mungkin Nadrah sudah pulang ke bilik. Syarafina bercadang untuk keluar melalui pintu belakang bilik persalinan. Tak mahu patah balik ke laluan utama tadi. Takut ada yang ternampak pulak dari mana dia datang.
            Syarafina menolak daun pintu kaca di hadapannya. Sebelah tangannya sibuk menggodek aplikasi Whatsapp. Kalau-kalau Nadrah ada meninggalkan pesanan ringkas kepadanya. Tak ada pun. Dia kemudian mengangkat wajahnya daripada terus menatap skrin telefon. Serentak itu pandangan matanya menangkap susuk tubuh manusia di bawah pokok tidak jauh dari pintu belakang bilik persalinan tersebut. Dalam sinar cahaya bulan yag samar, Safira mengecilkan matanya untuk melihat dengan lebih terperinci. Bukan satu dapi dua bayang manusia.
“Oh my god!” Syarafina terjerit kemudian memegang kepalanya. Dalam hati beristighfar panjang.
Syarafina tunduk. Mati akal seketika. Nampaknya dia sudah menganggu dua makhluk tersebut. Ada renungan tidak senang memandangnya.
“Sayang…” Suara lunak seorang perempuan memecah gegendang telinga. Dia menarik lembut kolar baju lelaki dihadapannya apabila lelaki itu menghentikan perbuatannya.

“Aaa… tak nampak, tak nampak. Teruskan, teruskan, Haha, mana Nadrah ni… huhu mummy.” Syafira cepat-cepat meninggalkan kawasan tersebut. Astaghfirullah hal azim! Ya Allah ampunkan mata ku!

You Might Also Like

3 comments

  1. jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. thank youuuu... nanri kita update ya... sekarang tgh busyyyy huhu

      Delete

Please leave your comment... jebal~

Top Commentators

Boy In Luv

Converse High