RINDU ENCIK SAIKO 5

November 20, 2017



ZARA memerhatikan tingkah laku Melyssa. Dari tadi dia asyik termenung.
“Hey, kau ni kenapa!” Sergah Zara kepada sahabatnya itu.
“Tak ada apa…” Melyssa menggeleng.
“Eleh… nah, ambik penyapu ni!” Zara menunjuk pada rambut yang bertaburan di atas lantai.
“Kau datang nak tolong ke nak termenung, hah?” Zara mencebik. Tanpa banyak kerenah Melyssa menyambut penyapu dengan segera. Dia malas nak dengar bebelan Zara.
‘Ting-ling-ting-ling’
Bunyi chime bell yang digantung berlaga antara satu sama lain apabila pintu salon ditolak dari luar. Riuh rendah suara pelanggan yang masuk tu. Ha tu… sesuailah kawan dengan Zara. Desus hati Melyssa.
“Cuba kau buat spike… perhhh!” Arman mengangkat thumb up.
“Welcome!” Zara menyambut.
“Prof!” Zara mendepakan tangan. Sepantas kilat Melyssa menoleh. Oh! En. Saiko ni.
“Lihatlah siapa yang datang ni. Bless my life…” Zara mempersilakan keduanya ke kerusi salon yang kosong.
Melyssa meneruskan kerjanya. Daru hujung salon dia menyapu sehingga ke ruangan menunggu berdekatan dengan tetamu yang baru sahaja tiba. Melyssa sengaja menyapu di hadapan Fath Malik. Lelaki itu cuba mengelak. Kiri langkahnya kiri juga Melyssa sapu. Kanan langkahnya kanan juga Melyssa sapu. Fath Malik berdiri tegak merenung tajam Melyssa.
“Eh, Melyssa!” Amran baru perasan. Dia menahan ketawa melihat perbuatan Melyssa. Melyssa mengangkat mukanya. Dia berpura-pura terkejut ada Fath Malik di situ dan sempat menyapa Arman.
“Hish kau ni Mel! Pelanggan aku ni.”
Dear customer, mai sini duduk. Encik berdua nak cuci ke nak potong…?” Zara menunjukkan isyarat gunting dihadapan mereka berdua. Amran membuntangkan mata. Dia membetulkan duduk. ‘Scary betul perempuan ni’. Arman kemudian menarik tangan Zara dekat dengan kepalanya.
“Ha, baru betul. Yes, nak potong.”
“Boleh tengok kita punya katalog dulu… Hehe” Zara membawa kedua belah tangannya ke belakang badan.
“Mel, ambik katalog!” Jerit Zara agak lantang. Amran mengurut dada terkejut.
Side Part Pompadour, please” Pinta Arman.
“Baik… Prof. pulak?” Zara menanti Fath menyelak helaian-helaian katalog.
“Wahh… you guys punya kulit cantik betul!More handsome in person, really.” Puji Zara sungguh-sungguh dengan slang inggeris yang kelakar pada pendengaran Amran. Dia menahan gelak. Sengaja Zara berloghat bergitu.
“Saya… Simple Casual.” Fath Malik meletakkan semula catalog.
“Er… Simple Casual. Okay… lama belek Simple Casual je.” Bisik Zara.
            Melyssa menyediakan peralatan untuk Zara. Dia meletakkan troli peralatan di antara Amran dan Fath Malik. Dia kemudian mengambil kain alas dan mengibas kain tersebut sebelum dipakaikan pada Arman.
“Melyssa… part time ke?” Soal Amran. Melyssa menggeleng.
“Tolong kawan hujung minggu.”
“Oh…”
            Melyssa berpaling pula pada Fath Malik. Dia juga mengulangi perbuatan yang sama pada Fath Malik. Sejurus itu dia beredar memberikan ruang kepada Zara dan pekerja Zara iaitu David untuk beraksi.

MELYSSA meminta diri awal untuk pulang. Hari ni tak ramai pelanggan yang masuk. Jadi tak ada masalah untuk Zara dan David. Dia sebenarnya mahu berjalan-jalan sekitar kota. Langkah kakinya membawa dirinya ke dalam Alpha Angle Shopping Mall. Nak kata dia cari sesuatu tidak juga. Dia sengaja berjalan melihat-lihat orang dan dunia luar. Maklumlah dia seperti sudah tak ada life bak kata orang sekarang. Bila dapat On Call… Punyalah penat! Kalah doctor pakar bedah.
            Sesekali Melyssa melihat pada jam tangannya. Takut dia terlalu ralit dan lupa hari semakin lewat. Tiba-tiba dia terlanggar bahu seseorang. Melyssa menoleh dan ingin memohon maaf.
“Hah!!” Terkejut beruk Melyssa memandang muka ngeri orang yang dilanggarnya tadi. Dia menghelas nafas panjang sambil menggosok dada.
“Eh, Cik tak apa apa ke? Maafkan saya buat cik terkejut.” Dia beransur pergi sebaik memohon maaf.
            Melyssa terkedu seketika memandang sekeliling. Ramai yang cuba mengenakan costum Halloween. Patutlah! Sekarang perayaan Halloween. Dia mendekati kumpulan make-up artist yang sedang menata rias wajah pelanggan. Pelbagai jenis makeover dapat dilihat. Melyssa tertarik pada sekumpulan mereka yang sudah siap. Kesemua mereka mempunyai wajah yang putih melepak bibir berwarna merah darah dan bertaring. Macam Vampire. Layankan aja walapun mengarut je semua ni. Tapi sekadar untuk suka-suka apa salahnya.
“Cik, berminat?” Seorang lelaki bertopeng Shrek menyapa. Mungkin dia lah yang tukang promote. Melyssa menggeleng.
“Terima kasih.”
“Cik… ambik lah brosur ni. Nanti untuk keperluan akan datang. Siapa tahu?” Dia berbahasa dengan sedikit pelat cina. “… dan yang ini kad saya.” Melyssa menyambut.
“Okay, terima kasih…” Melyssa membaca nama pada kad.
“… Brandon Tan. Thank you!”
            Melyssa terus menyimpan kad tersebut dalam tas tangan. Betul juga di kemudian hari nanti mana tahu dia memerlukan kepakaran make-up artist mereka. Mungkin Halloween makeover untuk wedding? Haha!
Melyssa berhenti di hadapan Restoran Ayam Penyet. Dia berkira-kira sama ada hendak masuk atau tidak. Perut pun dah lapar… dan dia ikutkan saja kata perut.

Restauran Ayam Penyet, Alpha Angle Shopping Mall.
“AKU tak faham kenapa kita kena ikut dia senyap-senyap?”
“Shh!”
“Apa kata kita join je dia kan senang. Tak payah nak terjengah-jengah macam stalker bersiri ni!”
            Sambil membebel Arman mengasingkan kulit ayam penyet dihadapannya. Dia tak makan kulit ayam. Kulit tersebut diletakkan dalam pinggan Fath Malik.
“Cuba bagi sebab kenapa kita mesti ikut dia…” Arman membetulkan kaca mata hitam yang menggelungsur dari batang hidung. Tak pasal-pasal semua orang pandang pelik. Tengah makan pun nak berkaca mata hitam. Sedari tadi mereka mengekori Melyssa. Melihat gerak geri gadis manis tersebut.
“Entahlah. Yang pasti aku kena ikut dia…”
“Oh no! Cinta pandang pertama Fath Malik kah ini? Sejak bila dia pandai pandang perempuan ni!”
“Kalau kau nak balik… balik lah” Fath memberi cadangan.
“Hah? Engkau tu nanti nak balik naik apa. Kereta kita bawak satu je Prof. oi”
“Iye? Kau jalan kaki balik.”
“Amboi… mentang-mentang lah aku ni driver je.” Arman buat muka cemberut.
“Baik aku join Melyssa.”
“Kau ni duduk diam-diamlah!” Fath Malik menekan suaranya tetapi perlahan. Takut didengar oleh orang sekeliling.
“Hmm… susah lah nak layan orang saiko seorang ni.” Telah Arman sendiri.
“Dia memang sorang je ke dari tadi? Kawan dia Zara seorang je?” Fath Malik berbisik sendiri.
“Nah, makan!” Arman menyumpat peha ayam ke dalam mulut Fath Malik. Mata Fath Malik membuntang. Ketawa Arman meletus.
‘Apa lah yang dua orang tu buat. Macam orang tak betul pun ada. Kut ye pun bukak la cermin mata tu.’
“Shhh!!” Fath Malik merapatkan jarinya ke bibir Amran.
“Kau ni… perlahan sikitlah. Dia dah perasan!” Fath menundukkan muka rapat ke pinggan.
“Kau ni pun satu… dia jauh dari kita. Tak perasan punyalah!” Amran menepis jari Fath Malik.
“Hah?! oh ye… dia jauh.” Fath Malik tergamam seketika. Dia memandang sekeliling. Tiba-tiba suasana menjadi riuh rendah. Sebentar tadi dia begitu fokus dekat Melyssa seorang sehingga dia seperti dapat membaca apa yang difikirkan Melyssa. Skekarang Fath Malik tak boleh fokus dekat Melyssa seorang. Ramai yang bersuara.

Dia ingat ni restoran bapak dia agaknya…’
‘Tengok dua orang lelaki hujung tu… kelakar! Hahaha’
‘Ahhh… sssss. Pedasnya. Mak pas kan adik air tu!’
‘Glup... glup!’
‘ slrrrppp…’
‘ting… ting… ‘


“Fath… oh Fath!” Arman melambai tanganya di hadapan muka Fath Malik. Anak mata Fath Malik mengecil. Iris matanya bergetar kecil dan bersinar. Kemudian matanya kembali normal dan terfokus pada wajah Arman.
“Ya?”
“Kau okay tak ni?”
“Dah lah jom. Bayar bil!”
“Eh kejap la. Woi, ayam kau belum habis lagi ni! Pembaziran…”
Fath Malik menarik lengan Arman berlalu ke kaunter pembayaran. Fath Malik kemudian menolak Arman supaya mendahului manakala dia mengekori dari belakang. Sedang Arman membuat bayaran, Fath Malik sempat berpaling kepada perempuan yang duduk mejanya berhampiran kaunter.
“Yang pasti… restoran ni bukan bapak awak punya jugak.” Bisik Fath Malik kepada perempuan tersebut. Fath mengangkat kening dan tersenyum kecil. Dia kemudian berlalu mengekori Arman meninggalkan perempuan tersebut terengang-cengang.

“OKAY sekarang beritahu aku apa motif kau?”
“Heyy!” Amran mengoncangg bahu Fath Malik.
“Kejap!” Amran berdiri tegak. Di menggangkat jari telunjuk menunding ke langit.
“Kau sebenarnya…” Amran mengalihkan jarinya menunding Fath Malik. “…setuju nak tolong Melyssa.” Amran tersenyum.
“Kan, kan, kan…”. Amran mengambil tempat dihadapan Fath Malik.
“Aku tahu kawan aku ni baik hati.” Amran merenung Fath Malik. Fath Malik berhenti menaip. Daripada tadi dia hanya mendegar sahaja celoteh Amran. Dia hanya mengerling pada Amran tanpa mengangkat wajah kemudian dilemparkan senyuman kecil.
“See!” Amran memetik jari. Senyuman sebanyak itu sudah cukup untuk menjawab persoalan.
“So… apa yang kau buat tu.” Amran menjenguk komputer riba Fath Malik.
“Ha! Kau pembantu aku, kan.” Soal Fath Malik. Arman mengangguk.
“Kau computer expert, kan.” Amran mengangguk laju.
“Jadi…”
“Jadi… kau ambik latop aku ni kau settle kan benda alah ni sebab aku nak keluar.” Fath Malik menghulurkan komputer ribanya kepada Arman. Arman menyambut dan mencebik. ‘ceh, ingatkan nak beritahu apa tadi!’
“Kejap, aku nak ikut jugak. Kerja out station lah katakan.” Arman sengih.
“Engkau duduk, aku keluar.” Arah Fath Malik lebih jelas.
“Baik.” Amran menunduk sambil merungut.

“Malam malam segini nak pergi mana!”

You Might Also Like

0 comments

Please leave your comment... jebal~

Top Commentators

Boy In Luv

Converse High