RINDU ENCIK SAIKO 6

December 09, 2017



“JALANKAN tugas kau…”
“HERMMM!!” deraman suara itu tidak menakutkan dia langsung.
“Tuan, nampaknya dia semakin kuat sekarang.”
“Tambah lagi!”
“Tapi tuan, dia mungkin akan mati overdose.”
“Dia tak akan mati.”
“Baik!” Lelaki itu segera menyuntik sesuatu pada lengan lelaki yang sedang mengerang.
“Peha!” Arah lelaki yang dipanggil Tuan itu.
“Baik!” Dia melakukan seperti yang diarahkan. Selesai dia meninggalkan mereka berdua.
“Jade, welcome back.” Tuannya mengusap lembut kepala Jade.
Lelaki itu menekan butang play pada remote control. Serta merta satu instrument tenang memenuhi ruang tersebut. Jade menjadi tenang seketika mendegar audio tersebut. Insturemnt tersebut diulang dan terus berulang. Raut wajah Jade berubah riak. Bola matanya bersinar dan urat-urat mata mula timbul kemerahan.
“Perempuan yang Jade observe haritu… clear, kan?”
Jade mengangguk.
“Saya nak dia hari ni.” Lembut dia meminta. Jade mengangguk dan berlalu.
“Jade…” Panggilan tersebut menghentikan langkah Jade.
“Pastikan bawak dia balik sini. Jangan ulang apa yang Jenny buat.” Tanpa berpaling dia pergi meneruskan langkahnya.

Balai Polis, Bukit Aman.
“ASP Halim, ini maklumat Jenny yang saya temukan.” Syaza menyerahkan satu file berkenaan Jenny yang diminta oleh ASP Halim.
“Okay, terima kasih.” Halim menyambut file tersebut. ASP Halim menyelak isi kandungannya sebelum membawa file tersebut kepada DSP Azwa. Pintu bilik diketuk.
“Masuk!” Suara lantang DSP Azwa kedengaran.
“Puan, kita dah ada lead. Professor tu memang banyak membantu.” Halim mengakui kehebatan Fath Malik bekerja.
“Alhamdulillah, hantarkan pasukan kita. Dapatkan Jenny!” Arah DSP Azwa sebaik sahaja melihat sendiri maklumat tentang Jenny yang bergerak sebagai ejen pekerjaan. Memburu mangsa dengan cara menawarkan pelbagai jenis pekerjaan.
“Baik, Puan!” Halim mengangguk.
“Kelvin, Syaza, Zarif... gerak. Bawak Team Backup jugak. Dia segera mengumpulkan pasukannya untuk mendapatkan Jenny. Hatinya terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada Fath Malik. Dia pasti akan mengajak lelaki tersebut meluangkan masa dengannya nanti. Dia mahu mengenali lelaki tersebut dengan lebih dekat.

ASP Halim dan pasukannya tiba dihadapan sebuah café yang mana Jenny dikatakan bekerja sambilan sebagai pelayan. Dia dan pasukannya hanya menggenakan pakaian casual dan masing-masing lengkap dengan senjata yang disembunyikan. Memandangkan mereka perlu menangkap penjenayah berprofil tinggi,Halim tidak lupa mengingatkan mereka supaya berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan.
“Kelvin, you pergi lihat keadaan.” Arah ASP Halim. Lelaki berbangsa cina itu turun dari MVP yang membawa mereka. Kenderaan itu tersorok tidak jauh daripada lokasi yang disasarkan. Kelvin mengatur langkah berjalan masuk dengan tenang. Dia duduk dan memesan seperti biasa. Halim pula menunggu kabar daripada Kelvin.
“Clear.” Kelvin memberi isyarat melalui alat komunikasi in-ear gearyang tersembunyi dalam telinganya.
“Yang lain tunggu sini. Saya rasa tak perlu beramai-ramai.” ASP Halim sempat bergurau.
“Baik, tuan!”
Halim turun dari MPV. Dia melangkah masuk dan terus mendapatkan Jenny yang sedang meletakkan air pesanan daripada Kelvin. Halim mengeluarkan Kad polisnya dan memaparkan kepada Jenny.
“Awak ditahan atas tuduhan membunuh seorang gadis. Sebarang keterangan boleh dibuat dibalai. Sila berikan kerjasama dan ikut kami ke balai.” ASP Halim pantas menggenggam pergelangan tangan Jenny dan sepantas itu juga Jenny menyimbah muka Halim dengan air yang dihidangkan kepada Kelvin sebentar tadi.
“Arghh!” Halim memegang matanya yang pedih. Jenny melepaskan genggaman tangan Halim dia bersedia untuk lari tetapi Kelvin dengan pantas meyadung kaki wanita tersebut. Jenny tersungkur dan pantas menggulingkan badannya di atas lantai. Wajahnya yang cantik bertukar menyeringai. Kelvin cuba mendapatkan wanita tersebut. Mereka bergelut seketika. Suasanan café menjadi hinggar. Halim segera memaklumkan anak buahnya yang lain.
“Arghh!” Kelvin mengerang kesakitan. Kali ini dia pula disakiti. Kulit putih Kelvin serta merta berubah merah akibat dicakar oleh perempuan tersebut. Halim terkesima memandang wajah Kelvin yang berlumuran darah. Dia mengeluarkan pistol miliknya dan melepaskan sedas tembakan ke atas.
“Jangan bergerak!” Pistol diajukan kepada Jenny. Serentak itu ahli pasukannya yang lain meluru masuk dan mengajukan pistol masing-masing pada Jenny. Pelanggan yang berada di dalam café menjerit ketakutan. Mereka semua meniarap diatas lantai menundukkan kepala.
“Aku cakap jangan bergerak!”
Jenny berdiri sambil mengibas bajunya. Dia tersengih pada Halim. Kedua tangannya diangkat ke atas kepala. Kelvin segera mengeluarkan gari dan menggari perempuan tersebut. Halim menyimpan semula senjatanya. Dia segera mendapatkan Kelvin. Begitu juga dengan ahli pasukannya yang lain segera mendapatkan Jenny dan dibawa ke dalam MPV.
“Awak tak apa-apa Kelvin?” Halim berwajah risau. Kelvin menggeleng sambil tersenyum.
“Kita ke hospital. Luka awak sangat dalam.” Dia membantu memapah Kelvin.
“Kita dapat tangkap dia!” Tutur Kelvin dengan pelat cinanya.
“Ahh!” Kelvin memegang bibirnya yang luka.
“Awak herolah Kelvin.” Halim mengusap kepala Kelvin sambil menggeleng.

Sinar Hospital, Kuala Lumpur.
“Hello Prof. Fath Malik?”
“Ye, saya.”
“ASP Halim bercakap”
“Ye, saya.”
“Saya nak ucapkan terima kasih.”
“Sama-sama.”
“Err… haha okay.” ASP Halim menggaru kepala.Mendatar sahaja ucapan balas professor tersebut membuatkan dia berasa janggal.
“Umm, kami berjaya menahan Jenny. Thanks to Prof. but one of my team member iaitu Inspector Kelvin Tan ada dekat hospital sekarang. Prof. mungkin dah boleh dapat agak kecederaan yang macam mana?” Tebak Halim
“Hospital?”
“Sinar Hospital Kuala Lumpur.”
“Hello?” ASP Halim memandang skrin telefon pintarnya.
“Ceh! Dia letak?” ASP Halim menyimpan telefon tersebut ke dalam poket seluar. Dia melangkah mendekati katil Kelvin Tan.
“Chief! Cakap dengan siapa, ha? Awek ke?” Kelvin Tan mengusik.
“Ayye, awak ni sempat mengusik saya. Tengah cedera tu, nanti saya tambah lagi cedera tu baru tahu.” Semua yang ada tergelak.
ASP Halim memandang kedua-dua ibu bapa Kelvin Tan.
“Encik Tan. Puan Tan. Saya minta maaf saya tak dapat nak protect anak buah saya dengan baik.” ASP Halim menunduk kepada kedua-dua ibu bapa Kelvin Tan.
“Aiya. Tak apalah ASP Halim. Dia pun tak apa-apa, kan” Tutur Bapa Kelvin Tan sambil menekan balutan pada wajah anaknya.
“Ah, ahh!” Kelvin Tan memuncungkan mulut. Kemudian dia tersengih lebar.
“Iyalah Chief. Kita tak apa-apa lah. Biasalah kita polis sekali mesti terkena punya. Macam dapat penghargaan saya ni. Baru rasa macam polis ni.” Semua yang ada ketawa lagi.
“Kelvin!” Seorang gadis cina menerpa ke katil Kelvin Tan.
“Are you alright?” Gadis tersebut memegang erat tangan Kelvin Tan.
“I okay lah, Hee Lim.” Dia mengusap lembut belakang tangan gadis tersebut.
“Ayye, awek ke?” ASP Halim mengenakan Kelvin Tan pula.
“Hehe…” Kelvin Tan malu.
“Eh, Prof. Fath Malik!” Laungan Kelvin Tan mengarahkan semua mata ke arah sesusuk tubuh yang baru tiba.
“Aduh semua mengelilingi saya begini. Saya jadi malu habis.” Tutur Kelvin Tan.
“Teruk ke?” Soalan pertama Fath Malik. Semua mata memandang Fath Malik.
“Eh, tak teruk pun. Esok saya discharge.” Kelvin menjawab. Suasana menjadi janggal. ASP Halim yang menyedari segera menarik lengan Fath Malik keluar dari bilik terebut.
“We need to talk.” ASP Halim kini behadapan dengan Fath Malik.
“Okay. Talk.”
“Bukan. Maksud saya bukan sekarang.”
“Kita bukan tengah bercakap sekarang?”
“Iye. Maksud saya… saya nak ajak Prof. keluar ke makan ke… dengan saya. Bila-bila masa yang Prof. free?”
“Okay.” Fath Malik menggangguk. Melihatkan Fath Malik yang tidak bereaksi menjadikan dia stress.
“Saya cuma nak berterima kasih.”
“Awak dah pun berterima kasih dalam telefon tadi.”
“Ahh, itu… lain.”
“Okay.”
“Okay… nanti saya maklumkan semula.”
“Jadi, saya beredar dulu.” Pinta Fath Malik.
“Iye… sila.” ASP Halim memandang langkah Fath Malik. Dia menggeleng. Peliknya manusia seorang ni.

Bilik Tahanan
“Kenapa awak bunuh dia?”
“Okay, awak memang ada hak untuk berdiam.” ASP Halim mengeluarkan gambar mangsa satu persatu dihadapan Jenny.
“Beritahu saya mana satu yang awak bunuh tapi sekali lagi awak ada hak untuk berdiam.” ASP Halim bermain kata. Jenny tetap berdiam.
“Saya tak rasa disebabkan oleh sexual assault. Memandangkan awak perempuan melainkan awak minat pada perempuan.” ASP Halim sengaja menaikkan kemarahan Jenny. Dia mahu melihat semula rupa garang Jenny sebentar tadi. Jenny kemudian tersenyum menampakkan gigi taringnya. ASP Halim terkedu. Serta merta apa yang diucapkan Fath Malik bermain-main dalam mindanya.
Dia suka darah…”
“Saya tak rasa gigi awak cukup tajam untuk bunuh mangsa-mangsa awak.” ASP Halim memandang tajam pada Jenny. DSP Azwa, Kelvin Tan, Khai, Zakir, dan Syaza yang memerhati dari bilik sebelah terkejut dengan kenyataan tersebut.
“Mungkin awak guna kuku awak tu. Macam awak cederakan Kelvin hari tu.” Sambung ASP Halim lagi. Kelvin Tan yang memerhati memegang mukanya yang bertampal. Masih terasa sakitnya.
“Kau nak rasa macam mana rasanya gigi aku macam mana yang diorang rasa?” Akhirnya Jenny bersuara.
“Yesss!” Kelvin Tan sedikit terjerit. Dia memandang semua mata yang memandang dia.
“Akhirnya dia bersuara. Hehe.” Tan tersipu malu. Bukan dia gatal nak rasa kena gigit!
“Ahh, tak nak lah. Nanti saya pulak yang ada dalam gambar-gambar ni.” ASP Halim menunjuk pada gambar mangsa di hadapan mereka.
“Saya cuma nak tahu apa rasanya kena gigit. Sakit ke?” ASP Halim menyoal dengan jengkel.
“Gatal juga awak ya?” Jenny mengubah topik.
“Ah, awak tahu tak awak baru sahaja mengaku kesalahan awak sebentar tadi.” ASP Halim menjongketkan bahunya. Jenny memandang tepat pada Halim. Dia tersenyum. Kelat. Ada getar dalam senyumannya.
“Sakit. Sangat sakit. Kau apa tahu!” Jenny menjerit. Kolam matanya bergenang.
“Aku harap aku mati saja masa itu. Kenapa? Kenapa aku tak mati macam mereka?!” Jenny menepis semua gambar mangsa. Dia melompat naik atas meja yang memisahkan dia dan ASP Halim. Pegawai polis yang mengawal menerpa ke arah Jenny.
“Lepas! Arghh!” Jenny mula mengganas. Dia dibawa pergi. ASP Halim memandang Jenny pergi. Dia cuba menghadam maksud kata-kata Jenny. ‘Apakah dia juga mangsa?’
“Fath Malik…” ASP Halim berbisik.




You Might Also Like

2 comments

Please leave your comment... jebal~

Top Commentators

Boy In Luv

Converse High