RINDU ENCIK SAIKO 7

January 27, 2018



Sinar Hospital, Kuala Lumpur.
MELYSSA menggeliat membetulkan tulang belulangnya. Sudah beberapa hari dia menetap di Sinar Hospital Kuala Lumpur. Apabila Dr. Maheran memerlukan dia atau dengan erti kata lainnya apabila dia mendapat On Call, terpaksalah dia berkorban.
“Akhirnya selesai! Ahh… banyaknya sampel!” Melyssa mengemas rak-rak kecil dalam makmal tersebut. Dia memandang sekeliling. Tak ada apa lagi yang perlu dilakukan. Merekod juga telah diselesaikan. Melyssa membuat keputusan untuk berjalan-jalan dalam hospital sebelum pulang.
Melyssa suka melihat orang. Dia boleh khayal memerhati gelagat manusia. Langkah dia terhenti dalam wad kanak-kanak. Matanya menangkap sesusuk tubuh kecil sedang berlari anak bermain dengan bola miliknya. Wad kanak-kanak memang meriah. Meriah dengan kanak-kanak, meriah dengan permainan. Haha!
 Melyssa terfikir alangkah seronoknya jika dia seorang kanak-kanak. Dapat bermain sepenuh hati tanpa perlu memikirkan banyak perkara.
“Doktor… paskan bola tu pada saya, boleh?” Pinta kanak-kanak lelaki yang bermain bola sebentar tadi apabila bolanya terlepas ke arah Melyssa.
“Saya?” Melyssa menunjuk pada dirinya. Dia memandang sekeliling, tiada siapa-siapa. Kemudian dia memandang pada diri sendiri. Doktor pon doktorlah!
“Ahh, patutlah.” Melyssa masih memakai seragam penuh serba putih dan penutup mulut.
“Nah.” Melyssa menunduk dan meleretkan bola tersebut. Setelah itu dia lantas menurunkan mask yang dipakai.
“Ni main lari-lari ni dah sihat ke?” Soal Melyssa.
“Dah… tapi kita boleh lari sikit-sikit je.” Kanak-kanak tersebut menjawab jujur. Melyssa tersenyum sambil mengusap lembut kepala kanak- kanak itu.
“Hafiz!” Kanak-kanak itu berpaling sebaik mendengar namanya di panggil.
“Hah, ibu dah panggil! Babai kakak doktor!” Hafiz melambai dan berlari anak menuju ke arah ibunya.
Melyssa bangun. Dia perlu meletakkan jubah  putihnya semula. Kemudian, dia berjalan keluar dari wad kanak-kanak. Argh, dahinya terhantuk! Melyssa menggosok perlahan. ‘Siapalah yang main langgar-langgar ni.’

FATH Malik asyik memerhati Melyssa. Dia tersenyum sendiri memandang Melyssa yang asyik melayan seorang kanak-kanak. Terserlah sifat lembut penuh keibuannya ketika itu. Entah kenapa dirinya terpanggil untuk memerhati gerak geri gadis tersebut. Seperti ada satu kuasa yang mengawal dan mengarahkan dirinya berbuat demikian.
“Eee… muka putih ada taring!”
            Fath Malik berkalih pada dua orang kanak-kanak yang lalu dihadapannya. Dua kanak-kanak tersebut berbisik antara satu sama lain. Mereka merenung Fath Malik yang sedang tersenyum menampakkan barisan giginya yang unik.
“Pak cik ni macam Vampire!” Kata seorang lagi jujur kepada Fath Malik.
“Pak cik?”
Fath Malik menjegil kepada kedua-duanya. Tergamak mereka memanggilnya pak cik? Fath Malik tak boleh terima kenyataan. Mereka lari bertempiaran sebaik ditenung oleh Fath Malik. Fath Malik cuba mengejar tetapi seseorang telah melanggarnya. Mata mereka bertembung.
Melyssa! Fath Malik! Desus hati dua jiwa yang saling berlanggaran.
“Eh, Prof.”Melyssa terkejut apabila melihat wajah yang tidak disangkanya ada di situ.
“Melyssa…” Fath Malik juga beriak terkejut. Bukan buat-buat terkejut. Memang terkejut sebab tak disangka gadis yang diperhatikan dalam senyap sebentar tadi tadi kini berdiri di hadapannya. Kantoi ke dia?
“Um… Prof. buat apa dekat sini?”
“Err, saya… lawat orang.” Fath Malik menganggukkan kepala.
“Oh, wad kanak-kanak?” Soal Melyssa.
“Tak. Wad tak kanak-kanak.” Jawapan Fath Malik mencetus tawa Melyssa.
“Baru sampai atau dah nak balik?” Soal Melyssa lagi.
“Dah nak balik.”
“Umm… okay. Saya pun nak balik ni. Saya minta diri dulu lah kalau macam tu. Jumpa lagi ya Prof.” Melyssa meminta diri untuk pergi.
“Er… actually I nak cari kafeteria but I sesat. Memandangkan you kerja dekat sini, you mesti tahu.”
“Oh, ya saya tahu. Prof. terus je dari sini. Kemudian sebelah kanan hujung ada cafeteria.” Melyssa menunjuk arah. Fath Malik memandang arah yang ditunjukkan kemudian dia pandang Melyssa semula. Lama. Melyssa menjadi kekok apabila dipandang lama sebegitu. Dia hanya tergelak janggal. Sekali lagi dia memberi tunjuk arah kafetaria.
“Makan sekali dengan saya.” Fath Malik memberi cadangan yang lebih kepada memerintah. Melyssa menjungkitkan kening sedikit.
“Saya yakin Melyssa pun belum makan lagi.” Sambung Fath Malik. Dia terus mengatur langkah ke arah kafeteria tanpa menunggu balasan daripada Melyssa.
Melyssa tercengang sendiri. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Nak tolak serba salah. Tak nak? Dia tak nampak pula sebab kenapa tidak. Nak tak nak dia terpaksa juga. Memang betul dia belum makan lagi. Akhirnya dia menuruti langkah Fath Malik ke kafeteria.
Mereka berdua mendapatkan makanan masing-masing. Melyssa meletakkan pinggannya dihadapan Fath Malik. Makan bersama ketika itu tidak menimbulkan rasa janggal memandangkan mereka berada di kafeteria hospital yang ramai orang.
Beberapa minit kemudian minuman yang dipesan sampai. Mereka makan tanpa bersuara. Pinggan yang sudah licin ditolak tepi. Begitu juga dengan Fath Malik. Mereka mula menghirup air dalam gelas masing-masing. Satu teguk. Dua teguk. Tiga teguk. Fath Malik tiba-tiba menyedut nafas dalam. Dia memejamkan matarapat.
Melyssa memandang pelik. Dah kenapa dia ni? Stim semacam?! Melyssa menggeleng laju. Buang tabiat agaknya! Melyssa membuang pandang tempat lain takut kalau-kalau orang lain melihat kelakuan pelik Fath Malik.
“Prof.?” Melyssa memanggil setelah agak lama dia berkelakuan begitu. Fath Malik membuka matanya. Dia memandang tepat dalam mata Melyssa. Dari matanya turun kepada bibir gadis tersebut.
Melyssa perasan akanp andangan tersebut. Dia mula tidak senang duduk. Anak mata Melyssa tak boleh bertentangan dengan Fath Malik lagi. Sekejap-sekejap dia menoleh pandangannya. Kemudian dia terasa sentuhan pada bibirnya.
Fath Malik mengelus lembut bibirnya. Mak! Dia dah kenapa?!
Melyssa kaget. Bacaan degupan jantungnya ketika itu naik mendadak. Lelaki itu kemudian mengambil tisu dan mengelap ibu jarinya. Melyssa hanya memandang perbuatan lelaki tersebut. Dia masih kaget dan tidak mampu membuat sebarang tindakan.
Merah? Terdapat calitan merah pada tisu tersebut. Gincu? Aku tidak pernah pakai gincu semerah itu. Paling-paling dia selalu mengenakan lip balm yang berwarna cair.
Serta merta Melyssa memegang bibirnya dan menyambut huluran tisu dari Fath Malik.
“Aik, kenapa berdarah pulak ni?” Soal Melyssa pada dirinya sendiri. Dia cuba menghilangkan rasa malu. Kenapa tak cakap je dia berdarah? Tak perlulah nak bertindak pelik macam ni. Menakutkan.
Fath Malik mengambil gelas Melyssa. Dia melarikan jari telunjuknya disepanjang bibir gelas tersebut.
“Gelas sumbing…” Telah Fath Malik.
“Prof. pulak yang berdarah…” Melyssa menunjukkan jari Fath Malik pula.
“Sikit je.” Fath Malik mengelap jarinya sekali lagi. Melyssa memandang tepat jari Fath Malik. Tak ada pula sebarang tanda kecederaan. Aik? Tadi nampak luka. Betulah agaknya tu sikit je.
“Agh!” Tiba-tiba bibir Melyssa terasa pedih.
“Berdarah lagi?” Soal Fath Malik
“Eh, tak. Baru terasa pedih.” Melyssa masih memandang pada jari Fath Malik. Dahinya berkerut. Fath Malik menggenggam jarinya rapat.
“Okaylah. Saya kena pergi ni. Awak dah sudah makan, kan?” Soal Fath Malik.
“Err… ya sudah-sudah.”
Melyssa bangun mengekori Fath Malik.
“Prof., terima kasih bayarkan makan saya.” Melyssa mengucapkan terima kasih. Belum sempat dia nk keluarkan duit dari dompetnya tadi, Fath Malik sudah terlebih dahulu membayarkan untuk dirinya. 
Fath Malik hanya mengangguk tanpa berkalih.
“Lain kali saya belanja prof. pulak!” Laung Melyssa. Melyssa tidak mahu terhutang budi dengan sesiapa pun terutama sekali kepada lelaki dihadapannya yang baru sahaja dikenali. Walaupun dia tahu tentang kewujudan dan identiti lelaki itu, tetapi itu semua hanyalah melalui media bukannya secara berdepan.
Fath Malik hanya mengangkat tangan. Tahu-tahu sahaja lelaki itu sudah jauh meninggalkan Kafeteria. Laju dia melangkah!
“Lain kali? Makan macam ni pon dah janggal, nak makan lagi sekali?” Melyssa menepuk mulutnya sendiri.

Penjara Wanita Kajang.
“Hey, orang baru!”
“Jangan kacau aku, kalau aku tak kacau kau!”
            Pantas dia memberi amaran sebelum sempat orang itu berkata lanjut.
“Amboi-amboi, sedap mulut dia. Hey kau sedar tak dengan siapa kau bercakap ni?” Salah seorang banduan datang membela.
“Ye! Aku Mas taiko dekat dalam ni.”
“Hey! Aku cakap dengan kau. Pandang sini.” Mas taiko memaut dagu Jenny supaya memandang padanya.
“Aku cakap apa tadi?!” Jenny menyoal sedikit menengking.
“Sekarang ni aku yang patut tanya. Aku cakap apa dekat engkau?” Mas Taiko menyinsing lengan.
Diamenamparmuka Jenny. Kuat. Wajah Jenny terpaling.Jenny diam tidak berkalih. Dia mengelap hujung bibirnya. Perlahan-lahan dia memusingkan kepala ke arah Mas Taiko. Jenny mula menjegil pada Mas Taiko.
“Apa? Marah? Sakit?”
Mas taiko terbahak-bahak.
Banduan yang lain turut mentertawakan Jenny. Jenny bangun dari duduknya. Dia membalas tampar dengan kuat muka Mas taiko sehingga menyebabkan perempuan tersebut terduduk. Bukan sekali dua. Berkali-kali.
“Arghh!” Jerit Mas Taiko  naik angin.
“Darah?!” Mas Taiko memegang hujug bibir.
“Kurang ajar!” Seorang banduan pula meluru ke arah Jenny. Jenny menendangnya sebelum sempat dia berbuat apa-apa. Tersungkur dia akibat tendangan Jenny itu. Suasana menjadi riuh.
“Siap kau!!” Seorang lagi banduan meluru. Jenny dengan pantas mencengkam leher banduan tersebut. Dia menghentak banduan tersebut pada dinding. Cengkamannya semakin kuat sementara banduan tersebut cuba menolak badan Jenny. Sebelah tangannya menolak muka wanita itu. Jenny lantas menggigit tangan tersebut. Banduan itu menjerit kesakitan.
“Warden! Warden!” Jeritbanduan yang lain memintatolong.
“2806! Berhenti!” Arah warden yang baru tiba.

“SAYA dah beritahu supaya letakkan dia berasingan.” ASP Halim mengusutkan rambutnya.
“Sekarang apa dah jadi?”
“Macam itulah Kelvin. Bila dah terjadi barulah nak ambil tindakan. Saya sudah beritahu awal-awal, banduan yang ini sangat berbahaya” ASP Halim mengeluh.
“Kelvin yang lelaki ini pun teruk nak melawan Jenny, apa lagi perempuan.” Zakir mencelah membuatkan Kelvin membulatkan matanya kemudian menggaru malu. Zakir pula tersengih macam kerang busuk.
“Itulah. Dengarnya teruk banduan-banduan tu kena.”Syaza memberitahu.
“Awak tengok aje lah macam mana saya hari itu.” Kelvin memegang bekas lukanya yang masih bertampal.
“Masih terasa sakitnya tahu…”
“Oh ya, Chief! Hari ini jadi tak kita punya plan?” Kelvin mengangkat kening.
“Jadi!” ASP Halim membalas.
“Apa, apa yang jadi?” Syaza menyoal ketinggalan.
“Makan besarlah!”
“Jom! Malam ni semua tempat biasa. Free-free kan diri tu.”
“Yay!”

Restauran Ayam Abah, Sekitar Bangi.
 “AYAM GORENG! SAMPAI!”
“Thank you, abah!” Syaza menyambut huluran ayam goreng tersebut. Rancangan mereka rupanya adalah makan besar dekat restoran tersebut.
“Wahh! Ayam goreng ayah Syaza memang terbaik!” Kelvin Melaung.
“Hahaha! Makan puas-puasya! Sebab… malam ni, Pakcik belanja!”
“Yahoo!”
“Ehem ehem. Dengan ini lelaki gagah perkasa ingin mengucapkan TAHNIAH!” Kelvin memegang ayam goreng yang dijadikan microphone.
“Ayyeee!
“Boo! Boo!”
“Kau ni spoil la. Bagi la Chief berucap dulu!”
            Semua orang bersuara membantah tindakan Kelvin.
“Aiyoo! Lupa lupa…” Kelvin duduk semula.
“Mempersilakan, ASP Halim untuk berucap!” Zarif melaung kuat. Semua bersorak.
Halim keberatan. Dia berdiri juga akhirnya.
“Korang ni… makan aje tak boleh ke?” Halim mahu menyekeh kepala sorang-sorang.
“Saya tak ada nak cakap apa…”
“Kejap! Chief nah microphone!”
Syaza menghulurkan peha ayam kepada Halim.
“Macam-macamlah korang ni…”
Halim menggeleng.
“Tahniah semua. Alpha Special Team Force adalah… TEAM YANG TERBAIK!” Akhirnya Halim juga melaung. Dia menjulang peha ayam tinggi sebaik bersorak nama team mereka.
“JIYEAHH!”

“OH YEAHH!”


sorry~ lama gila kita tak update! Sobs.

You Might Also Like

0 comments

Please leave your comment... jebal~

Top Commentators

Boy In Luv

Converse High