Power mata 600+ both side
Umur 24 Tahun 2018
Pemeriksaan Mata (1 week before) : RM 660
Lasik : RM 7, 380
Ding
Dong! Ding Dong!
Loceng rumah ditekan berulang kali.
Jafri menggeliat malas di atas katil. Siapalah yang mengganggu dirinya
pagi-pagi begini. Bukankah dia sudah memberikan kata laluan kepada semua
rakan-rakannya yang berhajat ke mari.
Jafri sempat mengerling jam. Waktu itu
jarum pendek menunjukkan ke angka 9. Jafri duduk bersandar bada kepala katil.
Kepalanya masih berat kerana dipaksa bangun dari tidur. Badannya masih terasa
lesu akibat daripada bersukan malam tadi kemudian semalaman dia melayan kerenah
Shasha.
Jafri menarik selimut yang menutupi
wajah wanita yang sedang berbaring disebelahnya. Wanita itu masih lena diulik
mimpi. Jafri bergerak malas turun dari katil. Dia mencapai tuala baju dan
disarungkan pada badannya.
Dia melangkah ke skrin monitor kecil
yang memaparkan siapakah gerangannya tetamu yang menekan loceng. Jafri kemudian
membukakan pintu untuk tetamu tersebut. Sebaik pintu dibuka dari dalam, tetamu
wanita berusia lingkungan lewat 40-an menerpa masuk. Kejelitaan wanita itu
masih terserlah walaupun dia dalam keadaan marah ketika itu.
Wanita berambut panjang berwarna
perang itu terus melulu masuk ke dalam. Dia memerhati keadaan rumah tersebut.
“Apa
ni Jafri?” Soal wanita itu menunjukkan pada pakaian wanita yang bertaburan atas
lantai.
“Kasut
perempuan mana pulak tu?” Soal wanita tersebut lagi.
Jafri tidak menjawab. Dia melangkah
ke arah dapur mencapai gelas dan menadah air dekat peti ais.
“Jafri!
Mama bercakap ni!” Wanita itu makin hilang sabar.
Jafri tetap juga diam. Dia
menghulurkan segelas air kepada wanita terebut.
“Mama
dah sarapan belum?” Kali ini Jafri bersuara. Huluran gelas tidak bersambut. Dia
meletakkan gelas tersebut di atas meja.
“Mama
serius ni, Jafri. Tolonglah jangan buat mama macam ni…” Wanita yang
menggelarkan dirinya mama itu mengeluh.
Wanita itu keluar dari dapur. Dia
menghampiri pintu bilik Jafri yang terbuka. Dari luar dia hanya memandang ke
dalam.
“Tengoklah!
Anak siapa lah tu. Apa nak jadi dengan gadis-gadis sekarang ni.”
Jafri meneguk air yang terakhir. Dia
mendekati mamanya yang sudah duduk dekat sofa ruang tamu.
“Jafri,
mama tak ajar anak mama jadi macam ni. Mama tahu mama tak layak cakap pasal
agama tapi apa yang Jafri buat ni dah melampau sangat. Memalukan kelurga kita!”
“Bukan
Jafri yang terhegeh-hegehkan dia, ma.” Jafri membalas sambil mengambil tempat
di hadapan mamanya.
“Jafri!”
Bulat mata wanita itu mendengar jawapan satu-satunya anak lelaki dia.
“Perempuan
tu yang menyerah diri.” Selamba sahaja Jafri menjawab. Mamanya sudah memegang
tengkuk.
“Aduh
kalau macam ni lagi cepat lah mama dapat darah tinggi!”
Wanita itu mencapai beg tangannya.
Dia mengeluarkan beberapa helaian kertas. Nampak seperti resume pada pandangan mata Jafri.
“Mama
bagi masa untuk Jafri pilih dalam gambar ni, siapa yang Jafri berkenan. Mama
akan pergi pinangkan. Kalau Jafri terus hidup macam ni lebih baik mama carikan
pasangan hidup untuk Jafri, daripada terus buat dosa macam ni.” Panjang lebar
wanita itu bersyarah.
Jafri memandang sekilas pada
helaian-helaian tersebut. Dia tidak menunjukkan sebarang minat.
“Ingat
ya Jafri, lepas ni kalau mama tangkap Jafri macam ni lagi, mama tak
teragak-agak kahwinkan kamu terus dengan sesiapa sahaja yang mama nak. Sekarang
Jafri pilihlah dulu mana Jafri suka, beritahu mama.
“Semua
perempuan sama je mama. Mereka ni mesti anak kawan-kawan mama, kan. Kalau tak
nak diorang dapat nasib yang sama, dan mama pun tak nak malu, lebih baik jangan
set apa-apa janji dengan sesiapa pun.”
“Jafri!”
Sekali lagi mamanya memegang tengkuk.
“Dahlah!
Mama balik dulu. Ingat pesan mama ni. Mama tak main-main kali ni!”
Wanita itu bangun menuju ke arah
pintu utama. Dia sempat menguis pakaian yang bertaburan di atas lantai.
Jafri bangun mengutip pakaian
tersebut satu persatu sebaik mamanya pergi. Dia masuk semula ke dalam bilik
tidurnya.
“Bangun.”
Jafri menggerakkan tubuh yang masih lena di atas katilnya.
“Oi
perempuan, bangunlah!” Kali ni Jafri meninggi suara.
Perempuan itu bangun terpisat-pisat.
Dia menarik tangan Jafri mendorong Jafri duduk di sebelahnya. Jafri bingkas
berdiri semula Dia mencampakkan helaian-helaian pakaian perempuan itu
kepadanya.
“Apa
ni sayang? Semalam you bukan main sweet dengan i. Sekarang you nak marah-marah
ni kenapa?” Soal perempuan tersebut. Perempuan itu bangun mencapai pakaiannya.
“Sayang,
apa kata kita keluar jalan-jalan. I mandi sekejap, you tunggu ya” Aju perempuan itu.
“You
nak jalan, you jalan lah seorang.”
“La…
jangan lah macam tu. Temankan I.”
“Hari-hari
I temankan you. You ingat I tak ada kerja lain ke?”
“You
kan kekasih I…”
“I
pun perlukan masa sendiri. Bukan asyik melayan you saja, Shasha. Kita bukan
suami isteri kalau you nak terus control I macam ni.” Jafri cepat memotong
kata-kata perempuan itu.
“Apa
maksud you ni?” Shasha merenung Jafri.
“Oh,
you nak kita kawin cepat-cepat ya?” Shasha membuat spekulasi sendiri. Dia
tersenyum lebar.
“Tak
kisahlah you nak fikir apa pun. I nak keluar. Lepas I balik, I tak nak tengok
you ada lagi dalam rumah I.”
GADIS
itu berjalan menyusuri setiap rak yang ada di situ. Jafri asyik memerhati.
Gadis itu nampak familiar. Sedari tadi dia asyik memerhati gadis tersebut yang
khayal dalam dunianya sendiri. Kelibat Aizat masih tidak kelihatan. Jafri
mengambil keputusan untuk mengekori gadis tadi masuk ke dalam perpustakaan awam
tersebut. Tak tahu kuasa magnet apa yang membuatkan dia sangat tertarik.
Dari jauh dia hanya memandang gadis
itu sedang membelek buku di satu sudut. Gadis tersebut kemudian meletakkan
semula buku tersebut pada tempatnya. Jafri mendekati sebaik melihat gadis itu
terjingkit cuba mencapai buku pada rak yang atas sekali.
Jafri mengambil dengan mudah buku
tersebut. Perbuatannya mengejutkan si gadis. Lantas si gadis memusingkan badan.
“Allah!”
Mengucap panjang gadis itu kerana
wajahnya elok tersembam pada dada seorang lelaki yang entah dari mana
datangnya. Lagi mengejutkan apabila dia mendogak untuk melihat wajah siapakah
gerangannya yang berdiri begitu rapat padanya.
“Jafri?”
Terluah nama lelaki itu dari mulutnya. Mata gadis itu terbeliak bulat tidak
berkelip. Seketika mereka membalas pandangan. Kemudian gadis itu tersedar. Dia
segera beredar ke tempat duduknya.
Jafri menghampiri bersama sebuah
buku dalam genggaman. Dia meletakkannya di hadapan gadis terebut.
“Buku…”
Jafri menarik kerusi di hadapan gadis tersebut apabila tiada sebarang reaksi
diberikan.
Jafri merendahkan kepalanya cuba
mengintai wajah gadis tersebut yang rapat pada meja. Buku yang ditatap gadis
itu titarik menyebabkan gadis itu mengangkat kepalanya.
“Nak
apa ya?” Tanya gadis itu teragak-agak.
“You
kenal I, kan?” Soal Jafri.
“Erm…”
Gadis itu tidak terus menjawab. Dia menelan liur.
“You
sebut nama I tadi.”
“Awak
yang malam tadi…”
Kedua-duanya bersuara serentak.
Jafri mengangkat kening sebelah.
“Malam
tadi?” Dia berfikir seketika kemudian melemparkan senyuman. Patutlah dia macam
kenal gadis dihadapannya itu sehingga dia terpanggil untuk mendekati. Gadis itu
dilihat menepuk mulutnya.
“Jadi
awak turun ke pusat sukan semalam? Student? Course apa?” Bertubi soalan
diberikan. Jafri membelek buku-buku di atas meja terebut. Mungkin dia mengambil
bidang Human Resourse. Tebak Jafri sendiri. Gadis itu masih berdiam.
“Tak
adil lah kalau you seorang yang tahu
nama I.” Jafri masih membelek buku-buku
gadis itu. Dia meletakkan buku tersebut sebaik terasa gegaran di dalam poket
seluar. Telefon pintarnya dicapai. Seketika dia membaca mesej yang baru sahaja
diterima.
“Okaylah,
I pergi dulu.” Jafri bingkas bangun.
Nampaknya Aizat sudah pun menunggu. Sebelum pergi Jafri menarik pen dalam
genggaman gadis itu. Dia mencoretkan sesuatu pada buku nota gadis tersebut
kemudian berlalu.
Syarafina
seorang gadis biasa. Bertubuh rendah dan genit, serta mempunyai kulit sawo matang.
Bercita-cita untuk menjadi atlet berjaya tetapi tidak kesampaian kerana faktor-faktor
tertentu yang tak dapat dielakkan. Main bola jaring nak kena tinggi. Kalau tak
tinggi pun paling kurang, lincah. Keyakinan diri juga kena tinggi. Alasan je
semua tu. Cerita dia nak seribu daya tak nak seribu dalih. Jadi Syarafina
hanyalah bermain sukan-sukan biasa sahaja. Setakat cukup bersukan bersama rakan
dan kenalan pun sudah baik. Sebab dia memang minat bersukan. Cuma suka
berpeluhkan diri.
Walaupun
begitu makan tetap makan. Sebab itulah Syarafina tak berapa nak slim. Bulat je
sama dengan bulatnya mata dia. Ya! Tak dinafikan mata Syarafina adalah tarikan
dirinya yang pertama. Mata kot! Anggota badan yang mula-mula dipandang orang.
Bak kata pepatah dari mata turun ke hati. Betul ke pepatah? Apa-apa pun bertuah
Syarafina. Tapi sayang, satu-satunya tarikan dirinya itu tidak diserlahkan.
Tersembunyi disebalik kaca matanya.
“Dah kenapa aku pulak yang masuk dalam
cerita kau ni?”
“Hish, suka hati aku lah.” Nadrah
mencebik.
“Eh mana boleh. Apa kaitan aku dalam
cerita kau?”
“Jangan perasanlah! Aku pinjam nama
kau je. Bukannya watak utama pun.”
“Ceh, watak abang Jafri Waseem bukan
main perfect lagi. Watak aku?!”
“Fina bukak lah Spec mata kau tu. Kau bukannya rabun kuat pon.”
“Apa kena mengena power mata aku dengan kehendak kau.” Syarafina
berlalu. Macam-macamlah Nadrah ni.
“Nak pergi mana tu?” Soal Nadrah.
“Nak pergi pusat sukan. Ulat buku
macam kau ni nak ikut ke?”
“Malam-malam macam ni?” Soal Nadrah
lagi.
“Kau tahu tak ramai abang-abang
hensem turun training tau!” Syarafina
memancing.
“Yeke?!” Laju Nadrah berdiri. Dia
tersengih macam kerang busuk.
“Cepat je,” Syarafina menggeleng
melihat Nadrah yang sudah berdiri di hadapan pintu bilik mereka.
“Jomlah!” Panggil Nadrah.
“LAMBAT
turun?”
“Haah. Siapkan assignment kejap.” Jawab Syarafina kepada rakan sekelasnya yang
bernama Zarifah. Gadis itu duduk berkumpulan bersama rakannya yang lain.
“Kenapa ramai gila orang turun hari
ni?” Soal Syarafina sendiri. Pelik melihat ramai pelajar turun menyaksikan
latihan persediaan untuk perlawanan antara universiti. Belum lagi perlawan
sebenar. Baru berlatih.
“Ramai gila turun sebab alumni kita
yang hot dah turun!” Zafirah tolong menjawab kemusykilan Safira.
“Siapa?” Syarafina membuang pandang
ke tengah gelanggang bola keranjang. Dia cuba mencari figura yang dimaksudkan.
“Tu! Tu! Ya Allah, nasib baik aku
turun ikut kau, Syarafina!” Terkinja-kinja Nadrah menunding ke satu arah.
“Bertenang, bertenang wahai kawan.”
Syarafina cuba mengawal Nadrah yang kelihatan seperti lembu terlepas kandang. Dia
yang malu apabila orang ramai pandang ke arah mereka.
“Tak boleh nak bertenang! Abang Jafri!!!”
Semakin kuat jeritan Nadrah.
“Mak aih! Obsess gila kau ni. Dah!
Dah! Aku tak kenal kau.” Syarafina tertunduk-tunduk menutup muka. Dia cuba
menjauhkan diri daripada Nadrah.
“Jafri! Jafri! Jafri”
Baru Syarafina perasan bukan Nadrah
seorang yang terpekik-pekik memnggil nama lelaki tersebut, tetapi hampir
seluruh gelanggang. Keliling gelanggang juga dipenuhi ramai manusia. Hampir
semua kerusi penonton penuh! Oh, ini lah dia jejaka pujaan ramai tu? Jaguh
sukan universiti ya? Kenapa dia tak tahu menahu pun?
“Weh!” Syarafina menarik tangan
Nadrah supaya duduk disebelahnya. Syarafina berbisik kepada Nadrah kerana
suasana mulai riuh apabila Muhammad Jafri Waseem berjaya membuat jaringan.
“Apa dia?!” Jerit Nadrah. Sukar
untuk dia mendengar dengan jelas waktu itu.
“Kenapa dia turun hari ni?!” Syarafina
menjerit dekat telinga Nadrah.
“Tak tahu! Mestilah dia nak beri
sokongan dekat junior dia!”
Syarafina mengangguk. Hmm logik,
logik.
“YA,
mak. Fina balik sendiri nanti. Macam biasa naik bas. Ya, Fina balik, mak.”
Syarafina merenung seketika skrin
telefon pintarnya. Sebentar tadi emaknya menghubungi. Terpaksalah dia menjauhkan
diri daripada gelanggang tersebut untuk menjawab panggilan.
“Hurm!”
Syarafina mengeluh. Ibu di kampung sudah memanggil-manggil anaknya pulang. Dia
pulak malas untuk mengemas barang, malas untuk pulang ke kampung, malas nak
menempuh perjalanan yang jauh. Malas nak menempuh orang-orang di kampung. Cuti
semester semakin hampir. Dia bercadang untuk terus tinggal dekat KL. Tumpanglah
rumah sesiapa pun disini atau dia boleh menyewa di mana-mana sebentar.
Syarafina menyimpan semula telefon
tersebut. Dia ingin kembali ke tempat duduknya tadi. Nadrah pula sudah tidak
kelihatan setibanya dia di situ.
“Hish
dia ni buat kerja Fan club dia la
tu!” Syarafina mendegus. Matanya liar mencari. Kelibat Muhammad Jafri Waseem
sudah tidak kelihatan dalam gelanggang lagi.
Syarafina berlalu. Dia bercadang
untuk ke bilik persalinan. Mana tahu Nadrah ‘tersesat’ dekat situ. Syarafina
berjalan ke arah bilik persalinan. Perlahan-lahan dia mendekati. Dia berdiri di
antara laluan ke bilik persalinan wanita dan ke bilik persalinan lelaki.
Syarafina memanjangkan leher ke arah
bilik persalinan lelaki. Seorang pelajar lelaki tiba-tiba keluar mengejut dari
balik pintu bilik persalinan. Syarafina cepat-cepat memusingkan badan. Dia memainkan
jarinya dekat dinding. Cuba menutup perbuatannya. Buat-buat normal.
Syarafina mengerling lagi ke arah
tubuh tadi. Memastikan pelajar tadi sudah betul-betul jauh kemudian cepat-cepat
memasuki laluan ke bilik persalinan lelaki.
“Mana
Nadrah ni? Dah gelap dah bilik ni.” Syarafina mengomel sendiri.
Fikirnya, mungkin Nadrah sudah
pulang ke bilik. Syarafina bercadang untuk keluar melalui pintu belakang bilik
persalinan. Tak mahu patah balik ke laluan utama tadi. Takut ada yang ternampak
pulak dari mana dia datang.
Syarafina menolak daun pintu kaca di
hadapannya. Sebelah tangannya sibuk menggodek aplikasi Whatsapp. Kalau-kalau Nadrah ada meninggalkan pesanan ringkas
kepadanya. Tak ada pun. Dia kemudian mengangkat wajahnya daripada terus menatap
skrin telefon. Serentak itu pandangan matanya menangkap susuk tubuh manusia di
bawah pokok tidak jauh dari pintu belakang bilik persalinan tersebut. Dalam
sinar cahaya bulan yag samar, Safira mengecilkan matanya untuk melihat dengan
lebih terperinci. Bukan satu dapi dua bayang manusia.
“Oh
my god!” Syarafina terjerit kemudian memegang kepalanya. Dalam hati
beristighfar panjang.
Syarafina
tunduk. Mati akal seketika. Nampaknya dia sudah menganggu dua makhluk tersebut.
Ada renungan tidak senang memandangnya.
“Sayang…”
Suara lunak seorang perempuan memecah gegendang telinga. Dia menarik lembut
kolar baju lelaki dihadapannya apabila lelaki itu menghentikan perbuatannya.
“Aaa…
tak nampak, tak nampak. Teruskan, teruskan, Haha, mana Nadrah ni… huhu mummy.”
Syafira cepat-cepat meninggalkan kawasan tersebut. Astaghfirullah hal azim! Ya
Allah ampunkan mata ku!
Aku dan keluarga tinggal
di pulau kecil, Ijak. Lebih dikenali sebagai Ijak-Do yang terletak di sebelah
barat Korea. Entah bagaimana aku tiba-tiba menjadi seorang korea dan hidup di
pulau kecil ini. Akal logik aku tidak mampu mentafsirkannya. Aku hanya fikir
mahu menjalani hidup yang normal seperti manusia biasa yang sedang menikmati
pemandangan seperti aku ketika itu.
Pemandangannya tepi
pantai yang cantik, tiada pencemaran, air laut yang bersih menjadikannya tempat
yang baik untuk tinggal bersama keluarga. Aku berjalan di gigi air pantainya.
Udara segar menerepa pada wajah.
"Auch!"
Aku terpijak sesuatu yang
tajam. Aku membelek serpihan kaca yangku pijak sebentar tadi. Pandanganku terarah
ke sebuah banglo yang hampir siap tidak jauh dari tempatku berdiri. Memang aku
kurang senang dengan kewujudan banglo tersebut.
"Orang bandar datang
nak cemarkan Ijak!" Aku seolah-olah menyalahkan tuan rumah tersebut.
Bagunannya kulihat seakan-akan banglo dalam drama bersiri full house lakonan Rain Bi dan Song Hye Kyo.
Sebahagian besar banglo
tersebut didirikan daripada kaca. Kawasan luarnya cantik dihiasi pokok bunga
berbagai warna. Tentu mahal sekali kos keseluruhannya. Dari jauh aku dapat
melihat sebuah tangga yang gah di dalamnya. Barangkali ruang tamu.
"Rumah apa macam tu?
Tidak ada privacy langsung!" Aku melontar serpihan kaca
tadi kearah banglo mewah tersebut. Namun lontaran itu tidak pergi sejauh yang
diharapkan dan jatuh dalam timbunan pasir pantai yang halus.
"Nasib baik luka
sikit sahaja". Aku menepuk tapak kaki.
"Mae Ri! Mae
Ri-ya!"
Dari jauh aku terdengar
suara memanggil-manggil.
"Mae Ri…” Aku rasa
terpanggil dan memaling.
Tiba-tiba ingatan aku
memutar pada kenangan lalu. Ibu kata nama aku sempena aku lahir ketika salji pertama
turun dalam bulan Disember.
Ketika itu kelibat
sahabatku kelihatan.
"Kenapai
terburu-buru ni, So Yoo?" Aku segera bertanya. Laju sahaja mulut aku
memanggil gadis itu dengan nama So Yoo. Seperti sudah lama kenal dengan gadis
comel tersebut, aku menyapa.
"Makcik! Ibu kau,
dia..."
Aku pantas berlari pulang
sebelum sempat So Yoo menghabiskan kata. Rumahku tidaklah jauh dari pantai.
Aku berdiri di depan
rumahku. Bunyi periuk dan pinggan mangkuk dihempas ke lantai sudah lali di
pendengaranku. Pintu yang diperbuat daripada kayu dan kain itu ku tolak
perlahan. Kulihat Ibu sudah duduk bersandar sambil mengelap mata. So Yoo segera
mendapatkan Ibu.
"Makcik Mun Hee..."
So Yoo memeluk Ibu. Dia turut sama menangis. Aku pula hanya memandang sahaja So
Yoo yang sedang menenangkan wanita yang dipanggil Makcik Mun Hee.
Sudah seminggu Ibu
berperangai seperti ini. Aku sudah awal-awal memberitahunya supaya meninggalkan
suaminya yang tidak bertanggungjawab itu. Ibu marah-marah sehingga akhirnya dia
mengetahuinya sendiri.
Suami Ibu, Lee Jong Shin
bukanlah ayah kandungku. Ayahku telah meninggal dunia sejak aku kecil lagi.
Sejak Ibu hidup dengan Jong Shin, hidup kami jadi seperti tongkang pecah. Ibu
sering dipukul apabila Jong Shin pulang dengan keadaan mabuk. Dia suka berjudi
sehingga habis duit Ibu diminta.
Hidup kami bertambah
susah dengan hutang yang ditanggungnya. Akhirnya Jong Shin dijumpai mati
ditikam. Mungkinkah dia dibunuh oleh along? ahh aku tidak peduli! Dia
meninggalkan hutang piutangnya pada kami!
"So Yoo, tolong bawa
ibu masuk bilik" So Yoo mengangguk.
Perlahan-lahan aku
mengutip barang-barang yang disepahkan Ibu sebentar tadi. Aku menyusunnya
semula ketempat asal.
"Ibu minta
maaf...Mae Ri. Hidup Mae Ri jadi susah. Ibu degil!" Aku tidak berkalih
wajah.
"So Yoo, bawa ibu ke
bilik!" So Yoo segera menarik lengan ibu.
Kelopak mataku mula
bergenang. Tekakku jadi sebu. Aku pantas menyeka air mata yang mula menjurai.
Sejak itu aku sukar untuk mempercayai lelaki.
SETAHUN telah berlalu
setelah kejadian itu, Mae Ri kini berada di tahun akhir Sekolah Tinggi GangHwa.
Ibu semakin pulih. Tidak lagi mengalami trauma dan mula berjinak-jinak dengan
menanam pelbagai jenis sayuran dan bunga kemudian menjualnya.
Hari ini aku terlambat ke
sekolah. Teringat kejadian pagi tadi.
"Mae Ri, dah
lambat!" Suara Ibu bergema kuat ke dalam gegendang telinganya.
Aku melompat dari
pembaringannya. Kelam Kabut bersiap. Ibu melipat tilam, bantal dan selimutnya
kemudian disimpan dalam almari. Ibu menggeleng melihat keletah anaknya.
"Ibu, Mae Ri pergi
dulu!" sepantas kilat Aku berlari. Selalunya aku hanya perlu berjalan
tenang ke sekolah. Tetapi tidak hari ini. Terbayangkan muka Encik Johny bagi
subjek inggeris untuk kelas pagi ini, membuatkan Aku kecut perut.
"Sempat ke sampai
tepat pada waktu ni?" Peluh mula merenik.
Aku tidak menoleh
langsung kiri dan kanan. Aku tahu aku ingin cepat sampai sehinggalah dia jatuh
akibat berlanggar dengan seseorang yang sedang berbasikal.
"Aduh!"
Keduanya mengaduh kesakitan.
"Adik tak
apa-apa?" Tanya tuan punya basikal dengan muka cemas.
Aku memandang sekilas.
"Adik dah luka
ni!" Aku lantas bagun mengibas uniform sekolah.
"Pakcik, saya pinjam
basikal ya? saya dah lambat!"
Belum sempat disambut
oleh tuan punya basikal, aku sudah terlebih dahulu menunggang basikal tersebut.
Lelaki yang di panggil pakcik tadi terpinga-pinga.
"Pakcik, nanti
petang saya pulang basikal ni dekat sini!!" jerit aku dari jauh.
AKU memandang ke luar bilik
darjah. Memandangkah meja aku terletak ditepi tingkap, aku dapat melihat pelajar-pelajar
lain sedang bermain di padang.
Aku cuba mengimbas muka
pakcik basikal sebentar tadi.
"Kenapalah aku tak
tengok muka dia betul-betul?" Aku tidak dapat mengingati wajah lelaki
tersebut dengan jelas. Kepala diketuk sendiri.
Seingat aku pakcik basikal
tersebut memakai T-shirt berwarna hitam, berseluar jeans, dan bertopi.
"Mae Ri, I’m
talking to you. Where are you now?"
Khayalan aku mati
serta-merta. Gulp! Suara Encik Johny menerpa. Urghh inilah padahnya mengelamun.
Aku bangun malas. Rupanya waktu Encik Johny telah dibawa ke belakang. Buat
penat saja aku ‘mencuri’ basikal pakcik tadi sebab nak cepat. Ini Encik Johny
punya pasal!
Ding Dong!
Asa! Tamat waktu
persekolahan. Nasib baik. Aku terus mengemas beg. Begitu juga dengan
rakan-rakan sekelasku yang lain. Encik Johny yang baru hendak menyoal Mae Ri
turut mengemas buku-bukunya.
Semua murid berpusu-pusu
meninggalkan perkarangan sekolah. Aku menanti So Yoo yang sedang mengemas
barangnya. So Yoo menghampiri.
"Kenapa lambat hari
ni, Mae Ri?" So Yoo perasan rakannya itu datang lambat hari ini. Tidak
pula dia bertanya masa rehat tadi sebab sibuk membuat ulang kaji bersama rakan
yang lain. Tak sempat nak bersembang dengan Mae Ri hari ni.
Aku hanya tersengih
memandang So Yoon. Kami berjalan beriringan menuju ke pagar sekolah.
"Ah, sekejap So Yoo.
Aku nak ke tempat letak basikal."
Aku bergegas ke tempat
letak basikal diikuti So Yoo. Aku menarik keluar sebuah basikal.
"Sejak bila kau guna
basikal?" soal So Yoo.
"Aku pinjam seorang pakcik
ni punya basikal." Aku sengih lagi. So Yoo mengangguk.
"Han So Yoo, aku
mahu bercakap sebentar." Ada suara mencelah.
Sudah datang 'buaya'
Sekolah Tinggi GangHwa. Kim Bo Hwal. Aku mencebik.
"Aku pergi dulu, So
Yoo."
Malas nak masuk campur
urusan ‘couple’ tersebut. Malas nak berlama-lama ditenung mata buaya darat itu!
Aku segera meletakkan kaki pada pedal.
"Selamat jalan Mae
Ri." Ucap Kim Bo Hwal dengan senyumannya.
Aku meluat.
"Jumpa esok, Mae
Ri."
Kata-kata So Yoo dibalas
dengan lambaian.
AKU bermalas-malasan di
depan televisyen. Pulang dari sekolah tadi dia segera ke rumah. Rasa penat yang
mendalam menyebabkan aku terlupa tentang janji pagi tadi. Mata aku tertancap
pada jam di dindang.
Automatik aku melompat
bagun dari kedudukanku.
"Alamak lupa!"
Aku pantas keluar
menyarung selipar dan mendapatkan basikal pakcik pagi tadi.
"Mae Ri, nak ke
mana?" Jeritan ibu tidak diendahkan.
Aku mengayuh basikal
dengan laju. Sampai di tempat perlanggaran dengan pakcik basikal pagi tadi. Mata
aku meliar mencari gambaran lelaki yang ada dalam minda.
Lama aku menunggu. Mengeluh
sesekali melihat jam di tangan.
“Macam mana boleh
terlupa?!”
Kayuhan disambung menuju
ke pantai. Aku bercadang untuk mencari pakcik basikal sekitar pantai. Disebabkan
aku menggunakan basikal, aku hanya mengayuh di atas jalan tar.
Kayuhanku terhenti di
hadapan banglo mewah yang sudah separuh - hampir siap dibina.
"Tak siap-siap lagi
banglo ni?" Mata aku tertancap pada seseorang. Mungkin tuan punya rumah.
Aku perlahan-lahan turun dari basikal kemudian berselindung di sebalik tembok
besar banglo tersebut.
Kelihatan seorang lelaki
sedang meninjau kawasan banglo tersebut. Sesekali dia mengambil gambar
menggunakan kamera Sony DCLR-nya yang tergantung di leher. Nampaknya bukan Aku
sahaja yang terpegun akan keindahan banglo ini.
"Prak!" Aku
terpijak sebatang ranting pula waktu ini.
"Siapa?"
Aku segera menyorok. Memegang
dada yang berdegup laju. Terkejut.
Setelah keadaan selamat,
aku melangkah meninggalkan banglo tersebut menuju ke arah basikal yang di
parkir di luar banglo. Aku perlu pulangkan basikal pakcik ni.
"Adik!"
Aku berpaling. Lelaki
yang dilihat tadi berdiri dihadapan aku kini.
"Adik tak
apa-apa?"
Lelaki tersebut menarik lengan
aku. Dia membelek luka aku yang berbalut kemas. Sementara mata aku macam tak
percaya apa yang aku lihat. Kim Rae Won?!
"Apa ni,
Pakcik!" Aku menepis. Dalam terkejut campur excited aku masih boleh berfikir waras. Seorang LELAKI sedang
memegang aku? Aku mula cuak.
"Adik dah pergi
klinik? Ini luka pagi tadi, kan?" Aku rasa macam bertubi-tubi soalan yang
dilemparkan oleh lelaki iras Kim Rae Won tersebut. Tiba-tiba aku mula mengingati kejadian pagi
tadi.
Cara lelaki ini berpakaian
seperti pernah dilihat.
"Oh, pakcik basikal
rupanya!" Terlontar ayat itu dari mulutnya. Aku tersenyum. Orang yang
dicari telah dijumpai. Kim Rae Won sangat! Mae Ri, Mae Ri.
"Mari saya bawa ke
klinik!" Usul lelaki itu. Aku pula membelek lengan.
"Luka sikit saja ni.
Tak ada apa-apa." Aku menjelaskan.
"Betul ke tak
apa-apa ni?" Soal lelaki tersebut dengan muka berkerut-kerut.
Aku memandang wajah
lelaki itu. Jelas wajahnya tampak risau sekali.
"Hahaha!" Aku
ketawa lepas.
"Rileks lah pakcik.
Saya okey lah!" Kelakar pula dia melihat muka berkerut lelaki di hadapannya.
"Banglo ni
cantikkan? saya pun suka lihat pemandagan di sini." Aku tiba-tiba berkata. Tiba-tiba
mengubah topik perbualan. Lelaki itu hanya mengangguk.
"Dah nak malam ni.
Pakcik tak nak balik ke? saya pun nak balik dah ni. Itu basikal pakcik! terima
kasih pinjamkan."
Aku sempat menundukkan
kepala dan mula mengatur langkah. Kedua-dua belah tangan diseluk ke dalam poket
seluar pendek yang aku pakai.
"Rumah adik dekat
mana? Saya hantarkan."
Aku mengangkat tangan
tanda tidak mengapa. Baik pulak pakcik ni.
“PRANG!”
Bunyi-bunyi bingit datang kembali. Aku tak tahu sejak
bila bunyi tu mula kembali dalam hidup kami. Ah! Bermula episod membosankan
dalam hidup aku.
Kekasih hati ibu datang mengamuk-gamuk lagi. Aku pun
sudah tidak tahu ini kekasih yang ke berapa sebab aku dah tak peduli itu semua,
memandangkan aku akan menempuh ujian bulanan tak lama lagi.
Aku semakin sibuk
menelaah dekat rumah So Yoo dan rakan-rakan yang lain. Bukan apa, aku sudah
mula memikirkan masa depan aku nanti. Sekejap saja masa berlalu dan aku juga
bakal menempuh satu ujian besar yang menjadi kayu ukur untuk aku menyambungkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Aku lantas menyarung
selipar. Kaki aku mula melangkah entah ke mana. Hari ni aku tak bercadang untuk
ke rumah So Yoo atau mengulang kaji dengan rakan-rakan lain. Kami menetapkan
hari ini untuk berehat dirumah dan bersama keluarga. Aku? Macam inilah. Boleh
dikatakan setiap hari sudah tidak lekat di rumah sendiri.
Kaki aku berhenti
melangkah. Aku memerhati sekumpulan manusia yang sedang mengangkat kotak-kotak
sederhana besar. Mereka sedang memunggah barang daripada sebuah lori. Aku
khayal memerhati sehingga tak sedar ada yang memerhati. Lelaki itu tersengih
memandang aku. Aku pulak hanya memandang kosong tak berperasaan.
Eh, pakcik basikal!
Tiba-tiba aku tersedar. Aku perhati lagi. Dia sukarelawan rupanya. Mungkin dia
bekerja dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Aku mendekati kumpulan tersebut.
Tanpa segan silu aku membelek barang-barang yang sedang dikeluarkan oleh
mereka.
Selalu waktu hujung
minggu begini, ada jualan amal oleh pasukan-pasukan sukarelawan. Barang-barang
yang dijual adalah barangan terpakai yang masih elok dan dijual dengan harga
yang sangat murah.
Aku tertarik dengan sebuah kamera lama mereka.
Kamera dirapatkan ke wajah. Sebelah mata dikecilkan untuk memberikan fokus pada
sebelah mata yang memandang ke dalam lensa kamera.
Klik! Aku mengambil gambar-gambar mereka yang
sedang bertungkus lumus mengemas.
Sesekali aku mengelap peluh yang mula merenik. Tiba-tiba terasa
leher aku sejuk disentuh sesuatu. Aku terlompat kecil. Terkejut. Segera
menoleh.
Pakcik basikal
tersengih. Dia menghulur sebotol air mineral. Aku meletakkan semula kamera.
Tangan aku pantas menyambut huluran tersebut. Baru aku perasan, cuaca hari ini
sangat terik. Sudah tengah hari begini lagilah bertambah terik.
Pakcik basikal
mengipas aku dengan sekeping kertas dalam pegangannya sementara aku meneguk air
sehingga separuh. Aku menutup semula botol dan menghulurkannya kembali pada pakcik
basikal.
“Ambil lah kamera
tu,” Pakcik basikal pelawa. Aku mengangkat kening sebelah.
“Boleh?” Aku
tanpa segan terus menyarung semula tali kamera pada batang leher.
“Ambil lah. Saya
belanja.” Ujar pakcik basikal. Dia masih tersenyum. Suka sangat senyum. Aku
menghalakan lens pada wajah yang sedang tersenyum itu.
Pakcik basikal
tiba-tiba jadi malu. Dia teragak-agak nak posing. Comel je bila dia angkat peace sign. Aku join masuk dalam gambar. Klik!
“Mae Ri!” Ada
suara memanggil. Aku menoleh. Dari jauh So Yoo melambai. Aku mahu melangkah kea
rah So Yoo, tapi baru je nak ucap selamat tinggal, pakcik basikal sudah lesap.
Dia menyambung kerjanya semula.
“Siapa tu?” Soal
So Yoo. Aku jungkit bahu.
“Kau beli kamera,
ya?” So Yoo bertanya lagi. Aku hanya tersenyum.
“Aku baru nak ke
sini. Nak cari lah kalau-kalau ada alat tulis murah-murah. Tak sangka kau ada
dekat sini jugak. Ingatkan dah terbongkang dekat rumah!” So Yoo bergurau.
“Hmm. Bosan duduk
rumah.” Aku malas nak cakap banyak. So Yoo pun dah faham maksud bosan tersebut.
“Nah!” So Yoo
menghulur air kotak. Dia memanggil salah seorang pekerja untuk membuat
bayarana. Nampaknya alat tulis yang dicari tidak ada hari ini. So Yoo hanya
mengambil air kotak sahaja untuk mereka berdua.
“Aku sebenarnya
nak pergi jumpa Bo Hwal ni.” Beritahu So Yoo.
“Dah agak dah!
Perli lah.” Aku faham maksud So Yoo. Aku pun tak nak ikut. Lelaki menyusahkan.
Tahu ambil kesempatan sahaja. Aku bukannya tak pernah nasihatkan So Yoo tu.
Tapi bila mata dah buta, cinta sudah menguasai siapalah aku nak didengarnya.
“Alah semua lelaki kau anti,”
Itu lah yang
dikatakan So Yoo setiap kali. Bukan diorang tak kenal aku. Ibu aku sah-sah dah
tahu betapa aku bosan dengan teman lelaki dia semua tu. Yang muda, yang tua
semuanya sama sahaja.
Sempat aku
berpaling pada pakcik basikal. Kelihatan dia sedang membantu seorang warga emas
mengangkat barang. Banyak nenek tu borong barang-barang murah. Aku sengih tanpa
dipaksa. Senang hati melihat situasi itu.
Lepas tu aku
membawa diri. Menyumbat telinga dengan earphone.
Lagu-lagu lama ku putarkan. Melayan perasaan sendiri sehingga sampai dekat
tempat favourite aku. Pantai. Aku
duduk bawah teduhan pokok atas dahan pokok yang sudah patah. Dekat situ aku
perhati ombak yang terdampar luas bersambung dengan lautan yang tidak ternampak
hujungnya.
Waktu itu sudah hampir
senja. Aku bersandar pada dahan pokok seketika. Menanti matahari terbenam. Aku
bangun mendekati pantai. Aku beracadang nak baring atas pasir sambil
menyaksikan matahari senja.
Langit mula bertukar
kemerahan. Aku asyik menghayati. Memejamkan mata menghayati deruan ombak dan
kicauan burung yang terdengar sayup-sayup. Mata aku terpejam rapat. Lagu-lagu
daripada Pod mp3 sudah silih berganti. Perlahan sahaja volum yang dipasang.
Lama juga aku
berkeadaan begitu. Aku membuka mata sebaik terasa air ombak mula mengganas. Terasa
percikan air mengenai kulit. Gelap! Mata aku menagkap pemandangan langit yang
sudah gelap. Aku cepat-cepat bangun.
“Auch!” Kepala
aku terucuk hujung payung yang memayungi wajah aku sejak tadi. Aku menadah
telapak tangan.
“Hujan rupanya!”
Aku ingat percikan ombak, rupanya sudah hujan.
Aku terus
mencapai payung tadi. Langkah kaki ku lajukan. Sudah lah malam, hujan pulak.
Sengaja mencari bala. Tertidur pulak dekat pantai seorang diri!
MACAM biasa hari ni aku keluar rumah lagi. Tapi hari ni awal pagi
aku dah keluar. Pintu apartment tingkat 4 itu ditutup rapat.
Kali ni aku tak lupa bawak bekal makanan. Buah
saja. Sebab aku tahu aku nak jalan jauh ni. Penat-penat boleh makan. Lagipun
banyak buah pisang kaki dekat rumah. Ibu pulak sibuk suruh bawa bersama, bagi
pada jiran-jiran.
Aku menyarung mengetatkan ikatan kasut. Niat aku
nak terus turun terhenti apabila aku terpadang pakcik basikal tengah asingkan
sampah dekat bawah.
Aku mengerutkan
kening. Apa pakcik basikal buat dekat sini? Dia tak pergi kerja ke? Cuti ke?
Budak sekolah macam aku ni iyalah cuti. Tapi bukan itu yang aku hairankan. Yang
aku tertanya-tanya adalah sejak bila pakcik basikal tinggal dekat apartment
yang sama?
Aku cepat-cepat
melangkah ke arah lif sebaik melihat pakcik basikal masuk semula ke Kawasan
apartment setelah mengasingkan sampah mengikut jenis. Aku memerhati lampu lif
yang menunjukkan pergerkan turun ke tingkat bawah sekali. Lama lif berhenti
dekat bawah.
Aku harap pakcik
basikal seorang sahaja yang naik lif. Kemudian, lif pun bergerak. Naik dari
satu tingkat ke satu tingkat yang lain sehingga ke tingkat 4. Aku mengundur
sedikit ke belakang dan menyorokkan diri. Manalah tahu kalau-kalau lif tersebut
berhenti dekat tingkat 4.
Tidak sama sekali
apabila lif meneruskan ke tingkat 5 dan berhenti lama pada tingkat 6. Aku
menekan butang ke atas. Lif turun semula ke tingkat 4. Aku masuk dan menekan
butang 6. Lif bergerak ke atas.
Aku keluar
memerhati sekeliling. Tidak ada seorang manusia pun kelihatan. Aku berjalan
dari satu pintu ke satu pintu yang lain. Sehingga kaki aku berhenti di hadapan
sebuah rumah. Diluarnya terdapat kotak-kotak yang boleh didapati di tapak
jualan tempoh hari.
Aku begitu yakin ini
rumah pakcik basikal. Jadi dia tinggal disini. Aku ingin melangkah pergi sahaja
kerana tiada apa yang mendatangkan faedah sebaik mengetahui tempat tinggal
pakcik basikal. Cukuplah sekadar dia mengetahui mereka berjiran atas bawah.
Pintu ditolak
dari dalam. Aku terpana. Dia juga terpana. Seketika kami berpandangan.
Kemudian, aku mengangkat tangan aku yang memegang seplastik buah pisang kaki.
“Ibu suruh bagi
jiran-jiran!” Laju aku memberitahu. Walaupun niat asal bukanlah nak bagi jiran,
terpaksa lah aku bagi.
Pakcik basikal
nampak terpinga-pinga. Dia kelihatan masih mamai-mamai dengan segayung air
dalam genggaman. Pakcik basikal menyambut huluran aku. Dia kemudian
mengisyaratkan aku mengambil gayung air tersebut.
Aku pulak yang
terpinga-pinga menyebabkan dia ketawa sehingga terbatuk-batuk. Dia menunjukkan
pada pasu. Oh! Suruh siramkan pokok rupanya. Aku memulangkan semula gayung
tersebut.
Sekali lagi aku
dan dia memandang antara satu sama lain.
“Aaa… saya ambil
satu.” Aku menyelukkan tangan dalam beg plastik buah tadi. Pakcik basikal masih
tersenyum.
“Terima kasih.” Ucap
pakcik basikal merujuk kepada buah yang diberikan. Suara dia kedengaran
serak-serak.
“Hmm, saya turun
dulu.” Aku terus melangkah ke arah lif. Dalam lif aku tergelak sendiri. Baik
punya cover.
“Nampaknya pakcik
basikal tak sihat.” Aku bermonolog sendiri. Aku nampak dia batuk-batuk dn
bersuara serak tadi. Tanpa berfikir panjang aku masuk ke dalam farmasi.
Aku mengetuk pintu rumah itu. Sekejap je pintu
dibuka dari dalam. Aku mengangkat plastik faramasi yang aku pegang tinggi paras
wajah pakcik basikal.
“Ubat!”
Pakcik basikal
tak bagi respon. Senyum pun tidak. Buat aku rasa janggal tiba-tiba. Aku segera
menarik tangan pakcik basikal dan memberikan plastik tersebut.
“Ubat deman,
batuk, selesema.” Aku beritahu. Perlahan-lahan dia mula mengukirkan senyuman.
“Sama-sama.” Aku
berkata bila pakcik Baikal nampak macam terharu sangat. Terima kasih tak ada,
apa pun tak ada.
Aku pun melangkah
pergi. Sempat aku menangkap suara pakcik basikla yang mengucpkan terima kasih.
Hmm, aku pun tak tahu kenapa aku perihatin terlebih hari ni.
SEJAK hari itu aku selalu naik ke tingkat 6 apabila ada
buah-buahan lebih yang ibu bagi untuk jiran. Aku terlebih rajin nak tolong.
Bukan apa, buat pertama kalinya aku ada kawan dekat apartment aku. Tak adalah
lah bosan duduk dalam rumah.
Ya, sejak bila
tah aku anggap pakcik basikal tu kawan.
Tepat waktunya
aku turun pakcik basikal pun sudah ada dekat tempat pengasingan sampah. Aku dan
siap nak ke sekolah. Dia pun nampaknya sudah siap nak pergi kerja.
Aku menyapa
pakcik basikal.
“Hai! Selamat
pagi.” Pakcik basikal ceria menyapa balik.
Aku melambai dia
setelah menyapa. Nanti lambat pula ke ekolah kalau berbual. Tapi dia lebih
cepat mempelawa naik basikalnya.
Aku pandang basikal
sekilas dan pakcik basikal. Tanpa berfikir panjang aku mengangguk. Lalu aku
membonceng basikalnya. Aku minta dia berhenti jauh sikit daripada pintu masuk
sekolah. Nanti nampak pulak dekat rakan-rakan lain, mahu tak jenuh aku nak
menjawabnya.
Waktu dalam
kelas, murid-murid mula kecoh menyebut-nyebut nama artis daripada Seoul yang
datang untuk menyertai projek kesukarelawanan. Aku tak ambil pusing. Seperti
biasa aku membuang pandang ke luar tingkap.
“Mae Ri! Amboi
sejak akhir-akhir ni kau tak join kita
orang study dah. Kenapa?”
Aku tak jawab.
Biarlah mereka nak fikir apa. Takkan setiap masa aku kena study sama-sama. Sekarang masa untuk study sendiri.
“Jangan dilayan minah yang itu. Kalau dia dah pandang luar tu,
memang takkan ada jiwa dia dalam kelas ni. Jasad je ada!” Seloroh mereka satu
kelas.
Memang roh aku
dah terbang ke mana-mana tak ada dalam keas ni. Teringat pagi tadi dihantar ke
sekolah naik basikal pakcik basikal. Pakcik basikal? Sampai bila aku nak
panggil dia pakcik basikal. Sudah lama berkenalan masih tidak tahu nama
masing-masing. Aku pun tak pernah tanya. Dia pun tak pernah tanya nama aku.
Aku menepuk dahi!
Benda penting sekali.
Waktu rehat tiba.
Aku memandang beg galas yang kosong. Lupa nak bawak bekal! Aku bangun
menyelinap keluar dari bilik darjah menuju ke bilik guru.
“Cikgu! Ibu saya
sakit hari ni. Saya janji dengan dia nak beli kan ubat. Saya terlupa!” Aku mula
mereka idea. Dah bosan duduk lama-lama dalam kelas. Bekal pun aku tak bawak!
“Macam-macam lah
kamu ni Mae Ri!”
“Cikgu tahu kan
taka da sesiapa dekat rumah tu nak jaga ibu!” Aku pancing lagi cikgu kelas aku.
Minta simpati. Bukan cikgu tak tahu aku anak yatim.
“Baliklah!” Cikgu
membenarkan. Yes! Dapat ponteng sekerat hari.
Aku memegang
kemas beg sandang dan melangkah keluar dari sekolah dengan senang hati. Macam
tak biasa ponteg. Kadang-kadang tu kalau mahu, boleh sahaja aku tak ke sekolah.
Pergi sekolah pun bukan aku boleh fokus, sebab aku jenis belajar sendiri. Lebih
baik tak ke sekolah. Adik-adik jangan tiru perangai kak Mae Ri!
AKU mula merayap dengan pakaian seragam sekolah lengkap. Selamba.
Macam biasa telinga ku sumbat dengan earphone. Aku jalan dekat dengan Kawasan tapak jualan.
Cuba mencari kelibat pakcik basikal. Tidak kelihatan.
“Aik, tak nampak
pulak dia ni!” Aku mengubah arah kaki. Tak apa lah kalau nak ponteng, ponteng
sendiri sahaja.
‘Kruk, kruk!’
Ah! Perutsudah
berkeroncong lapar. Aku segera menuju ke sebuah restoran yang berdekatan. Aku
melangkah masuk. Makcik restoran jajangmyeon menegur aku.
“Tak ke sekolah
ke Mae Ri?!”
Pelanggan yang
lain sudah biasa dengan situasi itu. Bukan mereka tidak kenal dengan aku.
Sesuka hati sahaja nak ke sekolah atau tidak.
“Macam biasa,
makcik!” Aku membuat pesanan seperti biasa dan mengambil tempat duduk. Aku
terpandang sepasang mata yang memerhati. Tak jadi duduk. Aku segera ke meja
pelanggan tersebut.
“Makcik, hantar meja 2 ya!” Aku menukar meja.
Duduk bersama pakcik basikal.
“Pakcik tak kerja
ke?” Aku bertanya membuatkan pakcik basikal berkerut muka. Mungkin soalan tu
sepatutnya dia yang tanya aku.
“Half day,” Kata dia.
“Mae Ri?” Pakcik basikall sebut nama aku.
“Sejak bila pakcik tahu nama saya?” Soalan dia
berbalas soalan. Dia nampak terkejut sedikit.
“Mae Ri… cantik nama.” Lelaki itu kelihatan jujur
berkata.
“Nama sempena first
snow!” Aku memberitahu sedikit bangga.
“Bila? November?” Tanya pakcik basikal.
“15 November.” Beritahu aku.
“Pakcik duduk seorang ke dekat sini?” Aku pula
bertanya. Dah tak berminat nak tahu mana dia tahu nama aku. Mungkin dia
terdengar mak cik tadi memanggil aku.
“Haah.” Jawab pakcik basikal.
“Isteri? Anak?” Aku soal lagi. Mana taknya selalu
nampak seorang sahaja. Pergi rumah pun tak nampak kelibat orang lain.
“Eh, tak ada.” Jujur Pakcik basikal menjawab.
“Oh, umur pakcik berapa?” Aku dah macam polis
pencen menyoal.
“31 tahun.”
“Wah, 13 tahun lagi tua dari saya!” Aku pula
jawab jujur. Macam rasa amazing
sangat.
Makanan aku order pun sampai serentak engan
makanan pakcik basikal. Dia order jjam-pong. Manakala aku pulak order jajangmyeon.
Memang selera budak-budak sangat. Sempat aku tambah pesanan dekat makcik
restoran tu. Apa lagi, spicy rice cake
lah!
Aku makan lahap. Lapar gila. Tercomot uniform
sekolah aku.
Pakcik basikal cepat mencapai tisu. Dia lap baju
aku dekat bahagian dada. Aku jadi terkesima. Walaupun bukanlah tepat pada
bahagaian dada, tengah dekat butang je. Aku tepis tangan dia.
Riak dia berubah bila aku macam marah. Aku makan
cepat-cepat. Ambil tisu dan lap sendiri baju dan mulut aku yang comot.
Aku keluar daripada restoran. Dapat aku lihat
dari ekor mata pakcik basikal cepat-cepat membayar bil makanan kami. Entah
kenapa aku tiba-tiba rasa nak angin. Mungkin sebab datang bulan? Mungkin lah.
Aku dengar tapak kaki pakcik basikal laju
mengejar langkah aku. Aku biar dia ikut. Serba salah pulak aku marah. Aku tahu
dia niat baik. Ah! Ego tu tinggi sangat. Seharian dia ikut aku. Aku bantai
pergi main dekat arcade. Dia ikut main sebelah.
Aku main pun race
dengan dia. Sekejap je lupa marah tadi. Kami gelak-gelak bersama. Lama jugaklah
kami menghabiskan masa disitu. Sesekali kami menukar ke permainan lain. Pakcik
basikal mencuba mainan penumbuk yang mengira berat tumbukan. Aku pun sama.
Dua-dua lembik. Macam nak tertanggal pergelangan kami terseliuh. Aku ajak dia
ke permainan seterusnya. Tangkap anak patung.
Mesin penipu yang telan duit orang. Banyak
syiling aku ditelannya, satu patung pun tak dapat-dapat. Mana tidaknya penyepit
dia tak kepit kuat-kuat. Aku tending mesin tersebut membuatkan pakcik basikal
terkejut.
“Dah lah!” Aku jadi geram. Rasa nak marah.
“Ha jom dah!” Cepat je pakcik basikal jom kan
aku.
“Cepat betul mengalah.” Aku menendang lagi mesin
tersebut. Pakcik basikal takut-takut. Dia tersengih.
Aku melangkah laju meninggalkan tempat itu.
Pakcik basikal tak banyak cakap. Dia dah penat melayan. Aku pun baru terasa
penat. Terus je aku balik rumah lepas mengucapkan selamat tinggal pada palcik
basikal.
HUJUNG minggu. Aku ajak pakcik basikal keluar.
“Jom ke pantai!”
Aku meminta telefon bimbitya dan mendail nombor aku.
“Senang nak contact!” Selamba aku berkata. Tangan
pakcik basikal aku raih. Menarik dia supaya keluar dengan aku. Macam biasalah
aku bosan.
Aku memang suka
jalan dekat pantai. Nampak aje macam tomboy,
tapi hati jiwang. Suka layan perasaan dekat pantai.
Aku main
lari-lari dekat gigi air. Tak tahu kenapa aku happy bila bersama dengan pakcik
basikal. Lama kelamaan aku berasa semakin rapat dengan dia. Hari-hari nak jumpa
dia.
Tiba-tiba aku rasa muka aku
basah. Pakcik basikal simbah air dekat aku. Aku balas balik. Lencun kami
dibuatnya dengan air masin laut. Melekit terasa dekat kulit.
Aku mengajak
pakcik basikal pergi membilas dekat air paip yang disediakan tidak jauh dari
pantai. Aku suruh pakcik basikal mandi terlebih dahulu. Dia berdiri bawah air
paip. Seronoknya mandi. Detik hati aku. Terasa air sejuk mengalir turun
membasahi kepala. Perasaan itu jelas tergambar pada riak pakcik basikal.
Aku dah tak
sabar. Aku join dia sekali. Berdiri
di bawah satu air pancur. Pakcik basikal mengosok rambut aku yang dah melekit.
Dia membantu air mereap masuk ke dalam setiap helaian. Rambut aku completely basah.
Aku dongak ke
atas. Memandang wajah pakcik basikal. Serentak itu dia juga sedang menenung
aku. Aku menjadi segan tiba-tiba. Sifat malu menerpa diri. Lambat-lambat aku
tunduk. Terpandang pula susuk pakcik basikal yang terserlah lerana dia
mengenakan t-shirt putih.
Aku menutup mata.
Kemudian melangkah menjauhi air pancur tersebut. Aku perah air yang memberat
pada baju dan skirt yang aku pakai. Begitu juga dengan pakcik asikal yang sudah
selesai membilas. Kami sama-sama berdiri menghadap laut. Membiarkan hembusan
angin mengeringkan pakaian kami.
Sejak akhir-akhir
ini aku semakin segan dengan pakcik basikal. Sifat keperempuanan semulajadi aku
mula terserlah. Aku pinta diri untuk pulang ke rumah. Walaupun dia duduk
tingkat atas rumah sahaja, tapi kami pulang berasingan.
Aku mandi sekali
agi sebaik sampai di rumah. Kali ini memberihkan diri dengan sambun dan
shampoo. Selesai mandi, aku merenung muka depan cermin. Kelihatan rambut aku
basah menutupi sedikit bahagian muka. Aku tersenyum meleret.
“Macam ni ke
pakcik basikal nampak aku?”
Aku tersipu-sipu
sendiri. Rambut yang basah segera dibalut dengan kain tuala. Aku melompat ke
atas katil. Telefon bimbit dicapai. Tak sedar ada mesej yang masuk. Pakcik
basikal!
Selamat malam ^^
Ringkas mesejnya.
Selamat malam juga~
Aku balas.
Sweet Dream~
Aku memberanikan diri menghantar lagi mesej berbunga cinta.
Kemudian aku tak mampu dah nak melihat skrin telefon. Tak percaya dengan diri
sendiri yang menghantar mesej seperti itu.
Apalah reaksi
pakcik basikal agaknya?! Aku tertidur sendiri. Mimpi aku sungguh indah malam
itu.
“MAE RI!”
Pagi-pagi ibu dah
bising.
“Apa dia ibu?”
Aku terpisat-pisat keluar rumah.
“Simpan lah
payung ni. Bersepah depan rumah!” Ibu membebel.
Aku merengus
perlahan. Kacau betul lah! Dengan senyap aku mengambil payung tersebut. Mata
aku melekat pada nama syarikat yang terdapat pada payung tersebut. Jelas
kelihatan tertulis nama Jabatan Kebajikan dan kesukarelawan. Aku cuba mengingat
kembali mana aku dapat payung itu.
Seingat aku, aku
tak ada membeli payung.
Trut, trut!
Satu mesej ringkas masuk. Aku menyeluk poket di mana tersimpan telefon bimbitku. Membaca sekali imbas kemudian mendongak ke langit biru. Seperti yang diminta oleh orang yang menghantar pesanan tersebut.
Trut, trut!
Satu mesej ringkas masuk. Aku menyeluk poket di mana tersimpan telefon bimbitku. Membaca sekali imbas kemudian mendongak ke langit biru. Seperti yang diminta oleh orang yang menghantar pesanan tersebut.
Aku lihat
serpihan putih mula berterbangan memenuhi ruang udara. First snow! Yalah hari ini hari jadi aku! Pandai pakcik basikal
mengambil hati aku. Mungkin dia tengah menggoncang botol snow flakes dekat atas tu. Bukan aku tak tahu, lambat lagi nak
salji. Mengikut kajian cuaca mungkin dalam beberapa hari lagi. Kat luar pun
belum ada tanda-tanda nak salji lagi.
Tapi tak apa. Aku
suka. Aku angkat tangan menadah salji yang turun. Aku tersenyum lebar. Aku
capai payung tadi dan berlari anak ke arah lif. Betul tekaan aku. Pakcik
basikal tengah menggoncang botol fake
snow dekat atas.
“Ha! Buat apa tu.”
Aku menyergah.
“Mae Ri! Happy birthday.” Pakcik basikal
mengucapkan dalam rasa sedikit terkejut dengan kehadiran aku yang secara
tiba-tiba.
“Ini payung
pakcik kan?” Aku terus menyoal. Bila dia angguk je, aku terus tarik tangan dia.
Aku tak kira, hari ni dia kena belanja aku makan.
“IBU Mae Ri!”
Puan Mun Hee
keluar terkocoh-kocoh bila dipanggil begitu. Beberapa kaum ibu berdiri di
tingkat bawah.
“Apa halnya?”
Soal Puan Mun Hee.
“Dengar cerita si
Mae Ri selalu sangat keluar dengan lelaki pakai topi. Mereka tak tahu menahu
mengenai nama lelaki tsersebut. Muka pun tak kenal sangat. Sebab dia selalu
pakai topi. Kadang-kadang berermin mata. Lelaki itu pulak bekerja dengan
sukarelawan dekat tapak niaga. Sudah semestinya lelaki berumur. Entah
siapa-siapalah yang Mae Ri berkawan tu! Sampai ponteng sekolah dan tak hiraukan
pelajaran.
“Siapa?!” Puan
Mun Hee menyoal geram. Setahu dia anaknya keluar untuk berjumpa So Yoo dan
rakan-rakan yang lain. Pantang betul dia ada yang datang mengadu sebegitu.
“Mana ada, Mun
Hee. Anak aku ada je dekat rumah tu! Jarang sangat keluar dengan Mae Ri.”
Beritahu ibu So Yoo.
“Alang-alang kami
lalu sini, kami singgah lah beritahu. Budak tu dah nak dekat ujian besar! Mana
boleh main-main lagi.” Beritahu seorang lagi daripada mereka.
“Yalah, terima
kasih beritahu. Nanti aku siasat lah.
SEMENTARA waktu itu, aku tengah bergembira dengan pakcik basikal.
Aku ajar dia tekan loceng rumah orang lepas tu lari bila tuan rumah datang nak
buka pintu. Melolong-lolong orang marah bila kami buat prank macam tu!
“Hoi! Jangan
main-main lah!”
“Siapa tu? Nenek
dapat tangkap siaplah kamu!”
“Budak-budak ni tak
ada kerja lain ke?!”
Aku terus menekan
loceng rumah sampai pada sebuah rumah, pakcik tuan rumah sedang berkebun di
luar. Rupanya dia nampak kami. Berkejaran lah kami bertiga. Aku dan pakcik
basikal lari sekuat hati.
“Pakcik! Apa nama
pakcik?” Dalam pada berlari itu, aku sempat bertanya. Sebelum ni aku tak kisah
pun semua tu.
“Kim Rae Won!”
Balas pakcik basikal.
Kami berdua
menarik nafas dalam. Tercungap-cungap dikejar pakcik separuh umur. Nasib baik
pakcik tadi dah pancit dulu!
“Kim Rae Won?”
Aku mengulang. Dia mengangguk.
Topi lelaki
dihadapannya telah terbang ditiup angin semasa kami berlari tadi. Baru aku
perasan dia selalu mengenakan topi kecuali di rumahnya sahaja di mana rambut
lelaki itu turun menutupi dahi. Jadi, aku tak nampak sangat muka dia.
Hari ini jelas
kelihatan wajahnya tersenyum. Dengan rambut yang tersisir ke belakang ditiup
angin. Sesekali terbuai-buai. Familiar muka dia!
“Kenapa pakcik
tak beritahu pun ni payung pakcik?” Aku teringat lagi masa aku terjumpa rumah
dia. Sampai demam-demam dia. Agaknya dia balik berhujanan malam tu. Rupanya dia
lah Knight aku malam tu! Aku tak
teringat pun pasal tu. Langsung!
Lama aku tunggu
dia jawab. Dia tak jawab pun. Senyum je. Yalah nak cakap apa lagi. Aku dah tahu
sendiri pun!
“Jom, Mae Ri belanja
makan!” Aku memberi cadangan.
“Eh apa pulak.
Hari ni hari jadi Mae Ri. Sepatutnya Mae Ri yang minta apa Mae Ri nak.”
Aku mengangguk
setuju. Makan, dah makan dah tadi. Aku dapat idea.
“Jom pergi
Ardcade?” Aku mengusul.
Dah nampak muka
tak rela dia. Tapi dia terenyum lepas tu. Mengangguk. Yeay!
Bermula lah dekik
kami macam budak-budak dalam arcade tu. Main itu dan ini. Sehingga last sekali,
main tangkap anak patung tu. Hari tu pakcik basikal mengalah. Hari ni dia nampak tak
nak mengalah langsung. Terus cuba dan mencuba.
Asyik betul dia
ni! Aku meletakkan tangan ku atas tangan dia yang sedang mengendali kan mesin
itu. Sikit lagi patung tersebut nak masuk dalam lubang.
“Ah! Mae Ri sikit
lagi.” Pakcik basikal terlepas pegangan anak patung.
“Ala! Orang pegang
sikit je pun terkejut ke?” Aku marah dia. Salah aku jugak tiba-tiba menyentuh
dia yang tengah fokus. Saja aku hilangkan fokus dia!
“Sikit lagi.”
Pakcik basikal memasukkan lagi koin. Dia mula mengendali mesin. Memilih
sasaran.
“Bila pakcik nak
ajak saya keluar?” Aku menyoal secara tiba-tiba.
“Kita tengah
keluar la ni.” Balas Kim Rae Won. Dia masih fokus. Aku mula bosan. Aku harap
dia memahami apa yang aku maksudkan.
“Yes! Dapat.
Dapat, Mae Ri!” Ketika itu aku sudah jauh meninggalkan Kim Rae Won. Dia
terpinga-pinga mengejar.
“Kenapa ni?” Soal
lelaki itu.
Aku diam.
“Nah.” Kim Rae
Won memasukkan anak patung yang berjaya ditangkapnya tadi ke dalam beg sandang
aku.
“Nak malam. Jom,
balik.” Aku bersuara.
Aku pun tak tahu kenapa
dengan aku. Tiba-tiba nak angin. Aku lupa yang pakcik basikal ni lurus sikit.
Tak faham aku nak apa. Ini lah susahnya ego tinggi sangat. Nak terus terang,
dah malu pulak.
Tiba-tiba aku
rasa tangan aku diraih. Makin lama makin kuat genggaman itu. Aku terkaku dalam
gerakan ku. Tak toleh langsung. Kemudian aku rasa, pakcik basikal masukkan
genggaman tangan kami ke dalam poketnya.
Kami berjalan
sebegitu untuk seketika. Masing-masing diam membisu sehingga sampai simpang ke apartment.
“Mae Ri!”
Aku tersentak.
Genggaman terlerai. Aku cepat-cepat melarikan tangan ke belakang badan. Suara
ibu!
“Masuk dalam.”
Seperti halilintar yang membelah langit seperti itulah suara ibu kedengaran di
telinga ku. Walaupun ibu hanya bersuara tegas tidaklah menjerit.
“Balik.” Aku
sempat berbisik pada pakcik basikal.
SUDAH SEMINGGU aku menunggu. Dia tak lagi menelefon mahupun
menghantar pesanan ringkas pada aku.
Ramai yang mesej
aku. Budak kelas aku. Aku tak angkat. Aku tak balas. Ibu nak aku fokus belajar,
kan? Okay aku fokus. Tak jawab langsung mesej So Yoo. Berpuluh jugak mesej So
Yoo hantar. Semuanya pasal pakcik basikal.
Sekejap saja
berita pasal aku dan pakcik basikal menular. Tapi bukan itu yang aku terkejut.
Tapi pasal pakcik basikal adalah seorang artis dari Seoul yang datang membuat
khidmat masyarakat. Kim Rae Won. Patutlah familiar saja aku rasa nama dia. Muka
pun familiar. Bila bukak topi tu terserlah muka dia. Kenapa aku tak perasan?
Mungkin sebab dekat pulau kecil ni, semua orang tak berapa peduli soal hiburan
dan artis tanah air? Mungkin!
Biarlah dia yang
beritahu aku dulu. Aku tahan diri aku daripada meminta penjelasan darinya. Aku
pulak menjalani satu minggu lagi dengan menelaah buku sahaja. Minggu depan
nak exam.
TIME EXAM tiba. Dekat sekolah aku datang lambat. Bila sampai saja semua sudah duduk dalam kondisi untuk menjawab. Jadi tiada sesiapa yang datang dekat aku menyoal itu dan ini. Sehingga lah hari terakhir peperiksaan.
TIME EXAM tiba. Dekat sekolah aku datang lambat. Bila sampai saja semua sudah duduk dalam kondisi untuk menjawab. Jadi tiada sesiapa yang datang dekat aku menyoal itu dan ini. Sehingga lah hari terakhir peperiksaan.
Akhirnya, aku berjaya menduduki setiap kertas
aku. Aku akan pastikan disebabkan aku berkawan dengan pakcik basikal bukanlah
menjadi penghalang untuk aku cemerlang nanti. Ini Mae Ri! Aku yakin dengan diri
aku. Aku kawan dengan pakcik Rae Won bukan sebab nak berfoya-foya. Aku belajar,
tetap belajar. Pandai-pandai je orang kampung bercerita buruk.
Trut, trut!
Aku terima mesej
So Yoo lagi malam itu. Dia nak ucapkan tahniah atas kemasukan aku ke universiti.
Dia juga ingin memaklumkan yang dia turut sama berjaya. Aku masih membalas
mesej So Yoo. Keputusan peperiksaan sudah keluar. Ibu yang paling gembira
sekali.
“Mae Ri, jom ke perasmian rumah banglo tepi
pantai, esok.”
Itulah kata-kata ibu semalam. Menurutnya tuan rumah hendak
memanggil penduduk meraikan pembukaan rumah beliau. Maklumlah selama ini dia
tidak pernah menunjukkan diri. Konon nak beramah mesra dengan penduduk di situ.
Aku hanya
mengangguk setuju. Sekali lagi mesej So Yoo masuk. Aku buka.
Dengar berita, Kim Rae Won nak balik Soul
dah malam esok…
Aku terus berdiri sebaik membaca mesej So Yoo. Esok malam?
Esok bukan kau dengan ibu kau nak ke banglo
mewah hujung pantai?
Aku membiarkan mesej So Yoo tak berbalas. Terkilan dengan
berita yang baru didengarnya. Tak apalah kalau itu yang pakcik Rae Won mahukan.
Siapalah aku untuk dia beritahu. Dia pula seorang artis yang terlalu sibuk tak
punya masa mahu melayan dirinya yang entah siapa-siapa. Hanya sekadar pengisi
masa kosong semasa dia berkhidmat di pulau ini sahaja.
AKU dan ibu bersiap sakan. Bukan aku yang nak. Ibu yang paksa.
Katanya nak masuk rumah mewah kenalah cantik-cantik. Mana tahu tuan rumah boleh
tersangkut padanya. Ada-ada saja ibunya.
Aku hanya
mengikut belakang ibu, ke hulu dan ke hilir. Ramai yang hadir memeriahkan
majlis makan-makan banglo mewah hujung pantai tersebut. Aku pulak taka da hati
langsung nak senyum mahupun membalas pujian-pujian yang dilontarkan pada aku
ketika itu.
“Cantiknya Mae Ri!”
“Tahniah Mae Ri
dapat masuk Universiti!”
Begitulah antara
pujian mereka. Ramai yang mengucapkan tahniah. Terlebih-lebih pulak. Aku pun
tak faham kenapa.
Kini tiba masanya
tuan punya rumah mengucapkan sepatah dua kata. Bila microphone dibunyikan,
semua orang sudah bersiul-siul. Aku pula tak bagi sebarang reaksi. Angkat
kepala pun tidak. Malas nak ambil tahu. Kau nak cakap apa, cakaplah! Yang aku
tahu akau makan, lepas tu balik.
“Saya nak ucapkan
jutaan terima kasih kepada semua penduduk kampung yang sudi hadir. Tanpa anda
semua, dan juga bantuan anda semua, rancangan saya mala mini pasti tidak dapat berjalan
dengan lancar.” Tuan rumah bersuara panjang lebar.
Semua orang
bertepuk tangan. Bunyi gemuruh memenuhi ruangan banglo itu. Aku pandang sekilas
kehadapan. Lampu begemerlapan menyukarkan pandangan aku melihat dengan jelas.
“Terima kasih
yang tak terhingga kepada Puan Mun Hee yang telah memeberikan kepercayan
sepenuhnya kepada saya.”
Aku mendengar
nama ibu disebut-sebut. Kenapa pulak tu? Apa istimewanya ibu aku ni? Semua
orang bersorak lagi. Makin gemuruh. Hati aku juga jadi semakin gemuruh. Aku
sudah tidak tahan lagi!
Malam ni Kim Rae
Won pulang ke Seoul! Aku mencapai telefon bimbit. Mencari-cari nombor lelaki
itu. Nak mesej ke tak? Nak call ke tak?
“Saya dah tunggu lebih sebulan, dan hari ini
adalah harinya…”
Suara tuan rumah
dah sayup-sayup kedengaran. Aku nekad nak call je pakcik basikal ni.
“Mae Ri”
Nama aku bergema
dalam ruangan banglo tersebut setelah panggilan dihujung sana berjawab. Aku
terpinga-pinga. Segera aku menoleh ke atas. Tempat di mana tuan rumah bersuara.
Aku memandang
skrin telefon. Masih diganggang. Suara lelaki itu bergema dihujung talian. Suara
itu bergema. Tuan rumah mulai menuruni tangga. Dia semakin menghampiri. Telefon
dalam genggaman nak terlepas ke lantai. Aku macam tak percaya.
Cerita apa ni?
Ibu pulak dah tersenyum-senyum sebelah aku. Mata ibu dah berkaca-kaca. Aku makin
binggung.
“Malam ini
bersaksikan semua yang hadir, saya Kim Rae Won meminta kebenaran pada Puan Mun
Hee untuk berkawan dengan Mae Ri.” Tutur lelaki tu.
Ibu segera
menyabut huluran microphone kepadanya.
“Ibu terima. Tak
pernah dalam hidup ibu nampak Mae Ri begitu gembira dengan seorang lelaki. Ibu
percaya Kim adalah sahabat yang baik untuk Mae Ri. Yag mampu membahagiakan
hidup Mae Ri kelak.”
Aku macam baru
tersedar berpijak di bumi nyata. Sebu rasa tekak. Selama ini rupanya ibu sangat
perihatin terhadap aku. Dia tahu aku tidak suka akan kehadiran lelaki-lelaki di
rumah. Bukan dia tidak tahu ayah meninggalkan ibu dan aku. Selepas itu ayah
meninggalkan dunia serta meninggalkan kesunyian kepada kami berdua. Tiada
tempat untuk berteduh kasih. Ibu tahu, aku tahu itu semua. Cerita orang kampung
mana boleh ditutup.
“Sebab itu, ibu
berazam suatu hari nanti sekiranya kamu telah menemui pilihan hati kamu, ibu
tak akan menghalang.”
Aku sebak. Pipi
aku dah basah. Aku terus peluk ibu. Semua orang bertepuk gembira.
“Terima kasih ibu!”
- T A M A T -
Nota kaki: Diri ini sudah hilang punca nak meneruskan penulisan rindu encik saiko dan lelaki ini. Jadi terhasil lah fanfiction ini. Sesekali kena beralih arah untuk menghilangkan bosan. Tengok movie tak jalan, tengok drama tak jalan, tengok show pon tak jalan. Jadi, ini lah jalannya. More fan fiction? Stay tuned.~