RINDU ENCIK SAIKO 4
November 11, 2017
Bunyi
titisan berpanjangan. Dia merenung setiap titisan. Rongga hidung terbuka
menikmati aroma daripada tiaptitisan berwarna merah itu. Derap kaki seseorang
mendekati. Dia memusingkan badan dengan pantas.
“Woa…
woa” Arman mengangkat kedua belah tangan sebab terperanjat.
“Pisau
tu dah boleh letak rasanya.” Arman menunjuk ke arah pisau yang dipegang Fath
Malik. Terkejut melihat Fath Malik pusing menghadapnya dalam keadaan begitu.
Fath
Malik memandang pisau dalam genggaman tangan kanannya. Dia kemudian memandang
ikan dalam genggaman tangan kiri. Kedua-duanya diletakkan ke dalam sink.
Tangannya dibilas dengan air paip kemudian dia mencapai tuala dapur.
“Kita
ada tetamu ni.” Beritahu Arman. Fath Malik memandang gadis yang berdiri
disebelah Arman.
“Oh,
Melyssa…”Fath Malik melangkah setapak. Dia menghulurkan tangan kepada Melyssa.
Melyssa teragak-agak ingin
menyambut. Dia pun turut terkejut dengan keadaan Professor itu tadi.
Perlahan-lahan Melyssa menghulurkan tangan ingin menyambut huluran salam Fath
Malik. Belum sempat dia berbuat demikian, FathMalik menarik semula tangannya. Terkebil-kebil
Melyssa. Malu pun ada. Riak wajahnya berubah warna kemerahan. Dia menurunkan
semula salam yang tidak bersambut.
“Saikonya…” Perlahan Melyssa
mengucapkannya tetapi cukup jelas dipendengaran Arman.
“Ha
haha… err. Melyssa, apa kata kita terus ke office
kami ke jalan-jalan kat luar sana ke dulu.” Arman mencelah.Tak mahu terus
berada dalam kejanggalan.
“Lepas
bincang boleh makan.”
Fath
Malik bersuara mengajak dengan nada mendatar kemudian, ada garis senyuman
diwajahnya.Walaupun hanya gerakan yang kecil, sepatutnya sudah cukup melegakan hati
Melyssa.Tapi semakin seram pula dia merasakannya.
“Ha…
ha… ha…” Arman memberikan isyarat kepada Melyssa untuk segeraberansur.
“Fath
tu… nervous sebenarnya. Mulalah dia
nak buat benda pelik-pelik. Maklumlah jumpa orang yang kita tak kenal dan
cantik pulak macam Melyssa ni.” Ucap Arman tersipu-sipu. Arman mengajak Melyssa
berjalan-jalan di halaman rumah sahaja.
“Haha…
ada-ada saja encik ni.”Melyssa tersenyum mesra.Dia menggelengkan kepala sebaik
mendengar kata-kata Arman. Ada-ada saja! Arman mula berceloteh itu dan ini.
“…
kami memang beroperasi dekat rumah ni je. Senang. Inilah rumah inilah pejabat.”
Mereka
sedang berjalan dihalaman bangle besar tersebut. Melyssa memandang sekeliling.
Cantik. Dia mendekati pokok-pokok bunga dalam pasu. Untuk dua orang lelaki,
rumah ni cantik dan kemas! Mesti mereka panggil orang gaji datang membersihkan
kawasan ini. Sama ada orang upahan harian atau mingguan sebab dia tak nampak
seorang pun orang gaji berkeliaran.
“Bunga
ni kalau nak tahu dah nak mati. Fath hari-hari jaga dia. Perlukan perhatian
lebih katanya. Lebih dari pokok-pokok yang lain.” Arman menjelaskan.
“Encik
berdua jaga sendiri?” Sedikit ternganga Melyssa mendengar.
“Mestilah!
Nak tahu… nama bunga ni tabah tau. Panggil dia tabah…”
“Haha
okay, hai tabah.” Melyssa mengusap-usap daunnya. Melyssa tertawa kecil. Kelakar
pula rasanya. Pokok bunga pun ada nama ya? Tak disangka lelaki zaman sekarang
lebih cekap dalam hal-hal rumah berbanding perempuan. Dia sendiri tidak minat
dalam bab-bab penjagaan rumah ni terutama sekali menanam pokok.
“Eh, jomlah kita ke dalam. Fath mesti dah siap masak.”
Tengoklah tu siap memasak lagi.
Memang kalau nak dikatakan lelaki idaman, yang inilah stoknya. Ada juga ya
lelaki perfect macam ni dalam dunia? Bak kata Zara perfect lah! Tambah pulak
dengan rajin macam ni. Melyssa tanpa sedar mengakui kata-kata Zara.
Arman
mempersilakan Melyssa ke dalam. Mereka terus menuju ke dapur. Di situ, Fath
Malik sudah siap menghidangkan lauk tengah hari. Melyssamemandang hidangan di
atas meja panjang yang melintangi satu ruangan khas bersebelahan dapur. Ikansiakapsteam.
Arman memperkenalkan.
Menu
utama mereka ikan steam disamping sayur-sayuran segar seperti salad dan timun.
Sihat! Sangat sihat pemakanan mereka.
Mata
Melyssa cuba mencari sesuatu. Nasi. Tak ada nasi! Makan lauk je patut pun kurus
masing-masing. Biar betul?
“Jemput
makan…” Arman mengambil tempat bersebelahan dengan Fath Malik. Melyssa pula
duduk berhadapan mereka berdua.
“Ini… lauk sihat Fath Malik.”
Tanpa disoal Arman memberitahu.
“Kalau
datang mood dia yang entah apa entah tu, dia tak makan macam ni. Dalam sebulan
dua kali kita orang akan makan daaaging je.”
Arman dapat melihat Fath Malik
menjeling ke arahnya dari ekor mata.
“Hehe…
Ops.” Arman menutup mulut. “Eh, lupa!” Arman bingkas ke dapur. Dia kembali
dengan dua buah pinggan nasi. “Nah, ni nasi unutk manusia normal macam kita.”
Kata Arman kepada Melyssa. Dia meletakkan pinggan nasi dihadapan Melyssa dan
satu lagi untuk dirinya.
“Hari
ni dia taka da mood nak makan nasi. Kita je la makan.” Bisik Arman pada
Melyssa. Melyssa hanya mengangguk.
Macam-macam hal! Telah hati Melyssa.
Arman segera mengangkat tangan
menadah doa kepada Ilahi, diikuti oleh Fath Malik dan Melyssa. Mereka makan
dengan senyap.
“Jadi…
apa yang nak dibincangkan?” Soal Fath Malik memecahkan kesunyian.
“Oh
ya, Melyssa. Tadi sibuk berbual terlupa hal sebenar.” Arman mentertawakan
dirinya.
Kini dua pasang mata tertumpu kepada
Melyssa. Melyssa menelan saki baki kunyahan dalam mulut.
“Saya…”
Melyssa
memandang tepat pada Fath Malik. Dia menelan liur.
“…
Nampak apa yang Prof. nampak.”
“AWAK Nampak
cantik. Semakin cantik, Jenny.”
“Sudah berapa hari
dia mati?” Soal lelaki yang sudah separuh abad itu kepada Jenny.
Raut
wajahnya masih tampan setanding anak-anak muda lain. Pakaiannya segak bergaya.
Rambutnya disisir rapi, dan potongan rambutnya mengikut perkembangan trend
semasa.
“Sudah
seminggu lebih.” Jawab Jenny menunduk.
Lelaki
tersebut memberikan senyuman kepada Jenny. Dia mengangkat kaki kanannya dan disilangkan
di atas kaki kiri. Jari jemarinya diketuk-ketuk atas meja bersebelahan dengan
tempat duduk.
“Sedap?”
Dia
bangun, kini jari jemarinya bermain-main pada wajah Jenny yang semakin berseri.
Sebelah tangannya pantas mencengkam batang leher Jenny. Tingkahnya itu
menyebabkan Jenny terangkat tidak menjejak tanah.
“I said be careful!”
Lelaki
tersebut mula menyeringai. Urat matanya memerah. Jenny pula meronta-ronta
meminta nafas.
“Polis
terlibat… yang kau tinggalkan dia dekat situ kenapa? Kita dah tak boleh guna
badan tu! What a waste!”
Dia
melepaskan cengkaman. Tubuh Jenny terjelepok atas lantai. Jenny terbatuk dan
tercungap-cungap mengembalikan susunan nafasnya.
“Tigahari…
dia mati sepenuhnya. Kita dah rugi satu.”
Lelaki itu berjalan keliling Jenny.
“Kau
nak minum banyak mana pun, silakan. But bare in your mind… next time cari yang
tak ada relative langsung! Yang tak ada siapa pedulikan mereka lagi. Jangan
terburu-buru pilih yang salah. Kawal diritu!”
“Baik,
tuan.” Jenny mengangguk lemah.
“Dan
kawal keinginan darah kau! Bukan aku sudah bagi kau pil tu? Masih tak cukup
atau kau tak mengambilnya dengan sengaja?”
Jenny
tetap menunduk. Dia tidak berani menjawab kata. Siapa tidak kenal dengan sikap
Tuannya ini. Tidak dijangka.
“Kenapa
kau diam? Macam mana kau boleh libatkan kekasih dia?!” Lelaki itu rasa tercabar
apabila Jenny hanya mendiamkan diri. “Jawablah!” Dia mencengkam wajah Jenny.
“Saya…
saya tak tahu mangsa ada meninggalkan pesanan SMS kepada kekasihnya.” Jawab
Jenny perlahan.
“Kau
tak pernah cuai macam ni, Jenny.”
“Tuan,
kita dapat badan baharu!” Seorang pembantu lelaki datang memberi maklumat. Dia
beredar setelah mendapat anggukan daripada tuannya.
“Kali
ni aku maafkan kau… Jenny.” Dia menghulurkan tangan pada Jenny ingin membantu Jenny
bangun.
“Jom...
Kita ada kerja.”
Dia
tersenyum pada Jenny. Lelaki yang digelar tuan itu masih menanti huluran
tangannya disambut. Jenny kemudian menyambutnya.
Kedua-duanya menuju ke bilik kebal
yang dilengkapi keperluan makmal perubatan. Jenny mengakses masuk mengguakan
imbasan retina mata.
Mereka
berdua kemudian melalui proses pembersihan penuh dan memasuki ruangan khas.
Jenny mengambil peralatan yang diperlukan kemudian dia menapak mendekati
lelakiitu yang sudah sedia menanti. Jenny mengikat lengan lelaki itu dengan tourniquet untuk mengesan pembuluh
darah. Dia mula menyuntik jarum. Cecair merah pekat menuruni masuk ke dalam
tiub.
MELYSSA menelan
liur. Mahu mengimbas mimpi ngerinya sahaja dia menjadi takut. Takut dengan
realiti yang tidak pasti. Dia menceritakan kepada Fath Malik dan Arman tentang
mimpi ngerinya yang sering menghantui tidur.
Wajah
ibu dan bapanya berlegar-legar dalam kepala. Dia menjadi sebak. Kolam matanya
mula bergenang.
“Awak
cuba ingat semuanya.” Arman berwajah serius.
“…mereka
mungkin dibunuh oleh kumpulan ini.” Ucap Fath Malik.
“Saya
cuba… saya cuba tapi saya tak dapat ingat ke semua perkara tersebut. Terlalu
lama untuk saya ingat. Saya masih kecil ketika itu.” Melyssa cuba menahan sebak
tetapi diatetap mengalirkan air mata.
“Awak
mungkin ada temporary memory lost time tu. Yang mana minda kita memilih untuk
melupakan kejadian buruk yang dialami akibat kejutan.”
Arman
memberitahu apa yang dia fikirkan.
“Tendancy
untuk you buang ingatan buruk you adalah tinggi.” Sambung Fath lagi.
“Apa
yang Prof. cakapkan tempoh hari dalam bilik mesyuarat… sama seperti yang saya
mimpi.” Melyssa memandang tepat kepada Fath Malik.
“Saya
harap Prof. dapat tolong saya.”
Melyssa
menanti jawapan Profesor muda tersebut.
“Luar
bidang tugas saya…” Fath Malik bangun meninggalkan mereka berdua.
“Hey,
Fath!” Arman garu kepala.
Dia
memandang Melyssa dengan penuh simpati. Fath Malik bukan boleh dibawa
berbincang.
“Aduh…
nak buat apa ni?” Arman bersuara lebih kepada dirinya sendiri.
“Apa
kata Melyssa balik dulu.” Arman member cadangan.
“Eh,
tak bolehlah… tengah sedih-sedih ni!” Arman bercakap sendiri lagi.
“Stay
sini dulu esok baru balik. Yes! Eh, no! mana boleh.”Arman gelisah dan serba
salah.
Fath Malik sudah pun bangun dari
duduknya. Dia melangkah meninggalkan meja makan.
“Tak
apa En. Arman. Saya balik dulu… saya okay.” Melyssa tersenyum. Kelakar rasanya
melihat Arman yang terlebih over. Macam dia ada buat salah besar.
“Alamak
lupa! Saya boleh hantarkan Melyssa.” Pelawa Arman.
“Tak
apa En. Arman. Terima kasih banyak…”
Melyssa
mengambil tas tagan. Dia memusingkan badan.
“Melyssa!
Saya pasti Fath akan tolong.”
Arman
bersuara menghentikan langkah Melyssa. Entah mana datang keyakinan dia. Dia
pasti Fath dapat tolong Melyssa. Melyssa hanya mengangguk dan berlalu.
I NEED HONEST comment and critics
11 comments
and here comes another fan of fanfictions. i followed you back. gotta enjoy my read here more often i guess.
ReplyDeletehihi... thank you dear. yay
Deleteur welcome
DeleteSinggah sini.
ReplyDeletehttp://yangunguitumanggis.blogspot.my/
orite...
DeleteRasa mcm saspen jugak lahh, hehe
ReplyDeletefuhh, nasib baik ada rasa suspen tu.. XD
DeleteSalam hi, singgah dan follow sini :)
ReplyDeleteAnda dijemput join segmen GA saya!
http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html
terima kasih atas undangan~ ^^
DeleteMenarik jalan ceritanya
ReplyDeleteterima kasih ^^
DeletePlease leave your comment... jebal~